02/06/2026
*Jemputan A Tea Affair (Edisi PBAKL 2026)*
Sempena kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, anda dengan sukacitanya dijemput untuk hadir ke *A Tea Affair (Edisi PBAKL 2026)*—sebuah sesi networking eksklusif bersama para penerbit dan rakan industri buku dari seluruh negara.
Diadakan hanya *dua tahun sekali*, sesi istimewa ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pemain industri sambil membuka ruang untuk kita saling bertukar-tukar pandangan, pengalaman, dan idea baharu. Acara ini dikonsepkan secara intim, santai, dan tanpa formaliti bagi memudahkan perbualan yang lebih mesra.
*Butiran Acara:
Tarikh: 3 Jun 2026
Masa: 3.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Kuala Lumpur, Tingkat 5, WTC Kuala Lumpur
*Yuran Penyertaan:*
*PERCUMA* untuk semua ahli berdaftar MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) dan MBIC (Malaysian Book Industry Chamber).
*RM30* untuk bukan ahli.
*Apa yang perlu dibawa?*
Hanya diri anda dan *kad nama (business card)!* Ambil peluang ini untuk memperkenalkan diri, membina rangkaian baharu, dan mencari peluang kolaborasi pada masa hadapan.
Mari bersama-sama kita merancakkan lagi industri perbukuan negara. Kami tidak sabar untuk bertegur sapa dan menikmati secangkir teh bersama anda di sana!
Unit Pembangunan Komuniti, MABOPA