BuzzPOP

BuzzPOP Berita Pop Culture Terkini! youtube.com/ Sumber Berita Pop Culture Terkini: Komik, TV, Filem!

03/09/2026

CHELOT: Tiru Babak Akhir Filem SE7EN? youtu.be/akzESAulcnE

AVENGERS: DOOMSDAY - Bakal Terokai Latrevian Witches?   Ketika San Diego Comic-Con bulan lepas, kelibat 4 pengikut tegar...
31/08/2026

AVENGERS: DOOMSDAY - Bakal Terokai Latrevian Witches?

Ketika San Diego Comic-Con bulan lepas, kelibat 4 pengikut tegar Doctor Doom dipamerkan di booth Marvel Studios.

Sejurus selepas itu, fandom MCU menspekulasikan siapakah identiti sebenar Latrevian Witches tersebut:

• 🌀 Doctor Strange dikatakan akan kembali, dengan teori mengatakan dia mungkin antara ahli sihir yang berada di bawah pengaruh Doctor Doom.

• 💜 Clea juga dikaitkan dengan salah seorang Latverian Witches, terutama berdasarkan rupa dan warna kostum ungunya.

• 🔴🟢 Wanda & Sylvie p**a menjadi calon pop**ar untuk dua lagi watak misteri tersebut. Kalau betul… memang lineup magic nih epik gila doh!

• 😈 Teori paling menarik: Doom mungkin mengumpulkan atau mengawal ahli sihir terkuat dari pelbagai universe sebagai “Doom Witches/Warlocks” untuk Perang Multiverse nanti.

• ⚠️ Ini Sekadar RUMOR/TEORI! Setakat ini, Marvel Studios belum mengesahkan identiti Latrevian Witches yang dipamerkan ketika SDCC 2026 adalah Dr Strange, Clea, Wanda dan Sylvie dibawah pengaruh Doctor Doom…

Apakah harapan anda untuk identiti sebenar Latrevian Witches ini nanti?

Bincangkan. 🤔

THE PEOPLE V. GORILLA GRODD — 5 Fakta Menarik!• 🕵️ Jimmy Olsen kembali! Pelakon Skyler Gisondo akan kembali sebagai wart...
31/08/2026

THE PEOPLE V. GORILLA GRODD — 5 Fakta Menarik!

• 🕵️ Jimmy Olsen kembali! Pelakon Skyler Gisondo akan kembali sebagai wartawan Jimmy Olsen di dalam siri spin-off SUPERMAN dari DC Studios.

• 🦍 Kes pelik gila! Jimmy Olsen bakal menyiasat sama ada antagonis The Flash, Gorilla Grodd sebenarnya telah disabitkan secara salah kerana dituduh membunuh bapanya, King of Gorilla City.

• 🎥 Gaya true-crime! Siri ini akan menggunakan format mockumentary true-crime, lengkap dengan elemen parodi dan komedi.

• 😂 Team American Vandal! Tony Yacenda & Dan Perrault, pencipta siri mockumentary AMERICAN VANDAL di Netflix bakal menerajui projek ini — jadi korang memang boleh expect tona humor yang absurd.

• 🔥 8 episod dah ditempah HBO! Siri ini akan mengembangkan lagi dunia DCU dan Daily Planet… dengan Jimmy Olsen Vs seekor gorila telepatik super-pintar sebagai fokus utama.

Selepas filem SUPERGIRL flop di pasaran Box Office sedunia, adakah filem CLAYFACE (Oct 2026), filem sekuel MAN OF TOMORROW (July 2027) dan siri ini bakal menyelamatkan DC Studios?

Bincangkan. 🤔

X-MEN: ANNA SAWAI Vs ADELINE RUDOLPH Vs AGNEZ MO sebagai PSYLOCKE?!Fandom MCU tengah rancak buat fan-casting untuk watak...
31/08/2026

X-MEN: ANNA SAWAI Vs ADELINE RUDOLPH Vs AGNEZ MO sebagai PSYLOCKE?!

Fandom MCU tengah rancak buat fan-casting untuk watak Psylocke dalam filem X-MEN! 👀

• 🇯🇵 Anna Sawai — sudah lama jadi pilihan peminat tegar MCU, sejak penampilannya di dalam siri SHŌGUN dan MONARCH: LEGACY OF MONSTERS.

• 🇮🇩 Agnez Mo — nama yang semakin mendapat perhatian ramai selepas kemunculannya dalam musim ke-empat siri REACHER.

• 🇬🇧 Adeline Rudolph — selepas menjayakan watak Kitana di dalam MORTAL KOMBAT II, Adeline kini pilihan utama fandom!

Jadi siapakah pilihan anda untuk menjadi Psylocke di MCU nanti - Anna Sawai, Adeline Rudolph atau Agnez Mo?

Bincangkan. 🤔



📸: Bosslogic

Spidey Bakal Jadi Filem Terlaris Sepanjang Zaman?Filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY telah berjaya mengutip USD$2.33 bilion ...
31/08/2026

Spidey Bakal Jadi Filem Terlaris Sepanjang Zaman?

Filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY telah berjaya mengutip USD$2.33 bilion dalam masa hanya 31 hari sahaja di pasaran Box Office sedunia!

Ia kini di tangga ke-3 carta Top 5 Box Office Terlaris Sepanjang Zaman - mencantas rekod Box Office AVATAR: THE WAY OF WATER (2022 - US$2.32 B) dan TITANIC (1997 - US$2.25 B).

Adakah filem BRAND NEW DAY akan berjaya mencecah kutipan US$3 billion pada penghujung tempoh tayangnya nanti - mencantas rekod Box Office sedunia filem AVENGERS: ENDGAME (US$2.79 B) dan AVATAR (US$2.92 B)?

Bincangkan. 🤔

31/08/2026

CHELOT: Tiru Bulat Bulat Vs Inspirasi? youtu.be/akzESAulcnE

29/08/2026


Chelot (2026)

- Benda kalau melibatkan cilok mencilok karya filem dari luar ni, kita serahkan sajalah pada Adrian Teh.

- Kali ini untuk filem crime thriller tentang kisah polis undercover, lakonan Beto Kusyairi, Syukri Yahya dan Shaheizy Sam, sarat dengan kopipasta babak dari filem luar.

- Mungkin Adrian fikir orang Malaysia tak tengok kot filem macam Infernal Affairs, Heat, The Dark Knight dan Se7en.

- Dan paling menyedihkan, filem ni mempunyai skrip yang sangat ringkas agar penonton boleh faham bulat-bulat dengan apa yang disampaikan.

- Kesian juga aku kat Beto ni sebab beliau merupakan pelakon yang sangat berkebolehan tinggi, tapi masih ada pembikin filem yang tak pandai nak menggunakan bakat beliau ni.

- Tapi tulah, aku yakin dan aku tau filem ni akan mendapat tempat di hati penonton Malayisia.

- Sebabnya filem ni sarat aksi tembak menembak, bom mengebom dan juga penuh dengan plot twist!

- Ada plot twist maksudnya best lah kan?! Nah dalam ni ada 5 plot twist! Hambik!

- Cuma aku masih lagi mengharap lepas ni pembikin filem Malaysia cuba untuk buat identiti sendiri, ada originaliti dalam penceritaan.

- Jangan asyik kerja nak meniru kerja orang je.

- Ye aku tau Tarantino pun tiru hasil orang, tapi make sure filem kau tu level Tarantino lah!

- Akhir kata, ini lebih pada sebuah filem chilok dan bukannya chelot.

Rating: 4/10

28/08/2026

CHELOT: Copy + Paste Plot Filem Hollywood & Hong Kong? youtu.be/akzESAulcnE

MAN OF TOMORROW: Produksi Kini Berakhir!James Gunn mengesahkan produksi filem SUPERMAN: MAN OF TOMORROW dah berakhir sel...
27/08/2026

MAN OF TOMORROW: Produksi Kini Berakhir!

James Gunn mengesahkan produksi filem SUPERMAN: MAN OF TOMORROW dah berakhir selepas menjalani sesi penggambaran selama 93 hari.

Sekuel SUPERMAN (2025) ini kembali menampilkan David Corenswet sebagai Superman, Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor dan Lars Eidinger sebagai Brainiac.

Turut kembali: Rachel Brosnahan (Lois Lane), Milly Alcock (Supergirl), Nathan Fillion (Guy Gardner), Isabela Merced (Hawkgirl), Aaron Pierre (John Stewart) dan Xolo Maridueña (Blue Beetle).

Di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Julai 2027.

Apakah harapan korang untuk filem sekuel SUPERMAN: MAN OF TOMORROW nanti?

X-MEN: ANNA SAWAI Vs AGNEZ MO sebagai PSYLOCKE?!Fandom MCU tengah rancak buat fan-casting untuk watak Psylocke dalam fil...
27/08/2026

X-MEN: ANNA SAWAI Vs AGNEZ MO sebagai PSYLOCKE?!

Fandom MCU tengah rancak buat fan-casting untuk watak Psylocke dalam filem X-MEN! 👀

• 🇯🇵 Anna Sawai — sudah lama jadi pilihan peminat tegar MCU, sejak penampilannya di dalam siri SHŌGUN dan MONARCH: LEGACY OF MONSTERS.

• 🇮🇩 Agnez Mo — nama yang semakin mendapat perhatian ramai selepas kemunculannya dalam musim ke-empat siri REACHER.

• Kedua pelakon memang sesuai dengan imej Psylocke/Kwannon yang badass, martial artist + telepathic mutant powers.

• Penting untuk difahami bahawa ia sekadar spekulasi fandom sahaja setakat ini - Psylocke tidak termasuk dalam barisan cast X-MEN yang Marvel Studios dedahkan di D23.

Jadi siapakah pilihan anda untuk menjayakan watak Psylocke - Anna Sawai atau Agnez Mo?

Bincangkan. 🤔



📸: Bosslogic

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BuzzPOP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BuzzPOP:

Shortcuts

Share