Come join our plant chaos lah — got laughter, got succulents, sure got fun one! 🤣💚🇲🇾 Succulents feast ialah satu pertubuhan komuniti yang ditubuhkan dengan tujuan mempromosikan kesenian dan keunikan tumbuhan kaktus dan sukulen di Malaysia . “ Menanam pokok sekulen ” bukan sekadar hobi , tapi ia merupakan satu kesenian dalam kehidupan harian kita. Pelbagai aktiviti serta pertandingan gubahan tumbuh
an kaktus dan sukulen yang berlainan tema telah kami jalankan selama 3 tahun ini , dan mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan masyarat dan juga media massa . Selain aktiviti atas talian FB ,Succulent Feast juga pernah menganjurkan pesta dan juga pameran kesenian tumbuhan sukulen di Petaling Jaya pada tahun 2018 dan 2019 . Succulents Feast pernah ditemuramah oleh pihak media seperti TV3 , NTV 7 , TV 8 , 988 , Sinchew jitpoh , Chinapress dan Feminine Magazine . Succulent Feast juga pernah menerbitkan sebuah buku berkenaan dengan kesenian tumbuhan sukulen di Malaysia pada tahun 2019. Pelbagai roadshow dan juga forum yang telah dijalankan Oleh Succulent FEAST untuk memberi pengetahuan dan mendedahkan bakat kesenian gubahan tumbuhan sukulen kepada peminat tumbuhan di Malaysia . Selain meningkatkan permintaan pasaran pertanian di Malaysia , objektif pertubuhan komuniti Succulent Feast ini juga ialah mencungkil bakat artisan yang menggabungkan kesenian tumbuhan sukulen pelbagai lapisan masyarat dan menjadi teladan dan tumpuan kaca antarabangsa.