Pencinta Majlis Rasulullah

Pencinta Majlis Rasulullah 🚩

22/12/2014

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ.



Majlis ilmu sekitar Lembah Klang bagi hari isnin sehingga khamis InshaAllah(22 Disember 2014-25 Disember 2014)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dijemput Muslimin dan Muslimat bersama-sama niat azam untuk menghadirkan diri bersama-sama berada di Taman-taman SyurgaNya.

22/12-Majlis Talim Fiqh 4 Mazhab syarah "Safinatun Najah" pimpinan Syeikh Abdullah Muhammad Salim Al-Jehaf
SURAU AHL-KISA KOMPLEK YAYASAN RESTU TAMAN SENI ISLAM SHAH ALAM SELANGOR(Bermula selepas Isyak berjemaah)

22/12-Kuliah Maghrib bsama SS Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri
SURAU AL-MUTTAQIN 5R6 PRESINT 5 PUTRAJAYA

22/12-Kuliah Maghrib bsama Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
MASJID AL-KHAIRIYAH TAMAN SERI
GOMBAK BATU CAVES SELANGOR

22/12-Kuliah Maghrib "Akidah Al Mujmalah" bsama Ustaz Fadhil Ismail Al-Yamani
SURAU AT-TAQWA SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELANGOR

22/12-Kuliah Maghrib "Bidayatul Hidayah" bsama Ustaz Muhammad Fahmi Bin Mohamed Amin Al-Azhari
MASJID AL-IKHLAS SEkSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR

23/12-Majlis Talim Bulanan Darul Muhibbin pimpinan Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami bsama tetamu khas iaitu Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered dan Ustaz Fadhil Ismail Al-Yamani
MASJID AR-RIDHUAN HULU KELANG SELANGOR

23/12-Kuliah Maghrib "Hadis 40 Imam Nawawi" bsama Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi
SURAU SEKSYEN 3 SHAH ALAM SELANGOR

23/12-Kuliah Maghrib "Permata Buat Orang Yang Beriman" bsama SS.Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri
SURAU AL-MANAR Presint 14 Putrajaya

23/12-Kuliah Maghrib "Riyadhus Salihin" bsama Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus
MASJID AL-ISLAMIAH KG.LINDUNGAN PETALING JAYA SELANGOR

23/12-Kuliah Maghrib bsama Ustaz Nazmi Karim(Smackdown)
SURAU AS-SAKINAH TTDI JAYA SHAH ALAM SELANGOR

23/12-Kuliah Maghrib "Bidayatul Hidayah" bsama Ustaz Muhammad Fahmi Bin Mohamed Amin Al-Azhari
SURAU TAMAN SUTERA KAJANG SELANGOR

24/12-Majlis Maulidur Rasul SAW bsama Al-Syeikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani dan tetamu khas dari UK iaitu Al-Syeikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks
DARUL JAILANI INTERNATIONAL NO.3A-2,8 SETIAWANGSA JLN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR

24/12-Majlis Talim Darul Sawa'Assabil pimpinan Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered
RIBAT HAWI JLN OPERA KU2/K TTDI JAYA SHAH ALAM SELANGOR(Slps Maghrib)

24/12-Malam Mahabbah Rasul SAW bsama Syeikh Abdul Razak Al-Masri dan Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami
DEWAN UTAMA DARUL KIFAYAH TMN KOPERASI POLlS FASA 2 BATU CAVES SELANGOR(8.30pm-11.00pm)

24/12-Kuliah Maghrib bsama Ustaz Shamsul Zaman(Ustaz Budak)
MASJID AL-ANSAR JALAN ENGGANG AU TAMAN KERAMAT KUALA LUMPUR

24/12-Kuliah Maghrib bsama Ustaz Nazmi Karim(Smackdown)
MASJID AL-UBUDIYYAH SEKSYEN 19 SHAH ALAM SELANGOR

25/12-Malam Cinta Rasul bsama Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered dan Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami
SURAU NURUL EHSAN TAMAN DESA KERAMAT AU2C KUALA LUMPUR

25/12-Majlis Maulidur Rasul SAW mingguan Madrasah At-Tazkiyah syarah "Syamail Ar-Rasul" bsama Al-Habib Mahdi Abu Bakar Al-Hamid dan Ustaz Ashraff Mohamed Osman
MADRASAH AT-TAZKIYAH USJ 1 SUBANG JAYa SELANGOR(Slps Isyak Berjemaah)

25/12-Majlis Talim Tafsir Al-Quran pimpinan Syeikh Abdullah Muhammad Salim Al-Jehaf
SURAU AHL-kISA KOMPLEK TAMAN SENI ISLAM YAYASAN RESTU SHAH ALAM SELANGOR(Slps Isyak Berjemaah)

**SEGALA PERUBAHAN ADALAH DISAAT-SAAT AKHIR.MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT INFORMASI YANG KURANG TEPAT DAN DIHARAP DAPAT DITAMBAH LAGI PROGRAM YANG LAIN

Diceritakan oleh Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan;Imam As Syafie dia adalah gurunya kepada Imam Ahmad Ibn Ham...
22/12/2014

Diceritakan oleh Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan;

Imam As Syafie dia adalah gurunya kepada Imam Ahmad Ibn Hambal..Dikatakan suatu hari Imam As Syafie mendengar Imam Ahmad Ibn Hambal sakit,maka Imam As Syafie datang menjenguk Imam Ahmad yg sedang sakit..iaitu sehingga Imam Syafie mengatakan;

"Kekasih ku sakit..maka aku harus menjenguk dia(muridnya)lalu apabila melihat ia sakit aku menjadi sedih sehingga aku jatuh sakit"..kata Imam As Syafie.

Kemudian balik Imam Ahmad Ibn Hambal mendengar gurunya Imam As Syafie sakit,dikatakan setelah dijenguk Imam As Syafie dia pun sembuh lalu mendengar Imam As Syafie sakit dia kembali datang menjenguk Imam As Syafie.

Tatkala Imam Ahmad Ibn Hambal menjenguk Imam As Syafie,Imam As Syafie mengatakan "Tatkala saya sakit,kekasihku datang menjenguk aku sehingga aku menjadi sembuh kerana aku melihat org yg aku kasihi menziarahiku"..kata Imam As Syafie.

Saling menghargai,saling memuliakan,saling menghormati antara satu sama lain.

Diceritakan Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad(sohibul ratib) berguru kepada Al Imam Omar Bin Abdul Rahman Al Attos tatkala dia datang kepada Al Imam Omar Bin Abdul Rahman Al Attos,dia meminta ijazah dan sebagainya dan apabila aku berjumpa Imam Omar Bin Abdul Rahman dan apabila aku melihat beliau aku meminta kepada Allah ﷻ agar memberikan kepada ku tawadduk yg Allah ﷻ berikan kepada beliau..mengambil sifat dari gurunya.

Lalu apabila balik drp berziarah Al Imam Omar Bin Abdullah Al Attos mengatakan Imam Abdullah Alwi Al Haddad yg berasal drp Kota Tareem maka melihat akhlak Imam Haddad lalu Al Imam Omar Abdullah Al Attos mengatakan "Tareem tu rabbi"..Kota Tareem itu sangat ampuh dalam mendidik anak-anak merekan hingga muncul generasi yg mulia seperti Al Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad.

Wallahu'Alam.

21/12/2014
Ya Tareem Wa Ahlaha.
21/12/2014

Ya Tareem Wa Ahlaha.

Diceritakan oleh Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan mengenai adab menuntut ilmu;Dikatakan suatu hari Sayyidina ...
20/12/2014

Diceritakan oleh Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan mengenai adab menuntut ilmu;

Dikatakan suatu hari Sayyidina Musa as pergi ke Madyan dan dikirim oleh Allah ﷻ hingga sampai ke Madyan dan disitu beliau berjumpa dengan Sayyidina Shuib as dan tinggal selama 10 thn bersama Sayyidina Shuib as.

Kemudian Sayyidina Musa juga dekat bersama Sayyidina Harun as didalam sepanjang dakwah nya,sehingga tidak cukup sampai disitu shj ketika beliau mendengar tentang keberadaan org yg berilmu maka beliau pun bertekad utk mengambil ilmu drp org tersebut iaitu Sayyidina Khidir as.

Maka dtg Sayyidina Musa as kepada Sayyidina Khidir as,memacu dirinya dan menempuh perjalanan jauh smp berjumpa dgn Sayyidina Khidir as,tatkala berjumpa dgn Sayyidina Khidir as,Sayyidina Musa as berkata "Bolehkah aku ikut kepada engkau sehingga ada ilmu yg dapat engkau ajarkan kepada aku,ada petunjuk yg dapat engkau berikan kepada aku kata Sayyidina Musa as.

Sayyidina Musa as tidak berkata "Aku Sayyidina Musa as,pemimpin kepada Bani Israel,Nabi yg mulia yg mana Allah ﷻ tenggelamkan Firaun dgn tongkatku ini,Allah ﷻ belahkan laut bagiku dgn tongkatku ini,Allah ﷻ pancarkan air bagiku dari batu dgn tongkatku ini..tidak..tetapi Nabi Musa as bilang "Bolehkan aku ikut engkau sehingga ada pelajaran yg dapat aku ambil.

Inilah antara adab yg diajarkan oleh Sayyidina Musa as dikisahkan oleh Allah ﷻ kepada kita sekalian sehingga Sayyidina Ibnu Abbas ra beliau mengatakan;

"Tatkala saya didalam pencarian mencari ilmu agama,saya menempuh hal-hal yg dianggap org ini hina tetapi saya sabarkan demi mencari ilmu tersebut..tatkala saya mencari saya merasakan kehilangan tapi tiba masanya saya dicari keilmuan saya maka saya dimuliakan oleh org lain".
سبحان الله

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid:Suatu hari sedang Saidina Rasulullah s.a.w solat berjema...
20/12/2014

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid:

Suatu hari sedang Saidina Rasulullah s.a.w solat berjemaah bersama para sahabat.

Tiba-tiba baginda Rasulullah s.a.w maju ke hadapan dan mengangkat tangannya seakan-akan mengambil sesuatu benda.

Setelah itu p**a Baginda Rasulullah s.a.w berundur p**a ke belakang dan para sahabat yang berjemaah bersama baginda ﷺ ketika itu turut berundur ke belakang juga mengikuti Rasulullah s.a.w, lalu setelah berundur itu Rasulullah s.a.wﷺ bersabda "Adakah aku ada disitu?" .

Setelah selesai memberi salam Baginda Rasulullah s.a.w bersabda "Dibukakan kepadaku tadi hijab oleh Allah untuk melihat kepada syurga, aku melihat keindahan syurga dengan buah-buahannya sehingga membuatkan aku untuk maju kehadapan dan mencapai buah-buahan syurga itu." .

Selepas itu Allah buka p**a kepada untuk melihat neraka, Api nya tersangat marak dan panas sehingga membuatku mengundur ke belakang, ketika itu aku bertanya kepada Allah s.w.t "Adakah aku ada disitu (Neraka)?" .

Apakah maksud Rasulullah s.a.w bertanya kepada Allah, "Adakah aku ada disitu (neraka)?" Kerana Rasulullah s.a.w memiliki keyakinan yang mutlak terhadap Allah iaini tidak merasa aman dengan ketentuan Allah, sekalipun Baginda Rasulullah s.a.w dijamin syurga oleh Allah tetapi ia masih takut kepadaNya. "Orang yang banyak takut didunia akan aman di Akhirat dan orang yang banyak aman didunia akan takut di akhirat."

Waktu doa mustajab pada hari Jumaat ada beberapa minit shj akan tetapi waktu doa mustajab dikatakan ada pada setiap mala...
20/12/2014

Waktu doa mustajab pada hari Jumaat ada beberapa minit shj akan tetapi waktu doa mustajab dikatakan ada pada setiap malam adalah lebih lama dan perlu direbut oleh kita semua..Oleh yg demikian beribadah dimalam hari merupakan memiliki kelebihan yg mulia disisi Allah ﷻ sehingga nabi mengatakan yg diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebutkan waktu mustajab dimalam hari bahawasanya waktu doa mustajab itu berbeza menurut perbezaan malam,kadang-kala ia berlaku di pertengahan malam,sebahagian p**a waktu doa mustajab itu berlaku pada 1/3 malam yg awal.

Dalam kebanyakan riwayat waktu doa mustajab dikatakan adalah 1/3 malam yg akhir,dan 1/3 malam yg akhir Allah ﷻ menurunkan para Malaikat Rahmat ke langit dunia dan menyeru adakah dgn waktu ini adakah org yg hendak bertaubat dan diterima taubat nya..Adakah org yg meminta semoga Allah ﷻ mengabulkan permintaannya,adakah org yg meminta ampun Allah ﷻ akan mengampunkan dosanya dan adakah org ini Allah ﷻ akan berikan keingina nya.

Oleh yg demikian beribadah dimalam hari adalah lebih afdal beribadah disiang hari..Nabi ﷺ bersabda didalam Imam Muslim hadist nya "Sembahyang yg paling afdal setelah sembahyang fardhu adalah sembahyang dimalam hari..kemungkinan yg dimaksudkan dgn sembahyang malam itu yg ialah sembahyang tahajjud dan segala sembahyang dimalam hari termasuk maghrib,isyak,awwabin,baadiah,qobliah atau sembahyang-sembahyang lain tahajjud dan sebagainya.

Tetapi 1/3 malam akhir disepakati oleh ulama dan wali Allah bahawasanya ia waktu turun nya kasih sayang dan Rahmat Allah ﷻ..Kebanyakan para Sahabat dan Tabiin bersungguh-sungguh dalam melakukan qiyamullail didalam waktu-waktu yg lama.

Dikatakan ada seorang para Tabiin "Aku berusaha utk berqiyamullail selama 20 thn kemudian aku menikmati kelazatan berqiyamullail 20 thn berikutnya.

Kata Imam Sufian At-Tsauri RA "Aku tidak semenjak 40thn melainkan kesedihan ku apabila terbitnya fajar". Kata Imam Abu Tholib RA mengatakan "Kalau tidak wujudnya qiyamullail nescaya aku tidak s**a hidup didunia".

Sesungguhnya sekiranya ahli syurga berada didalam pemberian yg diberikan kepada mereka nescaya mereka berada didalam nikmat yg sedikit.

Habib Kadzim Bin Ja'afar Assegaf

Hebahan Majlis Selawat!!Bersama Al-Habib Jindan di Masjid Al-Irsyad Jumaat 19th Dec.Majlis bermula 7pm.Muslimin dan musl...
19/12/2014

Hebahan Majlis Selawat!!
Bersama Al-Habib Jindan di Masjid Al-Irsyad Jumaat 19th Dec.

Majlis bermula 7pm.Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Ps:Manakala Sabtu 20th Dec, ada daurah kitab "Akhlak Kami" di Masjid yang sama bermula 9.30am.
Live Streaming: http://livestre.am/50V63

19/12/2014

Address

Sbi
Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencinta Majlis Rasulullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share