06/11/2025
Video sorotan sekitar Program Youth Arena Convention Centre 2025 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama The Chartered Institute of Building Malaysia (CIOB). Program ini telah berlangsung selama 2 hari di CIDB Convention Centre pada 24 hingga 25 Oktober 2025.
Pada hari kedua, program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya (KKR), bersama-sama YBrs. Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.
Program ini turut disertai oleh beberapa universiti awam seperti UTHM, UTM, dan UiTM Shah Alam, serta lima lagi institusi pengajian tinggi swasta yang dijemput oleh BuiltXpo. Dengan kesempatan ini, OPUGO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CIDB dan CIOB atas kepercayaan yang diberikan untuk menguruskan program ini, yang menjadi platform berharga buat pelajar dalam pendedahan dan inspirasi kepada dalam sektor pembinaan.