Hazwan Irfan

Hazwan Irfan Business Magnate & Japan Ground Operator 🇯🇵
Based in Tokyo & Kuala Lumpur 🇲🇾
Founder of Akiha Travel | Global | Merch | Café | Academy

PRIVATE COACHING ONE TO ONEBELAJAR SETUP BISNES DARI A SAMPAI ZAnda dah berniaga tapi rasa macam stuck?Sales tak konsist...
17/08/2026

PRIVATE COACHING ONE TO ONE
BELAJAR SETUP BISNES DARI A SAMPAI Z

Anda dah berniaga tapi rasa macam stuck?

Sales tak konsisten, marketing tak menjadi, team susah nak urus atau anda sendiri tak pasti sistem bisnes mana yang perlu diperbaiki?

Saya buka slot Private Business Coaching secara ONE TO ONE khas untuk business owner dan mereka yang serius nak bina bisnes dengan lebih tersusun.

📍 Face to Face di
Office Akiha Travel & Tours, Subang Bestari

Dalam sesi ini, kita akan duduk dan fokus pada bisnes anda sendiri, bukan sekadar belajar teori.

Antara perkara yang kita akan cover:

1- SALES
2- MARKETING
3- OPERATION
4- HR
5- ADMIN
6- FINANCE

Sesuai untuk anda yang baru nak mula bisnes, dah berniaga tetapi sales perlahan, atau nak upgrade bisnes daripada sekadar “buat sendiri” kepada bisnes yang ada sistem dan direction.

📍 Office Akiha Travel & Tours
No.45-G, Jalan Bulan BL U5/BL
Bandar Pinggiran Subang
40150 Shah Alam, Selangor

•Pakej Private Coaching•
👉 Setiap Sabtu & Ahad
👉 5 Jam Sehari
👉 2 Hari Total 10 Jam
👉 Harga bermula RM499 (pax) untuk 2 Hari

📲 Nak lock slot Private Coaching?
WhatsApp saya sekarang:
https://api.whatsapp.com/send?phone=601136067763&text=Coach%20Hazwan%20Private%20Coaching%20

Selepas sekian lama di belakang tabir, hari ini AKIHA TECH rasmi bermula! 🔥Bukan sekadar channel tech.Bukan sekadar revi...
17/08/2026

Selepas sekian lama di belakang tabir, hari ini AKIHA TECH rasmi bermula! 🔥

Bukan sekadar channel tech.
Bukan sekadar review gadget.

Ini adalah permulaan perjalanan kami untuk bawa teknologi, gaming & dunia digital dengan cara yang lebih dekat, lebih santai dan lebih menarik.

Link Video : https://youtu.be/VOg31yYaehQ?si

Welcome to AKIHA TECH.
This is just the beginning.

🎬 Episod pertama dah keluar!
Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE & FOLLOW perjalanan kami.

16/08/2026

Sedang berlangsung sekarang webinar percuma bersama trainer Hasbul Brothers, Tuan Maswadi.

Seruan ini untuk business owner yang masih lagi pening dan struggle nak capai RM100K setiap bulan secara konsisten. Jadi, dalam webinar ini Tuan Maswadi akan bongkarkan apakah strateginya.

Jom masuk webinar dengan klik link dibawah sekarang.

https://bit.ly/WGYB6Ogs26
https://bit.ly/WGYB6Ogs26

16/08/2026

Team leader bukan hanya ada skills dan pengalaman yang hebat.

Seorang leader perlu ada leadership skills yang mampu membuatkan setiap arahan difahami, diterima dan dilaksanakan oleh team dengan baik.

Menurut Puan Syahirah Ibrahim, Operation & Management Director Hasbul Brothers, seorang leader yang baik bukan hanya mampu memberi arahan, tetapi juga boleh menegur dan membawa perubahan dalam team dengan cara yang diterima oleh staf.

Kerana leadership bukan hanya tentang jawatan atau pengalaman, tetapi tentang kompetensi, kemahiran dan keupayaan memimpin pas**an.

Dalam Grow Your Business: Different Stage, Different Strategy, tuan/puan akan belajar lihat bisnes melalui The Scaling Framework supaya lebih jelas tahap bisnes sekarang, apa yang sedang menahan growth dan strategi apa yang patut difokuskan.

22 & 23 Ogos 2026
Shaftsbury Asteria, Cyberjaya

Daftar sekarang. Link di bio.





16/08/2026
16/08/2026
Saya pergi MR.DIY, tapi yang saya nampak bukan barang… saya nampak IDEA MARKETING.Benda simple je, dekat kaunter letak k...
16/08/2026

Saya pergi MR.DIY, tapi yang saya nampak bukan barang… saya nampak IDEA MARKETING.

Benda simple je, dekat kaunter letak kad bentuk phone dengan QR code.

FREE 400 POINTS bila sign up.

Nampak macam MR.DIY bagi customer sesuatu secara percuma kan?

Tapi sebenarnya mereka tengah bina sesuatu yang jauh lebih mahal daripada 400 points:

CUSTOMER DATABASE.

Bila customer dah jadi member, mereka boleh bina loyalty:
→ Birthday reward
→ Exclusive deals
→ Point redemption
→ VIP perks
→ Family points

Customer datang sekali, mereka cuba buat customer datang berkali-kali.

Yang paling saya s**a, marketing ni bukan duduk dalam Facebook Ads sahaja.

Dekat kaunter ada.
Dekat cashier ada.
Kad boleh pegang & scan terus.
Screen dalam kedai pun promote benda yang sama.

Customer dah datang kedai → terus convert jadi member.

Ini baru marketing ecosystem.

Bisnes jangan fikir macam mana nak dapat customer hari ni sahaja.

Fikir macam mana customer yang datang hari ni boleh kembali lagi 5, 10, 20 kali.

MR.DIY jual barang.

Tapi dalam masa yang sama, mereka sedang bina database, loyalty dan repeat customer.

Simple idea. Tapi kalau scale satu Malaysia, impaknya memang besar.

Saya rasa konsep macam ni memang boleh adapt untuk banyak jenis bisnes, termasuk travel, F&B, retail dan service.

Jangan sekadar kejar SALES.
Bina DATABASE. Bina LOYALTY. Bina ECOSYSTEM.

Sambil layan buku dan minum Tealive dalam flight, saya tertarik tengok cara AirAsia marketing merchandise mereka. ✈️🧋Nam...
16/08/2026

Sambil layan buku dan minum Tealive dalam flight, saya tertarik tengok cara AirAsia marketing merchandise mereka. ✈️🧋

Nampak simple, tapi sebenarnya sangat bijak.

Mereka bukan sekadar jual tiket penerbangan. Mereka bina satu ecosystem brand. Dalam flight pun mereka masih create peluang untuk generate revenue melalui cap, blanket, travel adapter, baju, keychain sampai model kapal terbang.

Apa yang saya belajar, merchandise yang berjaya bukan sekadar letak logo atas produk dan jual.

Ia perlukan beberapa perkara penting.

1. Identity yang kuat

Warna, logo, design dan packaging kena konsisten sampai orang nampak sekali pun dah tahu itu brand kita.

2. Ada story

Orang bukan beli produk sahaja. Mereka beli feeling, lifestyle, experience dan connection dengan sesuatu brand.

3. Produk mesti relate dengan customer

AirAsia faham customer mereka traveller. Sebab itu merchandise mereka banyak berkait dengan travel dan lifestyle.

4. Timing dan placement

Ini paling bijak. Katalog diletakkan ketika customer sedang duduk dalam flight, ada masa untuk belek dan memang sedang berada dalam mood travel.

5. Jadikan merchandise sebagai marketing

Bila customer pakai cap, T shirt atau bawa merchandise kita, secara automatik mereka menjadi walking billboard untuk brand.

Sebab itu kalau nak bina merchandise yang berjaya, jangan fikir:

“Apa lagi barang kita boleh jual?”

Sebaliknya fikir:

“Macam mana kita nak buat orang bangga pakai dan menjadi sebahagian daripada brand kita?”

Bila sampai tahap itu, kita bukan sekadar menjual merchandise.

Kita sedang membina identity, community dan lifestyle. 🔥

Kadang kadang idea business terbaik memang ada depan mata. Kita cuma kena rajin observe, belajar dan adapt untuk bisnes sendiri.

Address

A-3-3, Capital 1, Oasis Square, 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Ara Damansara
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hazwan Irfan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hazwan Irfan:

Shortcuts

Share