Info propa

Info propa Featured remixes on Entertainment

15/11/2012

1- Copy kod ini --> @+[333556000075469:0]
2- Paste kan di ruangan komen
3- Buang tanda (+)
4- Tekan Enter
5- Click tulisan biru
6- Jgn Lupa LIKE page tu.. :-D

KUALA LUMPUR, 27 OKT 2012: Meskipun bakal mengendalikan program hiburan MeleTOP, namun pelakon, Neelofa akui sudah seand...
27/10/2012

KUALA LUMPUR, 27 OKT 2012: Meskipun bakal mengendalikan program hiburan MeleTOP, namun pelakon, Neelofa akui sudah seandainya dirinya menjadi antara bahan gosip utama yang diperkatakan di dalam program yang bakal bersiaran di Astro Ria pada 30 Oktober ini.

http://my.churpchurp.com/alifbaataa/share/NESCAFEonthelife

Malah, Neelofa atau Noor Nelofa Noor Mohd berkata dia bersedia untuk memperjelaskan segala kontroversi yang berkaitan dengan dirinya secara terbuka dalam program yang akan dikemudikan bersama pelawak, Nabil Ahmad itu.

"Dalam program ini semua artis yang digosipkan diberi peluang untuk memberi penjelasan secara eksklusif dari studio bersama kami. Jadi jika gosip itu terkena kepada saya, saya juga harus bersikap terbuka.

"Saya tiada masalah dan rasanya saya dan Nabil lebih beruntung kerana jika gosip pada minggu itu terkena kepada kami, saya atau Nabil sendiri yang akan terangkan serta perjelaskan mengenainya di dalam program itu secara langsung," katanya dalam sidang media MeleTOP, di hotel Best Western Primiere, petang semalam.

MeleTOP akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Selasa Selasa jam 10 malam bermula 30 Oktober ini.


http://my.churpchurp.com/alifbaataa/share/NESCAFEonthelife Mengulas lanjut mengenai MeleTOP, Neelofa memberitahu dia akan berpenampilan lebih santai berbanding program majalah iaitu Nona yang sedang dikemudikannya.http://bit.ly/S3VE8b

"Sudah tentu program ini berbeza daripada program Nona kerana ia membolehkan saya mengendalikannya dalam suasana dan keadaan yang lebih santai dan tidak perlu terlalu formal. Lagipun program ini membicarakan mengenai hiburan terkini.

"Mala, program ini akan lebih gamat apabila saya digandingkan dengan Nabil. Saya akan cuba blend cara saya dan rentak Nabil yang hyper dan lawak itu supaya program hiburan ini nanti akan jadi lebih menarik," jelasnya lagi.

Neelofa yang masih lagi mengikat kontrak bersama program Nona itu bakal menjalani penggamabran bersama pengarah Osman Ali berjudul Sejoli pada Disember ini.http://bit.ly/S3VE8b

Isu Foto Bogel: Rozita Che Wan Akan Cari Penyebar Gambar, Akan Saman!http://bit.ly/Rn3yHBhttp://my.churpchurp.com/alifba...
26/10/2012

Isu Foto Bogel: Rozita Che Wan Akan Cari Penyebar Gambar, Akan Saman!

http://bit.ly/Rn3yHB
http://my.churpchurp.com/alifbaataa/share/NESCAFEonthelife

Minggu lalu pelakon jelita lagi seksi ini kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan, gara-gara gambar seksi mirip wajahnya tersebar di internet sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun empunya diri menafikan sekeras-kerasnya mengenai gambar itu.

"Saya akan saman!. Saya akan cari mereka yang terlibat dalam perkara ini kerana ia sangat memalukan. Saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman kepada mereka yang biadab ini.

"Perkara ini mengaibkan saya walaupun ia bukan gambar saya. Saya tidak tahu apa motif mereka, mungkin ingin memalukan saya atau menjatuhkan karier saya.

"Kali ini, saya akan bertegas demi maruah saya yang tercalar. Mungkin dengan cara ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berniat buruk kepada saya," katanya.

Tidak pernah terlintas untuk membuat rakaman sedemikian, Rozita turut memberitahu bahawa dia sendiri 'buta' dalam menggunakan aplikasi telefon.

"Saya difahamkan, gambar itu dirakam menggunakan video chat atau we**am yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya.

"Saya bukanlah muda untuk explore benda-benda macam ni. Lagipun, saya tak pasti, telefon saya ada fungsi itu atau tidak.

"Namun, saya percaya, jika ia bukan pelanduk dua serupa, mungkin ada individu yang menggunakan teknik super impose dengan menempek muka saya. Namun, yang pasti, ia bukan saya," tegasnya lagi.

Aamir Khan Mengerjakan Haji Di Tanah Suci Mekah......MUMBAI, 26 OKT 2012: Biarpun baru saja selesai menjalani penggambar...
25/10/2012

Aamir Khan Mengerjakan Haji Di Tanah Suci Mekah......

MUMBAI, 26 OKT 2012: Biarpun baru saja selesai menjalani penggambaran Dhoom 3 dengan jadual yang padat serta menghadiri pelancaran filem terbarunya, Taalash, namun bintang Bollywood terkemuka, Aamir Khan masih punya kesempatan untuk mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah.

Ditemani ibunya, Aamir Khan sempat bertemu dengan pemain kriket daripada Pakistan, Shahid Afridi ketika mengerjakan ibadat suci itu di sana.

Khabarnya, mereka banyak menghabiskan masa bersama dan sentiasa berkongsi pelbagai cerita. Pendek kata, mereka seronok bila bertemu dan menikmati waktu yang menyeronokkan sepanjang mengerjakan haji

Sekaligus membuktikan bahawa hubungan persahabatan di antara India-Pakistan sebenarnya mampu diperkukuhkan di mana-mana sekalipun.

yeeeayyyyyy....Finding Nemo telah kembali menemui anda.kali ini dlm bentuk 3D http://bit.ly/S3VQVa
24/10/2012

yeeeayyyyyy....Finding Nemo telah kembali menemui anda.kali ini dlm bentuk 3D http://bit.ly/S3VQVa

Kematian Yash Chopra Kehilangan Besar Buat SRK...MUMBAI, 24 OKT 2012: Pemergian produser dan pengarah filem veteran, Yas...
24/10/2012

Kematian Yash Chopra Kehilangan Besar Buat SRK...

MUMBAI, 24 OKT 2012: Pemergian produser dan pengarah filem veteran, Yash Chopra benar-benar memberi kesan buat bintang Bollywood terkemuka dunia, Dato Shah Rukh Khan yang banyak kali membintangi filem arahannya.

Malah, Shah Rukh Khan menganggap pemergian Yash Chopra adalah satu kehilangan yang cukup besar buat dirinya, malah dia akan terus sentiasa meletakkan Yash Chopra di dalam hati dan jiwanya.

Yash Chopra yang sebelum ini banyak menghasilkan filem pecah panggung telah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Ahad lalu sempena komplikasi organ yang tidak berfungsi yang pada asalnya disebabkan penyakit demam denggi yang dihidapinya. Dia meninggal pada usia 80 tahun.

"Apabila saya kehilangan orang yang benar-benar saya sayang, saya berasakan bahawa seolah-olah seperti kehilangan sebahagian daripada diri saya sendiri.

"Adakah tiba satu saatnya nanti bahawa saya sudah tidak punya apa-apa untuk dilepaskan lagi? Tapi, kemudian ia membuatkan saya terfikir bahawa setiap kali mereka pergi membawa sebahagian daripada saya pergi bersama..saya akan menjumpai fragmen mereka di dalam diri saya.

"Oleh itu, saya akan sentiasa meletakkan Yashji...(Yash Chopra) di dalam hati dan jiwa saya dan pada masa yang sama saya juga pasti akan merinduinya," kata Shah Rukh Khan di dalam laman facebook peribadinya.

Shah Rukh Khan memang sangat istimewa di hati Yash Chopra. Malah, pengarah ini banyak mengarahkan filem untuknya, misalnya Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997) dan Veer-Zaara (2004). Filem terakhirnya Yash Chopra iaitu Jab Tak Hai Jaan turut menampilkan Shah Rukh Khan sebagai teraju utamanya. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagan India pada 13 November ini.

Sewaktu mendapat tahu tentang berita kematian Yash Chopra, Shah Rukh Khan adalah antara aktor yang segera bergegas ke Hospital Lilavati. Malah, dia juga sanggup menaiki kenderaan yang menghantar mayat Yash Chopra daripada hospital hospital ke rumah pengarah tersebut.

Pada sambutan hari ulang tahun kelahiran Yash Chopra yang ke-80, Shah Rukh Khan sempat berbual mesra bersama chopra yang sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya sendiri.

Apabila Peminat Meluat Dengan Azwan Ali...KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Artikel yang disiarkan di murai.com.my tentang peng...
24/10/2012

Apabila Peminat Meluat Dengan Azwan Ali...

KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Artikel yang disiarkan di murai.com.my tentang penglibatan Azwan Ali dalam musim terbaru Propaganza di Astro Ria saluran 104 nampaknya telah mengundang pelbagai komen negatif daripada peminat.

Malah, menerusi segmen Panggilan Misteri Murai (PMM), peminat yang mahu dikenali sebagai Miss S telah meluahkan rasa kecewa terhadap Azwan Ali yang dikenali sebagai pengacara yang senior dalam bidang penyiaran.

Kata Miss S, identiti Azwan Ali sebagai Baby AA dalam Propaganza disifatkan sebagai satu gaya yang kurang layak dipertontonkan di kaca TV. Dalam pada itu, segmenselama tiga minit yang dikendalikan Azwan Ali itu diangap tidak memberikan sebarang infomasi kepada penonton program tersebut. Sebaliknya, ianya lebih kepada menggambarkan Azwan Ali sebagai individu yang s**a mencari publisiti murahan.

un begitu, Miss S mengakui bukanlah tampil sebagai peminat yang anti Azwan Ali. Secara profesionalnya, peminat tersebut telah memberikan nasihat kepada Azwan Ali supaya merubah sikapnya itu.

Ketahui komen pedas Miss S terhadap Azwan Ali dalam PMM yang disiarkan setiap Rabu di murai.com.my.

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info propa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category