Oh! Media

Oh! Media A day in the life of us: Eat Nasi Lemak, create Facebook post, read Facebook comments.

1988 - 2025 © Oh Media Sdn Bhd | 1259167-K Hai korang! Media. Haha. Haha!
(25947)

Terima kasih sebab sudi singgah ke Facebook rasmi Oh! Rajin betul korang nak baca page “About” ni. Banyak masa lapang ke tu? Oklah…

Apa yang korang lihat dan kenal tentang Oh! Media hari ini sebenarnya bermula daripada kisah yang menarik untuk diceritakan semula. Pada tahun 2008, Oh! Media lahir daripada idea seorang pelajar muda bernama Khai Hassan, masa tu masih belajar di Limkokwing University

, Cyberjaya. Budak hingusan lagi, tapi penuh cita-cita. Kenapa dia kat sana? Belajar lah takkan nak kait buah kelapa sawit p**ak kan? Disebabkan minat mendalam terhadap dunia komputer dan digital, Khai memilih bidang Multimedia Kreatif (Creative Multimedia). Masa kawan-kawan lain sibuk bercinta dan bersosial, Khai p**a lebih banyak habiskan masa seorang diri sebagai blogger. Oh! Media belum wujud lagi waktu tu, tapi itulah permulaannya... Dunia blogging dan forum menjadi tempat dia menulis, berkongsi dan bereksperimen. Pada tahun yang sama, Facebook yang baru wujud ketika itu dah semakin dikenali di Malaysia. Tapi ketika itu Facebook lebih menjadi tempat kita main game. Bukan macam hari ini. Kisahnya, ketika itu Khai dah memonopoli dunia forum yang dikenali sebagai SCUKZ (wujud masa zaman Khai sekolah lagi) di mana ketika itu sangat aktif bagi penggemar forum tempatan. Di forum, dalamnya dipecahkan kepada banyak kategori seperti hiburan, teknologi, dan banyak lagi. Maka dari situ lahirlah Oh! Artis yang berkongsi kisah tentang dunia artis (masa tu rakyat Malaysia rajin bergosip). Kemudian untuk gambar-gambar menarik lain, lahirlah kategori Oh! Tidak. Zaman tu media sosial tak wujud lagi. Beberapa minggu kemudian, lahirlah Oh! Islam p**a untuk perkongsian artikel keagamaan, Oh! Geekz p**a untuk berita teknologi. Bila dah banyak sangat kategori, akhirnya semua kategori ini dijadikan pelbagai website yang berdiri sendiri di bawah domain ohartis.com, ohtidak.com, ohislam.com, ohgeekz.com dan banyak lagi sebenarnya. Bila trafik makin tinggi, kos server mencecah lebih RM3,000 sebulan. Khai tahu yang semua ni dah tak boleh jadi sekadar hobi sahaja Memang kering nak maintain babe! Akhirnya, tahukah anda semuanya bermula di sebuah meja mamak? Dengan menggunakan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau di sebuah mamak kat Desa Pandan, maka kat situ jadi “office pertama” si Khai ni disebabkan nak Free Wifi punya pasal. maka nama sebuah syarikat baru diwujudkan untuk menjadi payung kepada semua branding "OH!" tu tadi. Yay!! Masa itulah jenama Oh! Media dipilih dan didaftarkan kemudian terus bergerak lebih serius (walaubagaimanapun masih lagi seorang diri). Dari sekadar s**a-s**a kepada platform sebenar yang menjadi bacaan jutaan rakyat Malaysia setiap bulan. Lepas itu, punyalah banyak client yang cari untuk beriklan. Memang betul lah tu sebab dari situlah semua kos dapat Khai bayar dan dapatlah dia menjalani kehidupan denngan baik sikit. Tapi yang paling buat kami bangga, Oh! Media sampai ke hari ini masih kekal dengan niat asal iaitu untuk membantu peniaga kecil (SME) untuk naik dan bersaing. Kami percaya bila sesuatu dibuat kerana nak berkongsi dan beri manfaat, rezeki akan datang dengan cara yang tak disangka. Maka sejak 2008 itulah, Khai telah menjalankan Oh! Media di bawah identiti syarikat seperti Oh Media Network dan berkembang kepada Oh Media Sdn. Bhd. selepas itu. Dipendekkan cerita, 10 tahun kemudian pada tahun 2018 bila dah penat semua buat sendiri, barulah Oh! Media mula ambil kakitangan tetap seperti hari ini. Pada tahun 2020, jenama yang lahir dari minat ini akhirnya menjadi sebahagian daripada iMedia Asia Sdn. serta Catcha Digital Berhad, dan kini tersenarai di Bursa Malaysia. Itulah kisah sebenar bagaimana kuasa minat (the power of passion) mampu mengubah sesuatu yang kecil jadi satu legasi besar. Akhir kata, sama ada anda followers lama, baru kenal, atau sekadar pemerhati dari jauh, kami nak ucapkan ribuan terima kasih. Sebab anda semua lah, Oh! Media masih kekal relevan sampai hari ini. We lead, others follow. Muah ciked!

_________________

Hey there! Thanks for stopping by the official Oh! Media page. You must be really free to read our “About” page, huh? Haha, alright then…

What you see and know about Oh! Media today actually began with a pretty interesting story. Back in 2008, Oh! Media was born from the idea of a young student named Khai Hassan, who was then studying at Limkokwing University, Cyberjaya. Still a kid back then, but full of big dreams. Why was he there? To study, of course not to pick palm fruits! Because of his deep passion for computers and all things digital, Khai pursued Creative Multimedia. While most of his friends were busy falling in love or hanging out, Khai spent most of his time alone as a blogger. Media didn’t exist yet, but that was where it all started the world of blogging and forums became his playground for writing, sharing, and experimenting. Around that time, Facebook had just started to get pop**ar in Malaysia but people mostly used it to play games, not to share content like today. Here’s the story: Khai had already made a name for himself in the local forum scene through a platform called SCUKZ, which was super active back in the day. The forum had different categories like entertainment, tech, relegion, lifestyle, you name it. From there, he created Oh! Artis (all about celebrity news which is Malaysians love their gossip), then came Oh! Tidak for funny and viral photos, followed by Oh! Islam for faith-based articles, and Oh! Geekz for tech stuff. Eventually, each category became its own standalone website like ohartis.com, ohtidak.com, ohislam.com, ohgeekz.com and more. As traffic grew, so did the cost of running servers reaching over RM3,000 a month. Khai knew this couldn’t just stay a hobby anymore. It was burning a hole in his pocket! And believe it or not, it all started at a mamak table. With nothing but an old laptop and a glass of iced lemon tea, Khai set up his “first office” at a mamak in Desa Pandan, all for the sake of free Wi-Fi. That’s where the brand Oh! Media was officially born. It became the umbrella for all the “OH!” brands and started moving seriously (even though he was still working solo). What started as a side project turned into a real platform, one that millions of Malaysians now read every month. Soon after, clients started reaching out for ads and collaborations. That’s when things really took off. Media finally had a way to sustain itself and most importantly, it stayed true to its mission: to help small businesses (SMEs) grow and compete. We’ve always believed that when you create something with good intentions and purpose, success will follow in ways you’d never expect. Since 2008, Khai has run Oh! Media under companies like Oh Media Network, which later evolved into Oh Media Sdn. Fast forward 10 years in 2018, after doing everything solo, Khai finally started hiring a team. Then, in 2020, this passion-born brand became part of iMedia Asia Sdn. and Catcha Digital Berhad, now listed on Bursa Malaysia. That’s the real story of how the power of passion turned something small into a lasting legacy. And finally, whether you’ve been following us since the early days, just discovered us, or even secretly stalking (we see you!), we want to say a big thank you. Because of you, Oh! Media is still here and still relevant today. Muah ciked!

_________________

Layari website kami di:
www.ohmedia.my

Jatuh cinta dengan kami di Instagram:
www.instagram.com/ohmedia

Maki-hamun kami di X:
www.x.com/ohtweet

Habiskan masa tonton video kami di Youtube:
www.youtube.com/ohmediamy

Baca blog lama Khai:
www.justkhai.com

“Oh! Media is well established Social Media, Web & Advertising company registered in Kuala Lumpur, Malaysia. “Oh Media” or “Oh! Media” are patented and copyright by Oh Media Sdn Bhd”.

24/12/2025

“Kurang ajar dan biadap” - Aaron Aziz

24/12/2025

Tengok tu diorang pun kata syok!

Okey guys tunggu apa lagi? Jom lah datang beramai-ramai ke Sunway Pyramid sekarang sementara M&M’S Jom Jingle ni masih ada lagi dekat sana!

𝗛𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗚𝗿𝗮𝗯 𝗣𝗮𝘆𝗟𝗮𝘁𝗲𝗿! 🎁Nak shopping besar-besaran tanpa rasa berat?Jom bayar guna PayLater by...
24/12/2025

𝗛𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗚𝗿𝗮𝗯 𝗣𝗮𝘆𝗟𝗮𝘁𝗲𝗿! 🎁

Nak shopping besar-besaran tanpa rasa berat?
Jom bayar guna PayLater by Grab dan nikmati ganjaran maksimum setiap transaksi. Promosi ini sah untuk shopping online dan ansuran bulanan tau! Tak la rasa terbeban sangat. 😉

🛒 𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗛𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻
🛍️Diskaun hingga RM60 dengan belanja minimum RM300.
💸Ansuran 8 & 12 bulan
🎟Kod promosi: 𝟴𝗔𝗡𝗗𝟭𝟮𝗠𝗢𝗡𝗧𝗛𝗦𝗡𝗘𝗪
📆Tempoh promosi: Sekarang hingga 31 Disember 2025

🛍️Diskaun hingga RM30 dengan minimum belanja RM200.
✔️Sah untuk dibawa pada bulan hadapan
💸Pelan ansuran 4, 8, & 12 bulan.
🎟Kod promosi: 𝗬𝗘𝗔𝗥𝗘𝗡𝗗𝗣𝗟𝟯𝟬
📆Tempoh promosi: 13 hingga 31 Disember 2025

𝗕𝗲𝗹𝗶-𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗙𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹
💸 Diskaun hingga RM60 dengan ansuran 8 atau 12 bulan. Hanya belanja minimum RM300
🎟Kod promosi: 𝗣𝗔𝗬𝗟𝗔𝗧𝗘𝗥𝟲𝟬
📆Tempoh promosi: 13 hingga 31 Disember 2025

✨Banyak faedah dengan PayLater by Grab:

🛡️ 𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝗮𝘆𝗟𝗮𝘁𝗲𝗿 𝗣𝗿𝗼𝘁𝗲𝗰𝘁?
Nikmati perlindungan percuma untuk pembelian online korang yang dibuat dalam tempoh 3 bulan, bermula sekarang hingga 31 Januari 2026.
👉 Belanja RM300 atau lebih dalam satu transaksi menggunakan PayLater, dan barangan korang akan dilindungi sehingga RM1,500 selama 120 hari.

Perlindungan termasuk:
✔️ Barangan rosak diterima
✔️ Barangan hilang atau dicuri semasa penghantaran
✔️ Barangan tidak diterima

📍 Boleh digunakan di jenama kegemaran anda seperti:
📱Elektronik: Compasia, Switch, ALL IT
🛍️Fesyen: Shoploooh, New Era, Machino, JD Sports
💅Kesihatan & Kecantikan: LUMI, The Body Shop, Kiehl’s

Untuk maklumat lanjut, sila tekan link di sini
https://www.grab.com/my/grabpay-blog/paylater-deals-online-savings
💳 PayLater by Grab, the most rewarding way to pay.

24/12/2025

Biar betul free je naik bus double decker ni?!

Psssttt… Untuk PELANGGAN MAXIS SAHAJA! 😎

Bersama Explore With Maxis, korang (pengguna Maxis) dapat merasai pengalaman istimewa meneroka Kuala Lumpur Lama (Downtown KL) dengan vibes baru.

Korang boleh pilih nak explore naik bas macam ni atau gerak sendiri dengan Miya, pembantu AI dalam aplikasi Maxis korang.

Nak join trip macam ni? Layari https://bit.ly/4qiegDQ untuk maklumat lanjut.

24/12/2025

Alahai comelnyaaa 🤭

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat dua pusat pembuatan pertahanan berteknol...
23/12/2025

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat dua pusat pembuatan pertahanan berteknologi tinggi milik Kump**an EDGE di Abu Dhabi pada 23 Disember 2025, iaitu NIMR dan CARACAL.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Lawatan Khas Seri Paduka Baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula pada 22 Disember.

NIMR merupakan pengeluar kenderaan tentera berprestasi tinggi, manakala CARACAL ialah pengeluar senjata kecil terkemuka.

Dalam lawatan ke CARACAL, Seri Paduka turut mempamerkan kemahiran menembak menggunakan senapang penembak tepat CSR 308 di lapang sasar 100 meter.

Selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap Datuk Seri Najib dan hantaran ‘celebrate’ Yeo Bee Yin yang mencetus k...
23/12/2025

Selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap Datuk Seri Najib dan hantaran ‘celebrate’ Yeo Bee Yin yang mencetus kecaman oleh pemimpin UMNO.

Terbaru Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilihat menyindir bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kes rasuah terowong bawah tanah.

Tidak disangka, Guan Eng juga membalas sindiran Tok Mat dengan kisah Mat Jenin.

Mo Salah menjadi wira Mesir selepas meledak gol kemenangan ke atas Zimbabwe 2-1 dalam aksi kump**an Piala Negara-Negara ...
23/12/2025

Mo Salah menjadi wira Mesir selepas meledak gol kemenangan ke atas Zimbabwe 2-1 dalam aksi kump**an Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025.

Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang Salah di peringkat antarabangsa, namun membuktikan juga jurulatih kelab kerdil Liverpool, Arne Slot gagal memanfaatkan potensi Salah.

Untuk pengetahuan korang, Salah tidak diturunkan dalam lima perlawanan terakhir Liverpool sebelum terbang ke AFCON.

23/12/2025

Terkini! Saiful luah rasa kecewa

23/12/2025

Jangan keliru lagi selepas ini, share ilmu ini kepada kawan-kawan korang juga 😉

Tonton podcast penuh https://youtu.be/dftBlFpCFrs

23/12/2025

Ada rezeki nanti comeback balik buat konten 👍🏻

23/12/2025

Terkini! Anak sulung dedah keadaan bapanya, Najib Razak

Address

Level 3, Menara TH Uptown 3, Jalan SS 21/39, Damansara Uptown
Petaling Jaya
47400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh! Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Oh! Media:

Share

Ini Cerita Kami.

Hai awak! Tahun 2008 kami wujud sebagai sebuah syarikat berdaftar. Oh! Media diasaskan oleh Khai Hassan yang pada ketika itu masih berstatus pelajar di Limkokwing University, Cyberjaya dalam jurusan Creative Multimedia dan berdiri diantara barisan hadapan Top Blogger di Malaysia. Sehingga kini beliau masih bergiat aktif disebalik tabir pelbagai pembangunan penjenamaan pelbagai jenama pop**ar di negara ini. Tahukah anda, Oh! Media wujud dari sebuah meja Mamak bertemankan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau? Mamak Nurin di Desa Pandan, KL adalah “pejabat” pertama kami tak kira siang dan malam menggunakan WiFi percuma mereka. Bermula dengan projek forum yang dikenali sebagai “Scukz” yang begitu pop**ar dan menjadi fenomena ketika itu, kami wujudkan sebuah laman web hiburan ohartis.com sebagai kesinambungannya. Dalam masa yang sama, pembangunan blog peribadi seperti justkhai.com sangat mendapat tempat di hati pembaca blog di Malaysia. Kedua-duanya projek kos rendah (pada awalnya) ini menerima sambutan luar biasa sehingga jutaan pembaca setiap bulan yang membuatkan Oh! Media perlu membelanjakan hingga RM3,000 setiap bulan hanya untuk server sahaja ketika itu (2 dedicated server). Costing yang semakin tinggi membuatkan kami terpaksa menjadikan Oh! Media bukan sahaja sebuah jenama untuk rakyat Malaysia malah sebagai medium pengiklanan bermula dari hari itu. Siapalah sangka bermula dari betapa struggle’nya ketika itu untuk meneruskan minat kami, dari situlah Ohmedia mula berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat yang amat dikenali pada hari ini sebagai pelopor pemasaran dan penjenamaan di Malaysia.

Sehingga kini, sebut sahaja jenama telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, uMobile, kemudian jenama makanan segera pop**ar seperti KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, diikuti p**a dengan jenama gergasi seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Shell, Petronas, 7-Eleven, Huawei, Lazada, GRAB, tidak lupa syarikat penerbitan seperti Skop Production, Metrowealth, Suhan Movies, dan lebih dari ratusan jenama kecil atau besar, mereka adalah jenama hebat yang memilih Oh! Media sebagai platform untuk memasuki pasaran tempatan (terutamanya untuk memasuki pasaran Melayu) dengan sangat cepat dan berkesan. Akan tetapi tahukah anda, bila kami berurusan dengan pelbagai jenama gergasi ini namun kami langsung tidak pernah melupakan tentang motif kewujudan sebenar Oh! Media iaitu sebagai platform fardu kifayah yang sentiasa memberikan ruang untuk para peniaga kecil untuk memasarkan jenama, perkhidmatan, dan produk mereka pada harga terendah berbanding yang lain tetapi masih mengekalkan servis yang tip top dan sama. Setelah hampir 10 tahun berada di dalam bidang ini, Ohmedia tidak pernah jemu untuk terus berkongsi pelabagai perkara bermanfaat kepada anda setiap hari melalui medium media sosial kami dan terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat dan juga agensi pengiklanan gergasi yang mengekalkan harga terendah bagi membantu para peniaga baru untuk berdaya-saing dalam apa sahaja jenis perniagaan yang diceburi. Anda jalankan perniagaan seperti biasa dan biar kami fikirkan tentang soal mempromosikan perniagaan anda kerana itu adalah kepakaran kami pada hari ini. Bagaimana kami masih mampu mengekalkan harga yang rendah untuk tujuan tersebut?

Pertamanya ianya berbalik kepada nawaitu asal tadi dan betapa penting untuk terus berpegang kepada asas tersebut. Keduanya, kami tak ada niat langsung nak pergi haji balik hari dengan mengenakan perkhidmatan harga yang tinggi seperti di page-page seangkatan yang lain. Ketiganya adalah prinsip yang kami gunakan melalui dua cara mudah iaitu untuk sentiasa meminimakan segala jenis “running cost’ tapi melebihkan kepada idea-idea kreatif dan kami tidak pernah lakukan ini semua untuk jadi kaya tetapi lebih untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah dan berpegang kepada prinsip asas tentang lebih banyak yang kami kongsi, maka lebih banyak yang kami dapat.

Sejak tahun 2018 p**a, Oh! Media telah maju selangkah lagi dengan kewujudan syarikat korporat seperti Oh Media Digital Sdn Bhd dan juga Oh Media Sdn Bhd yang mana telahpun berdaya saing bukan sahaja di negara ini, malah memasuki pasaran Indonesia dan Singapura bagi perkhidmatan online dan offline. Ingin sertai team kami? Lebih baik jangan nanti menyesal! Hahaha. Tapi kalau degil juga, hantar resume anda ke [email protected] dan jika ada kekosongan, kami pasti akan hubungi anda semula! Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, anda cuma perlu hantarkan emel ke [email protected] dan kami akan entertain anda dengan secawan e-cappuchino secara online. Haha! Simple kan?! Bagi yang mahu berkongsi apa sahaja bahan seperti gambar dan video untuk dipaparkan di Facebook ini, emailkan sahaja ke [email protected] atau jika anda lebih s**a hantar guna WhatsApp, add kami siap-siap dalam contact anda | 0115-OHMEDIA