18/08/2025
Syukur alhamdulillah...
Listing yang lama dipegang, tak banyak permintaan, tak ramai peminat, sendu2 sahaja, akhirnya telah dipinang...Dari listing sendu, tiba2 ada 3 pihak serentak yang merisik2 pada masa yang sama...Listing dari zaman agency lama, berjaya dijual dan jadi kes pecah telur dalam bulan pertama di agency baru.
Rezeki Allah tak salah alamat...Orang lain yg dibawa viewing petang Sabtu lepas bersama COA Agent, tapi orang lain pulak yang letak booking dulu...Kami tak pernah kenal, tak pernah berjumpa, dapat contact number pun through iklan FB sahaja...Senyap2 dia pergi viewing sendirian awal pagi Sabtu tu tanpa inform apa2, sebelah petang baru dia beritahu dan berbincang, tahu2 awal pagi tadi pukul 7 lebih muncul receipt booking di Whatsapp, bak kata orang kampung saya "Early birds catches the worm" 😆
Semoga dipermudahkan rezeki dan segala urusan pihak owner dan buyer insyaallah