04/01/2025
๐ง๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐ฃ๐ ๐ซ
๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ
Inisiatif Baucar Buku Madani 2024 adalah hadiah yang sangat bermakna untuk pelajar dan industri buku negara. Dengan nilai baucar RM50 dan RM100, program ini telah berjaya membantu jutaan pelajar mendapatkan bahan bacaan berkualiti, termasuk buku akademik dan bacaan umum, khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar, tetapi juga membawa harapan baharu kepada industri buku negara, yang sebelum ini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Hasil program ini telah menyuntik semangat baharu kepada penulis, penerbit, dan penjual buku tempatan.
Inisiatif Baucar Buku Madani ini juga telah mencetuskan kesan berganda kepada ekonomi dan memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui platform digital KotaBuku yang menjadi jambatan kepada pembaca dan pemain industri, program ini juga menggalakkan literasi digital dalam kalangan pelajar Malaysia.
Secara keseluruhan, program Baucar Buku Madani adalah pelaburan yang tidak ternilai untuk masa depan generasi muda dan industri ilmu negara.
Sasbadi Holdings Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PMX dan Kerajaan Madani atas inisiatif yang berpandangan jauh ini. Pelaburan dalam bidang ilmu ini merupakan asas untuk membina generasi muda yang berwawasan dan menyokong pertumbuhan sektor ilmu negara.
Semoga usaha murni ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang agar menjadi pemangkin kepada lahirnya masyarakat yang berilmu, berdaya saing, dan terus menyokong perkembangan industri buku tempatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi Kota Buku