Indigital Music

Indigital Music Indigital is a Malaysian music content provider company managing the A&R and PR of over 80 local ban

Indigital is a Malaysian music content provider company managing the A&R and PR of over 80 local bands & artistes.
Contact: [email protected]

Dah ready semua nak tengok Inul Daratista bergoyang? Bila last korang tengok persembahan Amelina dan Baby Shima?Apa kata...
23/09/2025

Dah ready semua nak tengok Inul Daratista bergoyang? Bila last korang tengok persembahan Amelina dan Baby Shima?

Apa kata kita sama-sama ke Konsert Inul Daratista Live In Malaysia yang bakal berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 6 Disember depan.

Dapatkan tiket korang sekarang okay 🔥

Selamat menyambut Hari Malaysia. Ayuh kita tingkatkan perpaduan dan terus menjadi bangsa yang bersatu padu. Malaysia Mad...
16/09/2025

Selamat menyambut Hari Malaysia. Ayuh kita tingkatkan perpaduan dan terus menjadi bangsa yang bersatu padu.

Malaysia Madani Rakyat Disantuni.

11/09/2025

Thalita, anak kepada arwah penyanyi Siti Sarah, kehilangan ibunya pada usia yang masih terlalu muda baru 8 tahun. Tiada lagi pelukan ibu untuk menenangkan, tiada lagi wajah penyeri yang menjadi tempat dia bermanja.

Dia mula belajar mencuba di atas pentas sebuah ruang yang membuatnya rasa dekat dengan ibunya, tempat dia berani menapak walau hatinya masih penuh luka. Pentas itu menjadi terapi kecil buat jiwanya, ruang untuk mengisi kekosongan yang tidak mampu diganti.

Dan bakat itu memang nyata! Genetik peti suara Thalita cukup terserlah. Suaranya merdu, darah seni yang mengalir dalam tiga generasi kini hidup dalam dirinya. Keyakinannya di atas pentas juga luar biasa untuk anak seusia 12 tahun.

Namun senyuman itu tidak lama.

Ruangan komen dipenuhi suara orang dewasa toksik.

“Kenapa tak mengaji?”
“Kenapa tak bertudung?”
“Kenapa beraksi di pentas?”

Kononnya mahu menegur. Hakikatnya, itu adalah BULI SIBER.

Seorang anak kecil, yang baru membina semula dirinya selepas kehilangan ibu, cuba dijatuhkan p**a oleh kata-kata orang yang jauh lebih matang.

Kalau benar sayang, tegurlah dengan hikmah.
Kalau benar peduli, sampaikanlah dengan lembut, atau cukup dengan doa.

Bayangkan kalau ini anak kita?
Bayangkan senyuman anak kita diragut oleh komen orang lain. Berhentilah menentukan hala tuju hidup anak orang lain. Itu bukan tanggungjawab anda. Setiap ibu bapa ada cara sendiri mendidik, setiap anak ada jalannya sendiri.

Thalita dan mana mana kanak kanak TIDAK perlukan hakim untuk mengadili hidupnya. Dia perlukan pelindung. Dia perlukan ruang untuk membesar dengan keyakinan, untuk mengejar mimpi yang membuatkan dia terus bersemangat.

Biarlah dia meneroka minatnya. Biarlah dia mencari dirinya.

Ingatlah, Siti Nurhaliza dan Shila Amzah juga bermula seawal usia ini. Mereka tidak rosak akhlak, malah mengharumkan nama negara sehingga hari ini.

Setiap anak berhak untuk bermimpi.
Setiap anak berhak untuk tersenyum.
Dan setiap anak berhak untuk membesar tanpa dibuli.

Moga cahaya Maulidur Rasul menyinari segala kegelapan dan membimbing kita dari kesesatan kepada kebenaran.
05/09/2025

Moga cahaya Maulidur Rasul menyinari segala kegelapan dan membimbing kita dari kesesatan kepada kebenaran.


Malam ni kita lepak Bukit Bintang okay. Jangan tak datang 😎
16/08/2025

Malam ni kita lepak Bukit Bintang okay. Jangan tak datang 😎



Al-Fatihah buat Siti Sarah dan semua yang telah pergi mendahului kita semua 🖤
09/08/2025

Al-Fatihah buat Siti Sarah dan semua yang telah pergi mendahului kita semua 🖤

Hazama & Siti Sarah - Terakhir Buat Teman (Official Music Video)Subscribe to Indigital channel here - http://smarturl.it/SubscribeIndigitalStream this song :...

Address

W/308, WEST WING METROPOLIAN Square, Jalan PJU 8
Petaling Jaya
47820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Indigital Music posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Indigital Music:

Share

Category