Awinz My life my rules
Gym addict
Random Content a bit 😂

Kadang-kadang, kita kejar dunia… sampai lupa, masa dengan orang yang kita sayang… tak akan tunggu kita berjaya.”Kita san...
02/06/2025

Kadang-kadang, kita kejar dunia… sampai lupa, masa dengan orang yang kita sayang… tak akan tunggu kita berjaya.”

Kita sangka mereka akan sentiasa ada. Kita fikir, tak apa… kita pergi dulu, kita bina kerjaya, kita cari duit, kita kejar pangkat, kita cari rumah besar, kereta selesa… sebab kononnya nanti bila kita dah berjaya, barulah kita mampu bagi mereka segalanya.
Tapi kita lupa…
Mereka tak perlukan segalanya. Mereka cuma perlukan kita.

Mak tak pernah minta emas bertatah, cuma nak dengar suara anak setiap malam sebelum tidur.
Ayah tak pernah impikan jam tangan mahal, cuma nak peluk anaknya bila pulang dari kerja.
Tapi kita… kita janji akan balik nanti. Bila gaji dah cukup. Bila bisnes dah stabil. Bila cuti panjang. Bila ada masa. Bila senang. Bila tak sibuk.

Tapi sayangnya… ‘nanti’ itu kadang-kadang tak sempat datang.
Dan bila kita akhirnya kembali, yang menyambut kita bukan lagi senyuman mereka…
Tapi sepi.
Dan rindu yang tak sempat diluah.

Ketika itu barulah kita sedar
betapa berjayanya kita, betapa kayanya kita, betapa hebatnya kita di mata dunia
semuanya tak mampu beli satu perkara:
masa yang telah hilang.

Dan waktu itu, kita hanya mampu menangis, merayu pada masa silam yang tak akan kembali.
Kerana kita terlambat…
Bukan untuk berjaya…
Tapi untuk ada.

Jadi kalau hari ini kau masih ada mak ayah, orang yang kau sayang peluk mereka.
Telefon mereka.
Balik rumah mereka.
Jangan tunggu cukup duit.
Jangan tunggu masa lapang.
Jangan tunggu hari sesuai.
Sebab kadang-kadang, cukup sekadar kita ada.
Cukup sekadar kita pulang…
lebih awal.

18/05/2025

13 Realiti Pahit Bila Kau Duduk Dalam Circle Low Class & Anti-Progres

1. Asyik kutuk orang lain yang tengah usaha naik
– Dia gelakkan orang jual barang, padahal dia sendiri pun tak tahu nak survive esok.

2. Sembang besar, usaha kecik
– Plan gempak gila tiap kali lepak, tapi bila ajak buat betul-betul, semua lesap.

3. Pantang dengar pasal duit, terus kata riak
– Padahal tiap hujung bulan sendiri pun mengeluh tak cukup makan.

4. S**a borak pasal orang, bukan pasal idea
– Hidup dia stuck sebab fokus dia bukan nak naik, tapi nak jatuhkan orang.

5. Bila kau share impian, dia bahan
– “Kau ingat kau Elon Musk ke?” – ayat biasa dari circle low class.

6. Takde impian, takde hala tuju
– Kerja sebab terpaksa, hidup sebab dah biasa. Bukan sebab ada purpose.

7. Tak s**a belajar benda baru
– Asal ajak upgrade skill, dia kata kau ‘try hard’. Dia selesa hidup biasa-biasa.

8. Tak sokong bila kau ada peluang naik
– Bila kau dapat peluang bisnes, dia persoal. Bila kau menang, dia diam.

9. Bila kau senyap grind, dia kata kau sombong
– Tapi masa kau susah dulu, dia pun takde bantu apa-apa pun.

10. Semua benda salah orang lain
– Hidup dia serabut bukan sebab dia malas — tapi sebab "kerajaan", "bos", "ekonomi".

11. Tak reti cakap “insyaAllah boleh”
– Semua benda awal-awal dah mati. “Susah lah”, “bukan untuk kita”, “takde masa”.

12. Bila orang sekeliling dia berjaya, dia rasa tergugat
– Sebab dalam hati dia tahu… dia sebenarnya tak buat apa-apa.

13. Dia buat kau rasa bersalah sebab kau nak lebih dalam hidup
– “Kau tak bersyukur eh?” padahal kau just nak jadi better version diri kau.

Jangan stay lama sangat dengan circle yang tarik kau ke bawah.

Bangkit, move on, dan cari geng yang celebrate growth, bukan kutuk impian.

C.P - Helmi Haffizudin

My life my rules
Gym addict
Random Content a bit 😂

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 10:30 - 19:00
Tuesday 10:30 - 19:00
Wednesday 10:30 - 19:00
Thursday 10:30 - 19:00
Friday 10:30 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00

Telephone

+601114132096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Awinz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share