Transmission Operation Center - RTM

Transmission Operation Center - RTM Pusat Siaran Dan Kawalan Rangkaian Multichannel
(1)

Menjelang Final World Cup 2026
16/07/2026

Menjelang Final World Cup 2026

Momen PersaraanTuan Haji Ismail SemanPengarah Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian MultichannelTerima kasih atas segala ja...
16/07/2026

Momen Persaraan
Tuan Haji Ismail Seman
Pengarah Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian Multichannel

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi sepanjang perkhidmatan. Selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan.

Selamat BersaraTuan Haji Ismail SemanPengarah Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian MultichannelSetinggi-tinggi penghargaan...
15/07/2026

Selamat Bersara
Tuan Haji Ismail Seman
Pengarah Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian Multichannel

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, dedikasi serta sumbangan sepanjang berkhidmat. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa baharu kehidupan.

Selamat bersara dan semoga terus cemerlang di mana jua berada.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Seksyen Penyiaran Multichannel

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Ex-Boss Kami! 🏅✨Seluruh warga kerja Seksyen Penyiaran Multichannel ingin menzahirkan ucap...
14/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Ex-Boss Kami! 🏅✨

Seluruh warga kerja Seksyen Penyiaran Multichannel ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada mantan Ketua Penolong Pengarah (KPP) kami, Ts. Nor Hisham bin Abbas (kini Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang).

Beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N.) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada hari ini, 14 Julai 2026.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang amat selayaknya ke atas jasa, dedikasi, dan acuan kepimpinan cemerlang yang pernah beliau curahkan semasa menerajui Seksyen Penyiaran Multichannel sebelum ini.

Kami sentiasa mendoakan agar Ts. Nor Hisham terus dipayungi kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap tugas baharu beliau. Syabas, Tuan!

Selamat bersara, Tuan Ybrs Ismail Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi PenyiaranSemoga segala urusan Tuan sentiasa ...
01/07/2026

Selamat bersara, Tuan Ybrs Ismail Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Penyiaran

Semoga segala urusan Tuan sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta menikmati hari-hari persaraan yang penuh dengan kebahagiaan dan keberkatan.

Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan sumbangan sepanjang berkhidmat. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Selamat menempuh fasa baharu dalam kehidupan. 🌷

30/06/2026

Terima kasih kepada semua penonton setia TV6 atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang 5 tahun TV6 bersiaran. Segala kenangan dan sokongan anda amat kami hargai.

Sayonara, TV6. Terima kasih untuk segalanya. ❤️📺

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Seksyen Penyiaran Multichannel yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2...
22/05/2026

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Seksyen Penyiaran Multichannel yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Komunikasi yang telah berlangsung pada 21 Mei 2026 di Auditorium Seri Angkasa.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada:

1) Ts. Mohd Zaidi bin Zainon – Penolong Pengarah
2) Encik Abdul Rashidi bin Abdul Rahaman – Penolong Jurutera
3) Encik Raden Muhammad Amirrullah bin R. Norazari – Penolong Jurutera
4) Cik Ainul Azra binti Razali – Penolong Jurutera

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi dan penuh komitmen demi organisasi serta industri penyiaran negara.

Syabas dan terus maju jaya! 👏✨

14/04/2026

Selamat bersara Tuan Mohd Razib bin Mohamed setelah 32 tahun berkhidmat di RTM

Kemeriahan Seksyen Penyiaran Multichannel Beraya 2026
14/04/2026

Kemeriahan Seksyen Penyiaran Multichannel Beraya 2026

Transmission Operation Centre Raya.. cak!!
14/04/2026

Transmission Operation Centre Raya.. cak!!

Address

Petaling Lama

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Transmission Operation Center - RTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Transmission Operation Center - RTM:

Shortcuts

Share

Category