Sultan Penang Original

Sultan Penang Original Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sultan Penang Original, News & Media Website, Pinang George Town.

01/04/2019

jika anda Kerap bermimpi...

1-Bermain Dengan budak kecil,dukung budak kecil,di beri budak kecil, menyusukan budak kecil...

2-Kerap bermimpi terbang ....

3-Kerap bermimpi Jatuh tempat tinggi

4-Kerap mimpi binatang berbisa, Mimpi binatang buas

5-Kerap bermimpi org meninggal

6-Kerap bermimpi di kejar seseorang yang Tak di kenali

7-Kerap mimpi rumah usang rumah lama

8 Kerap mimpi sesat dalam hutan

9-Kerap bermimpi di tengah2 lautan..

10-Kerap bermimpi Nenek tua,pakcik tua,

11-Kerap mimpi hendak di bunuh

12-Kerap mimpi darah yang banyak

13-Kerap bermimpi pasangan Kita suami@isteri kahwin lain,Mimpi pasangan Kita curang

14-Kerap bermimpi orang datang bawa sesuatu barang untuk Kita terima

15-Kerap bermimpi bersetubuh Dengan orang yang Kita Tak kenali..

16-Kerap bermimpi rindu sayang pada orang yang Kita Paling benci

17-Kerap bermimpi bunuh diri..

Di atas adalah mimpi2 yang Kerap berlaku pada orang yang Terkena gangguan Makhluk halus Dan gangguan saka keturunan...

Sesiapa yang Kerap bermimpi seperti di atas pasti selalu sakit belakang tengkuk,belikat bahu Rasa berat,pinggang selalu sakit Dan kepala Juga Kerap sakit.. Manakala yang mengalami gangguan teruk akan mengalami masalah angin yang banyak di dalam badan.Sukar tidur malam,cepat beremosi pada pasangan yang rapat,rambut banyak gugur Dan jadi bisa seluruh sendi tubuh..

Nasihat Saya jika anda mengalami banyak tanda2 seperti di atas 👆👆👆
Dapatkanlah rawatan Islam berhampiran InshaaAllah izin Allah pasti mereka dapat membantu anda..

Sekiranya anda Rasa info in berguna SilakanShare agar anda dapat membantu juga pada mereka yang memerlukan rawatan Islam..

Tetapi jika anda bermimpi sedang berada di dalam air @ tandas sila segera bangun dan pergi ke tandas..

12/09/2017

MPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH
>SALAM HORMAT DAN SELAMAT DATANG. >PASUKAN KAMI MELIHAT KEMBALI SEJARAH WARISAN BANGSA DARI VERSI TEMPATAN, BUKANNYA VERSI BARAT > USAHA KAMI JUGA KEARAH SEJARAH REALITI NAGARA, BUKAN LAGI REKAAN PENJAJAH

Sultan Abdul Hamid telah membawa masuk tentera thai untuk membunuh Sultan Jaafar Mud Azam Syah di Gurun Kedah dalam tahun 1879 sewaktu menjadi Raja Kota Kuala Muda. Kedah kemudiannya dijajah Thai selama 5 tahun bermula dari tahun 1879 sehingga tahun 1879. Selepas itu Sultan Abdul Hamid pun dilantik (bukan ditabal) oleh penjajah thai untuk menjadi Sultan Kedah pd 21 Jan 1882. Thai terus memerentah Kedah dengan Sultan Abdul Hamid sebagai ‘puppet Sultan’ sehingga tahun 1909. Sultan Abdul Hamid turut berkahwin dengan Nai Sofiah dari keturunan Raja Benua Islam Siam dan memperolehi seorang putera iaitu Tunku Badlishah.

Baginda kemudiannya telah berkahwin p**a dengan Mak Cik Manjalara dari keturunan Thai bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraannya dengan Chula Luang Korn, Raja Rama Chakri. Melalui perkahwinan ini baginda telah memperolehi beberapa orang putera antaranya Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sebuah wat thai telah dibina di Kanchut untuk isterinya. Memang telah menjadi adat disuatu waktu dahulu bagi raja-raja berkahwin lebih dari seorang. Ini kita tidak pertikaikan didalam ruangan ini,yang kita pertikaikan adalah pembinaan Wat thai tersebut, pembaca fikirkanlah sendiri, apa tujuannya.

Seterusnya, baginda menitahkan kepada Yang di Pertuan, Pak Wan Hassan supaya jandanya, Nai Sopfiah dibunuh atas hasutan pihak tertentu. Pak Wan Hassan tidak melaksanakan perintah Sultan Abdul Hamid. Oleh kerana tidak melaksanakan perintah dan engkar baginda memerintah Yang di Pertua Pak Wan Hassan p**a ditangkap. Mengetahui dirinya dalam bahaya ancaman bunuh, Pak Wan Hassan telah melarikan diri ke India. Penjajah Raja Buddha Thai tidak berpuas hati lalu menghasut Mak Cik Manjalara supaya menyebarkan fitnah bahawa Tunku Badlishah telah membuat perkara mungkar dengan dayang-dayang didalam istana.

Tunku Badlishah telah dipanggil oleh nenek saudaranya, Datuk Nai Maryam, Permaisuri kepada Raja Legeh Kok Nanas, Ngah Haji Muhammadiah. M***i Kedah ketika itu ialah Sheikh Penyarum dan M***i telah bertanya kepada Sultan Abdul Hamid ada tidak menyaksikan kejadian tersebut lalu dijawap oleh baginda, tidak. Lantas M***i terus menjatuhkan hukum, “Haram !!”, lalu terlepas lah parang dari genggaman Sultan Abdul Hamid. Terdahulu, Ngah Haji Muhamadiah atau Sultan Muhammad I ini diusir oleh Long Senik di Kelantan kerana Long Senik bersekongkol dengan thai dan dilantik oleh Raja Chakri menjadi Sultan Kelantan (Legeh). Di Kedah, Ngah Haji Muhamadiah menjadi guru agama di Alor Pak Ngah, Pendang mengambil sempena nama baginda. Kaum keluarga dan waris mutlak Kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad I sekarang ini berada di Kedah. Salasilah raja-raja Kelantan yang menyebut Sultan Muhammad sebagai Raja Mandul adalah fitnah untuk mengambil alih kesultanan Kelantan.

Tunku Badlishah diserahkan kepada Datuk Nai Maryam dan baginda membesar dalam keluarga maharaja Siam Islam di T**i Haji Idris, Pendang. Pak Wan Hassan dipanggil balik oleh Sultan Abdul Hamid kembali ke Kedah. Nama sebenar Yang di Pertuan Pak Wan Hassan ialah Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad. Yang di Pertuan hanyalah gelaran semata-mata. Pak Wan Hassan inilah yang menulis Sejarah Salasilah Negeri Kedah diatas arahan Sultan Abdul Hamid atau diancam bunuh. Kedah kononnya dipelopori oleh Maharaja Debar Raja, memelok Islam dalam tahun 1136 masihi adalah cerita karut.

Walaupun dia dipanggil balik, kes terhadapnya masih ada sebab itulah dia diugut untuk menulis Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (di rumikan pada 1928). Hari ini kita boleh katakan tulisan itu ada yang benar dan kebanyakkannya tidak benar. Ia ditulis bagi menutup sejarah Merong Mahawangsa sekali gus menaikkan nama Raja daerah Kota Setar. Riwayat Merong Mahawangsa dikatakan beragama Hindu, padahal dari negeri China sebelum belayar ke Kedah, baginda sudah beragama Islam. Riwayatnya p**a dijadikan kisah Maharaja Debar Raja yang kononnya setelah memelok Islam telah mengarahkan kuil hindu di gunong Jerai dirobohkan.

Agama Hindu tidak menggalakkan berkahwin campur dengan penduduk tempatan, tetapi Maharaja Merong Mahawangsa berbuat demikian sebab itulah baginda sendiri berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Syed Jamal Al Jefri adalah salah seorang dari 15 belas utusan Saad bin Waqas ke negeri China dahulu. Bayangkanlah sekiranya ketamadunan tidak dibawa oleh mereka, mungkin kita masih lagi memakai cawat seperti orang-orang Penan di Sarawak.

Tahukah saudara sekelian bahawa warna diraja Maharaja China Islam ialah kuning, sama seperti Sultan kita hari ini, dan sama seperti yang tercatit dalam manuskrip Undang Undang Kedah. Penulisan emula sejarah Kedah adalah angkara Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Sama saja kaedah yang di gunakan oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah di Melaka dahulu dimana dia menulis Hikayat Hang Tuah dengan pertolongan James Low. Hikayat Hang Tuah tidak mempunyai nama pengarangnya walau pun ditulis dan dibukukan dengan cantik kerana peruntukkannya datang daripada Inggeris dibawah kawalan James Low.Kefahaman kita tentang Hang Tuah hari ini adalah berdasarkan buku ini.

Lagi pun pada hari ini, apa lagi bukti yang kita mahukan untuk kita mengubah sejarah bangsa Melayu. Bukti yang sedia ada,

1) Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masih di Langgar ke 2 memang begitu meyakinkan kita tentang kedatangan Islam. Batu Nesannya pun dari batu nisan Acheh. Akan tetapi kenape ia dilabel sebagai kubur ustaz sekolah pondok sahaja yang kononnya berasal daritimur tengah.

2) Bukti seterusnya ialah perjumpaan longokkan batu candi oleh Dr Othman Yatim yang tertulis Ibnu Sirdan 829 masihi p**a di Lembah Bujang cukup untuk meyakinkan kita mengenai kedatangan Islam di Kedah adalah yang paling terawal.

3) Disamping itu, manuskrip Undang Undang Kedah bertarikh 812 Masihi menceritakan perlembagaan Nagara Kedah. Apa lagi bukti yang kita mahukan untuk Kerajaan Negeri Kedah mengubah website dengan sejarah berunsur kelemahan bangsa Melayu itu dengan yang benar.

4) Peta tahun 1730 (lihat bawah) yang menunjukkan jajahan Benua Islam Siam. Sememangnya dulu peta ini tidak bermakna kepada kita. Hari ini setelah kita dicelikkan sejarah, tahu lah kita bahawa peta ini adalah berkenaan dengan kita, kesultanan kita, maruah bangsa dan agama kita.

5) Forum “Sejarah Kedah antara Imaginasi dan Realiti” yang di adakan pada Sept. 2006, sempena jubli emas Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) melibatkan pembentangan semula sejarah Kedah melalui forum sejarah. Ia dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Haji Mohd Isa Othman (USM) bersama tiga ahli panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang sejarah, iaitu, Prof Dato Hajah Siti Hawa Salleh (UKM), Tuamku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad dan Dato’ Dr. Haji Adi Haji Taha (Ketua Pengarah Muzium & Antiquiti)).

Didalam forum tersebut Tuanku Nai long Kasim telah memperjelaskan situasi sebenar dengan berbuktikan buku Undang Undang Kedah. Diantaranya berkaitan dengan Merong Mahawangsa, Raja Bersiong dan kerabat diRaja Siam Islam. Seterusnya saranan juga telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah agar sejarah negeri Kedah dikaji semula terutama sekali mengenai kedatangan Islam ke Nusantara.

Georgetown: Peniaga berusia 27 tahun bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika penguat ...
05/05/2017

Georgetown: Peniaga berusia 27 tahun bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika penguat kuasa cuba merampas peralatan di kedai makannya di Jalan Bagan Jermal, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku 8.50 malam apabila penguat kuasa MBPP datang ke kedainya dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa notis amaran.

Peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain berkata, dia tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan.

"Bagi mengelak penguat kuasa merampas barang, saya nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus.

"Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei

24/04/2017

*Profil Sultan Muhammad V*

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.

Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.

Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.

Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.

Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja telah melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan pada 13 Disember 2016.

Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka. Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam bidang ketenteraan p**a, sifat kepimpinan baginda senantiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar.

Selain daripada aktif dalam persatuan, baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa. Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa jemu, baginda sendiri akan berangkat bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanakan di taman haiwan berkenaan.

Seri Paduka Baginda telah berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu :-

bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanakan di taman haiwan berkenaan.

Seri Paduka Baginda telah berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu :-

Persatuan Menembak Kelantan;

Yayasan Sultan Kelantan (YSK);

Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan

Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM);

Persatuan Bulan Sabit Merah;

Persatuan Sukan Berkuda;

Persatuan Motor 4 x 4;

Persatuan Memanah

Sultan Muhammad V telah dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu: D.K. (1986), D.M.N. (2010), D.K. (Selangor - Januari 2011)., D.K. (Negeri Sembilan - April 2011)., D.K. (Johor - 2011)., D.K. (Perak - Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012)., D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan D.K.M (2017)

Seri Paduka Baginda sememangnya terkenal dengan sifat seorang Raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun. Baginda juga adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja yang telah bermula sejak tahun 2011 di Negeri Kelantan.

Baginda juga begitu prihatin akan kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.

Selain itu, baginda merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati rakyat. Tidak hairanlah jika baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia.

22/04/2016

MAHATHIR: Jib, boleh tanya soalan?

NAJIB: Ye, silakan.

MAHATHIR : Mcm mana nk ltak gajah dlm peti ais?

NAJIB: Saya tak tahu.

MAHATHIR : Senang je, bukak pintu & masukkan, soalan seterusnya.

NAJIB: Ok, tanya.

MAHATHIR : Mcm mana letak keldai dlam peti ais?

NAJIB: Senang je, bukak pintu & masukkan.

MAHATHIR : Salah, kena kluarkan gajah dulu baru masukkan keldai.

NAJIB: Ooh...ok!!

MAHATHIR : Lagi 1 soalan, kalau semua haiwan pergi birthday party singa, haiwan apa yang hilang?

NAJIB: Singa la, sebab dia akan makan semua haiwan kat situ.

MAHATHIR : Salah, jawapannya keldai sbb dia ada dkt dalam peti ais lagi.

NAJIB: Awak ni main2 ke ?

MAHATHIR : Tidak Jib, soalan terakhir

NAJIB: Ok!

MAHATHIR : Mcm mana nak berenang mnyeberang sungai yang penuh dgn buaya?

NAJIB: Xde cara, saya perlukan bot.

MAHATHIR : Salah Jib, berenang je la sebab semua haiwan pergi birthday party singa.

Address

Pinang George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sultan Penang Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share