SUARA Rakyat Bengkoka

SUARA Rakyat Bengkoka This page talk about complain, suggestion and information that you want to know about Bengkoka. Cheer

18/10/2025

Dalam satu post di page seorang MP ini dia bilang, "... dalam satu majlis, ada orang Tanya SAYA, apa guna ini BEBAS, tiada hasil, dia cakap di depan SAYA..." Then SAYA Komen lah melalui page acc ini yang SAYA tidak percaya ada orang berani bercakap begitu di depan seorang YB kecuali kalau orang itu mabuk 😂😂

Logik kan...

Dari Komen SAYA itu, terus diblocknya page acc ini Dan Komen dipadam.

MP ini layan komen yang mengipas dia seja 😂

Si terpaling...

18/10/2025
FENOMENA BENGKOKA dan SUARA RakyatSTAR Dan SAPP disingkirkan dari GRS mencetuskan fenomena baru di DUN Bengkoka. GRS dan...
02/10/2025

FENOMENA BENGKOKA dan SUARA Rakyat

STAR Dan SAPP disingkirkan dari GRS mencetuskan fenomena baru di DUN Bengkoka. GRS dan PH kini perlu mengkaji semula parti mana yang benar-benar kompeten untuk berhadapan dengan UMNO. Kem GRS kini tinggal 2 parti yang ada iaitu PGRS dan PBS. Kalau sebelum ini secara prinsip PGRS Bengkoka telah menerima hakikat bahawa kawasan ini bukan kuota mereka dan milik samada STAR atau PBS. Namun dengan perkembangan terkini, pilihan kini menjadi terbuka. Setelah diteliti rupanya kekuatan PGRS Bengkoka ini tidak kurang hebatnya. Dari segi jumlah cawangan dan keahlian jauh mengatasi PBS. Kalau meneliti laporan aktiviti mereka di laman rasmi mereka, didapati kehadiran dan sambutan juga sangat hebat. Cuma mungkin mereka ada masalah dari segi calon yang boleh menang.
Disebaliknya PBS Bengkoka p**a memang tidak kurang hebatnya. Jumlah keahlian dan cawangan hampir menyamai PGRS tetapi dari segi bukti kehadiran dalam setiap program mereka amat sedikit berbanding PGRS. Kelebihan utama PBS ialah mereka memiliki calon yang sudah berpengalaman. Walaupun pada Pilihan Raya Negeri 2020 beliau hilang deposit tetapi kali ini dilihat cukup bersedia, rajin turun lapangan, tidak kedekut dan berjiwa rakyat.
Pakatan Harapan (PH) di N 2 Bengkoka p**a melalui UPKO sebelum ini dilihat dilema. Semangat mereka banyak dipengaruhi dengan prestasi PRN 2020 walaupun mendapat undi kedua tertinggi. Tetapi harus diingat bahawa Calon UPKO pada masa itu adalah calon Kerajaan dan sepatutnya menang. UPKO N 2 terus merudum selepas itu. Tetapi apabila Presiden UPKO menjadi Menteri Kabinet di Persekutuan, UPKO N 2 turut mendapat tempias positif. Mereka kembali bernafas dan cuba melobi N 2. Malangnya mereka terikat dengan kerjasama BN-PH untuk tiada pertembungan. Ini menjadikan mereka dilema walaupun mempunyai calon boleh menang.
Pemerhati bebas melihat bahawa ketiadaan STAR dalam radar GRS di N 2 Bengkoka memerlukan GRS+PH memikirkan seorang calon alternatif. Calon yang boleh menyatukan, berkarisma dan mampu menyaingi calon UMNO. Individu paling tepat menggalas tanggungjawab ini iyalah Datuk Prof. Adjung Dr. Madiyem Layapan. Menjadi rakan dan pilihan utama Ketua Menteri Hajiji dalam banyak perkara selama ini. Antara justifikasi kukuh ialah sekiranya beliau menang, Ketua Menteri sudah lebih awal mengenalinya dan pasti akan memberikan kedudukan utama dalam kabinet kelak. N 2 Bengkoka dahagakan kepimpinan seperti ini, pemimpin yang mampu mencorakkan Bengkoka dengan intelek, pengalaman dan jaringan yang meluas. Untuk mengalahkan UMNO dan memacu Bengkoka, semua pihak diharapkan memikirkan perkara ini. Untuk kestabilan politik, pilihan terbaik ialah dengan mencalonkan Datuk Prof Adjung Dr Madiyem sebagai “Calon GRS” dan bukan atas nama parti komponen GRS. Cara ini dilihat lebih adil, telus dan terkehadapan.

06/04/2025

Tiada persaingan dalaman? Tiada perpecahan? Solid? Opss... Tapi rundingan berjalan???? Wkwkwkkkk 🤣🤣🤣

27/01/2025
Pastinya bila berbudi,kita berbahasa😉🤞Original Sabahan
27/12/2022

Pastinya bila berbudi,kita berbahasa😉🤞Original Sabahan

Bagi pihak Sabah Bah Ini, Kami memohon maaf untuk posting sebentar tadi yang menyatakan maskot-maskot ini menghalang orang ramai mahu bergambar di ikon I❤️KK ini, untuk sesiapa yang mahu bergambar di ikon ini kamurang boleh lah bagitahu pihak dorang untuk amik gambar, dorang sporting juga tu jangan risau 🫶

Khas Pitas
17/12/2022

Khas Pitas

17/12/2022
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sebentar tadi saya telah berbincang dgn YAB DSP Hajiji Haji Noor utk memohon peruntukan tambahan bagi penyelenggaran jalan-jalan di bawah jagaan JKR Daerah Pitas dan JKR Daerah Kudat.

Utk makluman, saya telah difahamkan oleh Pegawai JKR bahawa hanya RM800 ribu yg diperuntukan kpd JKR Daerah Pitas utk menyelenggara 214KM jalan gravel di Pitas dan RM1.5juta utk menyelenggara 249KM jalan gravel di Daerah Kudat yg mana peruntukan ini jauh lebih rendah dibandingkan dengan keperluan setiap tahun.

Terima kasih kpd YAB Ketua Menteri yg begitu mengambil berat masalah kedaifan jalan raya terutama di 2 daerah di bawah jagaan saya ini.

Saya mohon maaf kpd seluruh masyarakat di P167 Kudat atas sebarang kesulitan sebab saya tidak mampu menangani semua masalah dengan dana peribadi saya dan mohon beri saya masa utk bersuara dan berusaha mendapatkan peruntukan yg mencukupi bagi mengatasi segala kesulitan.

Mohon doakan yg terbaik utk P167 Kudat.




Verdon Bahanda
P167 Kudat

Ps. Peruntukan yg saya sebut di atas telah disalurkan utk tahun 2022 dan sebelum saya menjadi wakil rakyat.

15/12/2022

Address

SEDCO
Pitas
89100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUARA Rakyat Bengkoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share