29/08/2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta supaya segera menjalankan siasatan terhadap pengguna aplikasi TikTok yang disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan dan menghina kaum secara melampau di negeri Sabah.
Ketika membuat seruan itu, presiden Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN) Richard Mazagi berkata persatuan itu mengutuk sekeras kerasnya konten TikTok itu yang menurutnya menghina kaum, khususnya masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).
โTindakan drastik harus diambil kerana kenyataan seumpama ini boleh mewujudkan suasana tidak stabil,โ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Richard berkata kandungan yang diviralkan itu yang antara lain mempertikaikan hak penduduk asal KDMR di Sabah dikhuatiri boleh membangkitkan kemarahan masyarakat terbabit.
โKenyataan yang berunsurkan hasutan dan menghina kaum KDMR secara melampau ini boleh mencetuskan ketegangan kaum jika tidak di tangani oleh pihak berkuasa,โ katanya.
Oleh itu, Richard yang juga Ketua KDM Bahagiab Kudat, berharap MCMC dapat mengambil tindakan tegas, sekali gus membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Sementara itu, beliau berkata persatuan itu akan membuat laporan polis berhubung kandungan TikTok itu di Balai Polis Pitas hari ini.
โKita berdepan pilihan raya negeri Sabah tidak lama lagi, dan jika kandungan TikTok terbabit didalangi ahli parti polilik tertentu untuk tujuan meraih sokongan, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap mereka,โ katanya.