Suara Nogori

Suara Nogori Membicarakan isu rakyat Negeri Sembilan

20/12/2024

Salam hi! siapa yang nampak post ni boleh tolong tekan like skit ke? ade cerita best nk share 🤪

Terletak dalam Hutan Simpan Tampin yang merupakan penghujung Banjaran TitiwangsaTerdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Buk...
07/11/2022

Terletak dalam Hutan Simpan Tampin yang merupakan penghujung Banjaran Titiwangsa
Terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang kaya dengan pelbagai jenis pokok hutan, zinger dan palma.

Mempunyai dua (2) puncak gunung iaitu Gunung Tampin Utara dan Gunung Tampin Selatan , Mempunyai lalauan yang menghubungkan Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak dan Gua Batu Maloi

Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.Hutannya adalah dari jenis hutan Dipter...
06/11/2022

Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit. Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang

Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan.

Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang. Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.

Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain.

Pantai ini tidaklah sesibuk di Pantai Teluk Kemang & terletak di arah utara Bandar Port Dickson serta berdekatan dengan ...
05/11/2022

Pantai ini tidaklah sesibuk di Pantai Teluk Kemang & terletak di arah utara Bandar Port Dickson serta berdekatan dengan beberapa resort popular di Port Dickson seperti Lexis Port Dickson, Glory Beach Resort & Paradise Spa Hotel. Di sini jugalah terletaknya penginapan di atas air yang sangat popular iaitu Crystal Executive Water Chalet & sangat menarik untuk dijadikan lokasi bermalam untuk mereka yang nak honeymoon di PD.

Pantai yang tidak terlalu lapang ini sesuai untuk aktiviti mandi manda & banyak pohon-pohon yang rendang yang boleh dijadikan lokasi terbaik untuk hamparkan tikar untuk aktiviti perkelahan. Sekiranya anda menginap di Glory Beach Resort anda boleh bawa anak-anak melihat pusat penjagaan penyu yang terletak di sini.

Siapa sangka di PD juga ada pusat pemuliharaan penyu & anda tidak perlu bersusah payah lagi nak bercuti ke negeri-negeri pantai timur semata-mata nak tengok penyu secara live. Dari sini juga terdapat beberapa restoran tepi pantai menarik untuk makan malam yang boleh anda jalan kaki sahaja dari Pantai Tanjung Gemuk seperti Restoran Chardin Seaview.

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menja...
04/11/2022

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana memang sangat luas & lapang serta jarak pasir pantai menujuk ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai ini juga mempunyai aktiviti sukan air tepi pantai seperti jet ski, banana boat & sebagainya. Terdapat juga kawasan mandi manda siap dengan jaringan keselamatan sebagai penunjuk kepada operator yang menjalankan aktiviti dengan bot.

Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat & pilihan penginapan utama yang agak banyak. Setiap hari ada deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai & peralatan mandi manda seperti layang-layang, pelampung & sebagainya.

Tapak perkhemahan di sini memang santai & redup di bawah pohon-pohon pokok jadi kalau anda pacakkan khemah pada waktu tengahari memang tidak terasa bahang panas matahari. Setiap hari Sabtu, berhadapan Pantai Saujana juga terdapat pasar malam yang boleh anda lawati untuk acara jalan jalan cari makan di PD. Antara hotel berdekatan dengan Pantai Saujana adalah Hotel Seri Malaysia Port Dickson & Avillion Hotel PD.

Satu-satunya hutan simpan rekreasi yang berada di pinggir laut di Negeri Sembilan. Tempat ini amat sesuai bagi pencinta ...
03/11/2022

Satu-satunya hutan simpan rekreasi yang berada di pinggir laut di Negeri Sembilan. Tempat ini amat sesuai bagi pencinta alam kerana hutan ini terlalu kaya dengan flora dan faunanya.

Kedudukannya di atas bukit yang menganjur ke pantai adalah daya tarikan utama bagi para pengunjung untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang ujud di sini.

Pengunjung juga boleh melihat pelbagai jenis spesis pokok balak dan herba ubatan tradisional di sini.

Kemudahan
Kemudahan yang disediakan di sini ialah wakaf tempat istirehat, jungle tracking, jogging track, kelong untuk memancing dan ternakan kupang, gerai makan serta tandas awam.

Lokasi
Jalan masuk menghala ke Pusat Membina Semangat Pasir Panjang.

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berk...
02/11/2022

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berkhemah atau bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses & mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai-gerai & sebagainya.

Waktu weekend, destinasi Pantai Purnama lebih kurang sesak berbanding pantai popular lain di PD & kalau anda setakat nak bersantai petang & main banana ride, di sini juga anda lakukan. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Sri Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan. Terdapat beberapa penginapan popular sekitar Pantai Purnama seperti Klana Beach Resort Port Dickson, Sri Bulan Vnet Homes & Akar Beach Resort.

Jelita Ostrich Farm merupakan sebuah ladang ternakan yang dibuka untuk pelawat dan membenarkan pelawat bergambar, member...
01/11/2022

Jelita Ostrich Farm merupakan sebuah ladang ternakan yang dibuka untuk pelawat dan membenarkan pelawat bergambar, memberi makan dan menunggang burung unta.

Untuk kesini korang boleh setkan waze ke Jelita Ostrich Farm atau setkan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Ini kerana kawasan Jelita Ostrich Farm terletak bersebelahan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau lebih tepat dalam kawasan yang sama.

Bagi pelawat dewasa korang akan dikenakan bayaran RM10 seorang. Selepas membuat bayaran korang akan disambut oleh pekerja yang agak ramah. Mereka akan menerangkan serba sedikit tentang ternakan yang terdapat di Jelita Ostrich Farm seperti umur ternakan dan cara penjagaan.

Selain melawat kawasan Jelita Ostrich Farm, korang juga boleh melawat ke kawasan ladang ternakan lain seperti rusa dan kerbau yang berada di depan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Kampung JKin Resort adalah resort berkonsepkan alam semulajadi yang terletak berdekatan dengan hutan simpan Angsi. Terle...
31/10/2022

Kampung JKin Resort adalah resort berkonsepkan alam semulajadi yang terletak berdekatan dengan hutan simpan Angsi. Terletak di tepi jalan Bukit Putus, jaraknya dari Bandar Seremban sekitar 12KM. Resort berbukit-bukit ini mengandungi banyak chalet dan pondok penginapan yang dibina menggunakan konsep tradisional.

Resort ini sudah terkenal di kalangan penduduk Seremban dan menjadi tempat mereka melakukan aktiviti seperti Flying Fox, ATV Ride dan bersantai. Banyak sekolah2 dan syarikat2 menjadikan resort ini sebagai tempat menjalankan aktiviti Team Building dan Kem Motivasi.

Untuk masuk ke dalam Resort biasanya akan menaiki 4x4 kerana agak jauh ke dalam. Keseronokan di resort ini sesuai dinikmati kerana keindahan alam yang terdapat di sini. Aktiviti2 yang boleh dilakukan disini secara berkumpulan adalah:
-ATV Ride.
-Flying Fox.
-Merentas hutan
-Menginap di dalam resort hutan.
-Bergambar
-Makan2 di gerai atau minum2
-Mendaki gunung Angsi yang terletak berdekatan.

Cape Cavallho Rembau merupakan sebuah lokasi yang khas buat pencinta haiwan dan alam sekitar terumatanya kepada yang ber...
30/10/2022

Cape Cavallho Rembau merupakan sebuah lokasi yang khas buat pencinta haiwan dan alam sekitar terumatanya kepada yang berminat untuk berkuda. Cape Cavallho Rembau menawarkan beberapa pakej yang berpatutan bagi yang ingin bercuba untuk sukan berkuda atau memanah dikenali sebagai horseback archery.
Perjalanan jarak dari bandar Seremban kira - kira 51km. Cape Cavallho Rembau merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sambil menikmati suasana yang aman dan tenang.

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan di...
29/10/2022

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan dijalankan pada tahun 2014. Kini Pantai Cahaya lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat & parking kereta yang lebih luas serta teratur. Pada waktu malam juga kawasan Pantai Cahaya juga meriah dengan kehadiran pengunjung untuk santai malam melihat suasana pantai & ada juga group remote control car beriang ria di sini pada hujung minggu.

Pantai Cahaya Negeri ini memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki & bergambar. Pemandangan & landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot & juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Melayu.

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti Port Dickson kerana mempunyai pesi...
28/10/2022

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, penginapan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski & sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Port Dickson, sangat disyorkan untuk terjah ke lokasi pantai ini dahulu berbanding pantai lain di PD yang berhampiran. Permukaan pantainya yang landai & ombak yang tidak kuat, sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak-anak. Namun kalau pada waktu hujung minggu, Pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang juga lebih dekat kalau datang dari KL & Selangor.

Address

Port Dickson

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Nogori posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share