Izzat Idris

Izzat Idris Awareness / SUK MHO

MHO menggesa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) siasat...
27/08/2026

MHO menggesa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) siasatan kes keldai akaun bagi mengelakkan pemilik akaun yang turut menjadi mangsa penipuan berdepan siasatan dan pendakwaan berulang di seluruh negara.

Gesaan itu disampaikan menerusi penyerahan surat representasi oleh Izzat Izzuddin ldris
Setiausaha Kerja MHO kepada Wakil Pengarah JSJK di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, hari ini.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hisyamuddin Hashim berkata, semua laporan membabitkan akaun sama wajar diselaraskan dalam satu siasatan, selain elemen niat jenayah atau mens rea pemilik akaun perlu diteliti sebelum tindakan pendakwaan dibuat.

Menurutnya, pemilikan akaun semata-mata tidak seharusnya dianggap mencukupi untuk membuktikan seseorang terlibat dalam penipuan, sebaliknya siasatan perlu mengenal pasti siapa sebenarnya mengawal transaksi dan menerima manfaat kewangan.

Bagi penyelaras kes keldai akaun MHO, tuan Sufri p**a berkata, amalan membawa seseorang individu menjalani siasatan dan pendakwaan di pelbagai daerah bagi akaun sama perlu dikaji semula kerana boleh memberikan beban undang-undang serta kewangan yang sangat besar.

MHO turut mengetengahkan kes seorang mangsa yang mendakwa terpedaya ketika mencari pekerjaan dalam talian sebelum diarahkan membuka akaun syarikat yang kemudiannya dikawal pihak lain.

Mangsa berkenaan mendakwa sudah 24 kali hadir ke mahkamah, berdepan keseluruhan 34 laporan polis dengan sembilan kes masih belum selesai, selain menanggung hampir RM30,000 bagi denda dan kos guaman, walaupun mendakwa tidak memperoleh sebarang keuntungan daripada transaksi penipuan tersebut.

Sehubungan itu, MHO berharap JSJK dapat mempertimbangkan penyelarasan siasatan bagi kes melibatkan akaun sama, selain memberi tumpuan kepada pihak yang benar-benar mengawal transaksi serta menikmati hasil jenayah.

Cc Harapandaily

HATI-HATI DENGAN TAKTIK SINDIKET AHLONG YANG BERSELINDUNG ATAS NAMA INSTITUSI PEMBIAYAAN KENDERAANLately ni banyak aduan...
13/08/2026

HATI-HATI DENGAN TAKTIK SINDIKET AHLONG YANG BERSELINDUNG ATAS NAMA INSTITUSI PEMBIAYAAN KENDERAAN

Lately ni banyak aduan yang aku dapat mengenai beberapa syarikat yang merupakan institusi pembiayaan kenderaan tetapi menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ahlong. Mesti ada sebab kenapa aku berkata macam tu.

1. Mangsa sebenarnya membuat pinjaman duit bukanlah membeli kenderaan tetapi pihak syarikat mewajibkan mangsa untuk mencagar/refinance kenderaan.

2. Mangsa² telah membayar duit yang dipinjam tetapi hutang tak pernah selesai kerana kononnya perlu diselesaikan secara lump sum sedangkan pihak syarikat tidak pernah memaklumkan kepada mangsa

3. Ada beberapa mangsa yang kereta mereka telah ditarik oleh pihak syarikat kononnya gagal menjelaskan sewa/refinance kenderaan kepada pihak syarikat.

Aku rasa kes ni agak menarik dan aku membuat semakan.
Hasil semakan aku menemui sebahagian geran kenderaan telah dimasukan nama syarikat sebagai pihak yang menuntut dan ada yang telah bertukar nama kepada pihak syarikat ini membuktikan syarikat merupakan sebuah institusi pembiayaan kenderaan berdaftar/berlesen.
Pada aku kes ni menjadi semakin menarik bagaimana mangsa yang pada awalnya meminjam duit tetapi walaupun mangsa telah membayar duit yang dipinjam kereta mereka juga bertukar hak milik.

Pihak syarikat juga amat bijak kerana mereka akan menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga selepas kereta ditarik.
Dari sudut dokumentasi semua nampak telus tetapi disebaliknya satu bentuk penipuan dan manip**asi telah berlaku yang menyebabkan mangsa kerugian wang ringgit dan kenderaan.

Jangan terperangkap dengan taktik licik "ahlong" yang kini berselindung di sebalik nama institusi pembiayaan kenderaan berlesen.

Aku yang menulis
Izzat Idris

HIDUP TANPA NEGARA TETAPI BERBEZA CERITASeminggu dua ni hangat berkenaan isu rohingya dan stateless di MalaysiaCuma aku ...
22/07/2026

HIDUP TANPA NEGARA TETAPI BERBEZA CERITA

Seminggu dua ni hangat berkenaan isu rohingya dan stateless di Malaysia
Cuma aku terpikir adakah masyarakat betul-betul faham atau tidak berkenaan perbezaan dua perkara ni.
Kebanyakan komen-komen yang aku baca menunjukkan betapa ramai yang masih tidak faham berkenaan perbezaan isu rohingya dan stateless (individu yang tidak mempunyai identiti)
Mari buka mata kita tentang isu kemanusiaan ini.

Pelarian Rohingya adalah etnik luar yang mencari perlindungan di Malaysia. Mereka adalah WARGA ASING yang merantau rentas sempadan untuk melarikan diri daripada penindasan di negara asal mereka (Myanmar). Mereka mempunyai identiti etnik luar dan status mereka diuruskan di bawah seliaan agensi antarabangsa (UNHCR).

Stateless Malaysia p**a adalah individu yang lahir dan membesar di Malaysia (selalunya salah seorang ibu atau bapa adalah orang tempatan/pribumi), tetapi terperangkap dalam sistem dokumentasi akibat tidak atuk nenek atau ibu bapa yang tidak mendaftarkan perkahwinan. Mereka tiada kaitan dengan negara luar, tidak memegang kad UNHCR, dan isu mereka adalah isu domestik undang-undang Malaysia.

Pendapat peribadi aku berkenaan isu ini
Kedua-duanya berdepan krisis kemanusiaan yang berat, tetapi jalan penyelesaian bagi kedua-dua isu ini memerlukan pendekatan undang-undang yang sangat berbeza. Cuba kita fahami perbezaan ini agar dapat diselesaikan dengan fakta, bukan emosi semata-mata.

Aku yang menulis
Izzat Idris


Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah adalah peruntukan undang-undang yang memberi hak kepada pengadu untuk meminta dan me...
14/07/2026

Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah adalah peruntukan undang-undang yang memberi hak kepada pengadu untuk meminta dan mendapatkan laporan rasmi mengenai status siasatan kes yang telah mereka laporkan kepada pihak polis.

Di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah, pengadu mempunyai hak untuk memohon dan mendapatkan maklumat terkini mengenai status siasatan kes yang dilaporkan kepada pihak polis.

Ramai yang tidak tahu, selepas kita membuat laporan polis, kita tidak perlu menunggu tanpa berita. Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) memberikan hak undang-undang kepada pengadu untuk memohon dan mengetahui status terkini siasatan kes mereka. Pihak polis wajib memberikan maklum balas bertulis dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan diterima.



BAHAYA PERANGKAP AHLONG BUAT SURI RUMAHHari ini ada 1 kes dimana pengadu wanita berusia 40an yang merupakan seorang suri...
10/07/2026

BAHAYA PERANGKAP AHLONG BUAT SURI RUMAH

Hari ini ada 1 kes dimana pengadu wanita berusia 40an yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa terjerat dengan Ahlong melalui iklan pinjaman mudah di media sosial tanpa menggunakan dokumen.

Sejujurnya aku agak terkejut, terpikir yang ahlong ni dah terdesak sangat ke sampai suri rumah yang takde income pun dorang bagi loan.
Pada pendapat aku sindiket ahlong ni menyasarkan suri rumah yang terdesak untuk wang belanja dapur atau kecemasan, tetapi akhirnya memerangkap mereka dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

Bermula dengan satu klik iklan di media sosial, ramai suri rumah akhirnya hidup dalam ketakutan.
Mereka menawarkan "pinjaman segera" tanpa syarat yang ketat. Dokumen diperlukan hanya kad pengenalan, bil api/dan yang paling menggoda adalah duit masuk dalam akaun dalam masa beberapa minit sahaja.
Beringat sebelum kena.

Aku yang menulis
Izzat Idris



JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN PINJAMAN WANG Ramai yang terdesak nak guna duit cepat, tapi akhirnya jatuh ke dalam perangka...
08/07/2026

JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN PINJAMAN WANG

Ramai yang terdesak nak guna duit cepat, tapi akhirnya jatuh ke dalam perangkap sindiket pinjaman tak wujud (ahlong).
Berhati-hati dengan iklan pinjaman peribadi di mana-mana platform media sosial yang menawarkan kelulusan segera tanpa syarat ketat.

Kenali Tanda-Tanda Penipuan Ini:

A) Minta bayaran pendahuluan (deposit, yuran proses, atau insurans) sebelum pinjaman diluluskan.

B) Kelulusan terlalu mudah dan cepat.

C) Diminta masukkan wang ke akaun peribadi (bukan akaun syarikat rasmi).

D) Nombor telefon yang tidak dikenali atau sering bertukar.

Cara Nak Elak Dari Tertipu:
1) Jangan bayar satu sen pun di awal proses.

2) Buat semakan. Pastikan syarikat itu berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.

3) Jangan kongsi maklumat peribadi seperti kad pengenalan dan penyata bank kepada orang tidak dikenali.



03/07/2026

DATA PERIBADI ANDA MUNGKIN DIGUNAKAN DAN DISEBAR OLEH PIHAK SINDIKET AHLONG

Semalam aku didatangi oleh satu keluarga dimana mereka memaklumkan data-data peribadi mereka telah disebarkan kepada kenalan-kenalan dan di sebar di dalam media sosial. Aku seperti boleh meneka bahawa data peribadi tersebut telah disebar oleh pihak ahlong memandangkan beliau pernah berurusan dgn ejen pinjaman yang aku anggap tidak berlesen dan tidak sah.
Pengadu memaklumkan beliau cuma hantar dokumen pada ejen pinjaman yang menawarkan servis pinjaman di Facebook yang mana sangkaan beliau merupakan ejen pinjaman yang sah sedangkan ejen tu sindiket ahlong.

Ini adalah realiti pahit yang dilalui oleh ramai mangsa kebocoran data hari ini. Data peribadi kita sekarang dah jadi satu alat berharga di pasaran gelap bagi tujuan mengugut dan memalukan seseorang. Apabila dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, penyata bank, dan slip gaji jatuh ke tangan sindiket ceti haram (ahlong), hidup kita tidak akan aman lagi. Mereka akan gunakan maklumat itu untuk buat pinjaman palsu atau memeras ugut kita secara berterusan.

Cuma kadang-kadang aku terpikir bagaimana data-data ahli keluarga, gambar-gambar ahli keluarga boleh dapat di tangan sindiket ahlong ni.
Ada BARUA yang buat duit dengan menjual data-data ni ke?

Aku yang menulis
Izzat Idris



KELDAI AKAUNDARI SUDUT PANDANGAN AKU MELALUI 2 PERSPEKTIF BERBEZAPada aku isu keldai akaun ini  bukan lagi isu terpencil...
02/07/2026

KELDAI AKAUN
DARI SUDUT PANDANGAN AKU MELALUI 2 PERSPEKTIF BERBEZA

Pada aku isu keldai akaun ini bukan lagi isu terpencil. Saban hari ada sahaja tangkapan dilakukan oleh pihak polis. Namun, jika kita selami isu ini, terdapat jurang perspektif yang sangat besar:

1) Sudut Pandangan (Orang awam)
Selama ini aku melihat mereka sebagai sekump**an manusia yang mementingkan diri sanggup "menyewakan" identiti diri demi wang pantas tanpa peduli akaun tersebut digunakan bagi tujuan apa. Bagi aku mereka adalah rakan subahat jenayah.

Tapi hari ini aku mendengar sendiri keluh resah mereka yang terjebak dengan isu keldai akaun dan aku simpulkan

2) Sudut Pandangan (Mangsa)
Bagi sesetengah mangsa, mereka adalah golongan yang kesempitan wang, terdesak atau orang susah yang ditipu/dimanip**asi dengan helah "prosedur pinjaman", "untuk bukak akaun bank gaji" atau "untuk potongan auto debit". Mereka tidak faham akan undang-undang dan melihat diri mereka sebagai mangsa penipuan dan mangsa manip**asi scammer.

Satu Peringatan Untuk Semua:
Akaun anda, tanggungjawab anda. Sekali nama anda disenarai hitam, anda kehilangan hak untuk memiliki akaun bank, sukar menerima gaji, dan masa depan anda gelap serta-merta.

Sila kongsi post ini untuk menyelamatkan lebih ramai orang di luar sana daripada membuat kesilapan terbesar dalam hidup mereka.




Isu kes peminjam wang tanpa lesen (ah long) di Malaysia semakin membimbangkan apabila sindiket ahlong kini dikesan menya...
02/07/2026

Isu kes peminjam wang tanpa lesen (ah long) di Malaysia semakin membimbangkan apabila sindiket ahlong kini dikesan menyasarkan golongan muda serta remaja bawah umur.

AWAS! Ah Long Kini Sasar Anak Remaja & Pelajar Sekolah!
Ibu bapa, tolong pantau telefon bimbit dan pergerakan anak-anak anda. Situasi sangat membimbangkan sekarang.
Berdasarkan laporan terkini, sindiket ah long didapati semakin agresif menyasarkan golongan muda termasuk remaja bawah umur dan pelajar sekolah yang terdesak mencari wang. Ada kes di mana pelajar diugut dan ketakutan untuk hadir ke sekolah akibat terperangkap dengan pinjaman haram.

Apa yang ibu bapa perlu tahu?
Tekanan Kewangan:
Anak-anak mungkin cuba selesaikan masalah kewangan sendiri secara senyap.

Mangsa Scam:
Ada yang meminjam semata-mata untuk modal niaga atau terpedaya dengan pinjaman atas talian (online loan) yang tidak berdaftar.

Kesan Psikologi:
Apabila gagal bayar, anak-anak akan diugut, dimalukan di media sosial, dan keselamatan keluarga terancam.

Address

KL
Puchong
50400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Izzat Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share