08/10/2026
>> John Beasley Luah Sebab Tinggalkan Malaysia Selepas 21 Tahun Bersama Sukan Berbasikal Negara
Bekas jurulatih berbasikal negara, John Beasley berkongsi satu luahan panjang mengenai perjalanan 21 tahunnya bersama sukan Malaysia.
Beliau memberi penghargaan khas kepada Hannah Yeoh yang disifatkannya sebagai antara Menteri Belia dan Sukan terbaik pernah bekerjasama dengannya.
Beasley memuji kepimpinan, kejujuran, visi serta sokongan yang diberikan kepada atlet, jurulatih dan kakitangan sokongan.
Namun dalam masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa antara faktor besar yang mendorongnya berundur ialah ketiadaan kepimpinan ketika beliau berdepan serangan peribadi.
Menurut Beasley, selepas lebih dua dekad dalam sukan berprestasi tinggi, beliau mampu menerima kritikan. Tetapi apabila tiada pihak tampil menangani situasi tersebut, beliau mula merasakan dirinya tidak lagi dihargai seperti dahulu.
Beasley yang cukup sinonim dengan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, kakitangan serta semua atlet yang pernah bekerja bersamanya.
Sumber: Kenyataan John Beasley