30/11/2023
*Salam Sejahtera,*
Untuk makluman tuan/puan, pada tahun ini terdapat *peningkatan kes demam campak di kalangan kanak-kanak di sekitar lokaliti tempat tinggal tuan/puan*. Penyakit berjangkit ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti jangkitan paru-paru, radang otak dan kematian.
Maka, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan mengadakan *Aktiviti Imunisasi Tambahan Demam Campak* bagi kanak-kanak berumur *9 bulan hingga 7 tahun secara percuma* tanpa mengira status imunisasi.
Ini bertujuan untuk merangsang sistem pertahanan tubuh mereka dan sekaligus mencegah penularan demam campak di kalangan komuniti.
Aktiviti ini akan dilaksanakan pada:
Tarikh : 03/12/2023 (Ahad)
Tempat : Masjid Kampung Seri Aman, Jalan Aman, Kampung Seri Aman 47100 Puchong
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tenghari
*Mohon tekan link di bawah untuk pendaftaran vaksinasi.
https://forms.gle/qgcemNM3dq7Ym3yRA
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling di talian 03-78840526.
Sekian, terima kasih.
*SILA DAFTAR SEGERA. MARILAH BERSAMA MENCEGAH PENULARAN DEMAM CAMPAK.*
Berikutan kenaikan kes-kes penyakit Measles dalam kawasan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling pada tahun ini, anak tuan/puan akan diberikan perkhidmatan imunisasi Measles. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk merangsang immuniti kanak-kanak. Measles atau campak adalah penyakit berjangkit akut...