Klinik Pergigian Zara

Klinik Pergigian Zara Klinik Pergigian Zara
Located in Puchong, Selangor. Contact us: 03-8052 2012 / 010-900 1649

Klinik Pergigian Zara is known for its range of high quality yet extremely cost effective dental treatments. We are committed to provide world class facilities and results to our patients. Keeping pace with the latest developments and changes in the field of dentistry we have the latest equipment and use the best material to give you the best treatment available. The dental office is laden with a

calm and friendly environment that forms the first step towards helping our patients achieve the goal of best oral health and complete patient satisfaction. If you happen to come to Klang Valley do pay us a visit and we make sure you will have anxiety free environment. Our dental clinic is registered under Kementerian Kesihatan Malaysia bearing the number registration (Borang G) 231005-01729-12. We are governed under AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 and PERATURAN-PERATURAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 2006.

15/11/2025

Selalunya apabila gigi berlubang pada peringkat awal , ia tidak memberikan apa-apa simptom ketara.
Pemeriksaan gigi secara berkala boleh membantu untuk mengesan pembentukan karies yang menyebabkan gigi berlubang.
Jika karies baru terbentuk pada lapisan enamel dengan kadar minimal, selalunya akan diberikan sapuan fluoride dan menggalakkan penjagaan gigi yang baik dan mengubah tabiat pemakanan.
Rawatan terbaik untuk karies gigi yang sudah mula merebak ke lapisan dentin adalah dengan membersihkan permukaan gigi yang telah rosak itu, dan meletakkan bahan tampalan yang bersesuaian.

https://dentalzara.wasap.my

Location: https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

゚viralシfypシ゚🖤tiktok☆♡🦋myvideo🤗foryou✨♥️ 🦷

15/11/2025

Cobalt Chrome Based Denture adalah sejenis gigi palsu yang mempunyai asas binaan tapak COBALT CHROMIUM dan disaluti p**a dengan tapak dan gigi palsu jenis AKRILIK.
Tapak COBALT CHROMIUM terkenal dengan kekuatannya, lasak dan tahan lama.
Ia juga lebih selesa kerana rekabentuknya yang lebih nipis berbanding jenis gigi palsu lain.
Namun ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang.
Ada kriteria tertentu yang perlu dinilai sebelum jenis gigi palsu ini dipersetujui bersama.

https://dentalzara.wasap.my

Location: https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

゚viralシfypシ゚🖤tiktok☆♡🦋myvideo🤗foryou✨♥️
🦷

TAHUKAH ANDA? 💡 Kos rawatan pergigian anda (seperti tampalan, cabutan, atau cuci gigi) boleh dituntut sebagai pelepasan ...
13/11/2025

TAHUKAH ANDA? 💡 Kos rawatan pergigian anda (seperti tampalan, cabutan, atau cuci gigi) boleh dituntut sebagai pelepasan cukai sehingga RM1,000 di bawah kategori perbelanjaan perubatan/pergigian ! 🦷✨

Jangan tangguh lagi penjagaan gigi anda. Gunakan manfaat ini dan jom tetapkan temujanji anda dengan Klinik Pergigian Zara hari ini!

Tekan Link Untuk Whatsapp Kami Sekarang!
https://dentalzara.wasap.my/
https://dentalzara.wasap.my/
https://dentalzara.wasap.my/

12/11/2025

Ini adalah contoh ROOT DEHISCENCE yang berlaku pada gigi susu.
Perkara ini boleh terjadi antara sebabnya ialah masalah jangkitan kuman yang berulang pada bahagian akar gigi menyebabkan lapisan tulang terhakis dan akar gigi terdedah ke permukaan luar tulang dan gusi.
Ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan kadang kala sakit juga.
Langkah seterusnya ialah cabutan dan beri ruang kepada gigi kekal penggantinya untuk tumbuh p**a.

https://www.wasap.my/60109001649/KlinikPergigianZara

Location: https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

゚viralシfypシ゚🖤tiktok☆♡🦋myvideo🤗foryou✨♥️ 🦷

07/11/2025

Jangan biarkan gigi yang berlubang kecil tanpa tampalan dengan segera, sebab ia boleh menjadi punca kepada karies gigi yang makin merebak.
Tampalan semasa karies masih baru terbentuk atau dalam keadaan belum melibatkan saraf, adalah lebih baik dan boleh bertahan lama bergantung kepada penjagaan dan pemakanan.
Kalau karies gigi dah merebak selalunya akan berakhir dengan Rawatan Kanal Akar / Root Canal Treatment atau cabutan.
Sayangi lah gigi anda sebaiknya.

https://www.wasap.my/60109001649/KlinikPergigianZara

Location : https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

🦷

Kadang - kadang ada antara kita tidak sedar mempunyai tabiat memberus gigi dengan kuat pada permukaan gigi yang tertentu...
04/11/2025

Kadang - kadang ada antara kita tidak sedar mempunyai tabiat memberus gigi dengan kuat pada permukaan gigi yang tertentu, dan tambahan p**a dengan tabiat pemakanan yang kurang baik contohnya s**a makanan masam dan terlalu pedas.

Perbuatan ini yang berterusan, boleh menyebabkan satu keadaan yang dipanggil 'abrasion' dan 'erosion' pada permukaan gigi.

'Abrasion' selalunya terjadi pada permukaan gigi yang berhampiran dengan sudut mulut (angle of mouth).

Keadaan ini hanya akan disedari apabila mula terasa sengal dan ngilu pada gigi tertentu , atau dikesan ketika datang ke pemeriksaan pergigian.

Keadaan ini jika dikesan awal, masih boleh dibetulkan dengan cara tampalan pergigian, pembetulan pada cara memberus gigi dan juga pembetulan tabiat pemakanan/minuman.

Anda mestilah menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang sesuai, elakkan daripada menggunakan ubat gigi yang bersifat 'abrasive'.
Selain itu, boleh juga kurangkan amalan makanan/minuman bersifat asidik yang terlalu kerap kerana ia meningkatkan lagi risiko berlakunya 'abrasion' dan 'erosion'.
Amalkan minum air kosong setiap kali selepas makan.☺️

Boleh datang ke Klinik Pergigian Zara untuk pemeriksaan lebih lanjut jika anda mempunyai keadaan seperti yang dinyatakan.

https://www.wasap.my/60109001649/KlinikPergigianZara

Location : https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

01/11/2025

REPOST.

Anda ada gigi yang goyang dan kadang kala menyebabkan sakit atau rasa tak selesa?
Ini adalah disebabkan oleh masalah gusi dan tulang sokongan pada gigi yang tidak normal.
Antara penyebab utama keadaan ini ialah PENYAKIT GUSI KRONIK / CHRONIC PERIODONTITIS.

Ia berpunca daripada aktiviti keradangan pada gusi dan tulang sokongan gigi yang berpanjangan.
Semuanya bermula dengan pengump**an plak dan karang gigi yang tidak dikawal baik sehingga menarik perhatian bakteria-bakteria yang menghasilkan toksin merosakkan gusi dan struktur tulang sokongan itu.

Keadaan akan bertambah buruk untuk golongan tertentu yang mempunyai tabiat merokok, berpenyakit kronik dan ada menggunakan ubat-ubatan tertentu.
Jadi, pemeriksaan gigi secara tahunan dan berkala adalah amat penting sebagai langkah pencegahan dan merawat masalah gusi dan gigi anda lebih awal sebelum ia melarat dan tak boleh dirawat lagi.

Kalau sudah tak boleh dirawat, gigi terpaksa dicabut dan perlu lah mula fikirkan jenis gigi palsu yang bersesuaian p**a.

https://www.wasap.my/60109001649/KlinikPergigianZara

Location : https://maps.app.goo.gl/GrL672aRcRpihENb6

Address

18-2 Blok B Prima Biz Hub, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60380522012

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Zara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share