PIBG SK Taman Putra Perdana 2

PIBG SK Taman Putra Perdana 2 FB PIBG SK Taman Putra Perdana 2 merupakan platform untuk menyampaikan informasi dan aktiviti persatuan serta mengeratkan silaturahim antara semua.

23/09/2026
Assalamualaikum... Makluman kepada ibu bapa murid Tahun SK Taman Putra Perdana 2   yang ingin memohon Tingkatan 1 Kelas ...
23/09/2026

Assalamualaikum...

Makluman kepada ibu bapa murid Tahun SK Taman Putra Perdana 2 yang ingin memohon Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) untuk membuat permohonan melalui IDME (https://idme.moe.gov.my) bermula 28 September 2026 sehingga 28 Oktober 2026. Harap maklum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Mohon kerjasama ibu bapa untuk membantu mengambil gambar situasi kesesakan lal...
21/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mohon kerjasama ibu bapa untuk membantu mengambil gambar situasi kesesakan lalu lintas di sekitar sekolah pada waktu berikut:

πŸ“… 21 – 23 September 2026
πŸ•§ 12.30 – 1.30 petang
πŸ•• 6.15 – 7.00 petang

πŸ“Έ Gambar boleh dihantar terus kepada saya atau dikongsikan dalam group ini.

Tujuan pengumpulan gambar ini adalah untuk mendapatkan gambaran situasi semasa sebagai bahan kemas kini kepada MPS. Pihak PIBG akan cuba mengemukakan semula cadangan pelaksanaan jalan sehala bagi membantu mengurangkan kesesakan di kawasan sekolah.

Kerjasama dan sokongan semua ibu bapa amat dihargai. Terima kasih. πŸ™

YDP PIBG SK Taman Putra Perdana 2
En. Wan Mohd Syazwan Wan

Haze alert! 😷 Let's all stay safe and healthy during this hazy weather. Remember to drink plenty of water πŸ’§ and wear you...
07/09/2026

Haze alert! 😷

Let's all stay safe and healthy during this hazy weather. Remember to drink plenty of water πŸ’§ and wear your mask, especially if you have asthma.


πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! βœ¨πŸ“šAssalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Ta...
06/09/2026

πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! βœ¨πŸ“š

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Taman Putra Perdana 2 pada Isnin, 7 September 2026. Semoga semua murid kembali dengan semangat baharu, lebih ceria dan bersedia untuk terus menimba ilmu.

🌟 Ayuh kita amalkan budaya sekolah:
πŸ“– Rajin Belajar
πŸ‘©β€πŸ« Hormati Guru
🎯 Berdisiplin
πŸ’ͺ Terus Berusaha
🏫 Jaga Harta Sekolah

⚠️ PERINGATAN CUACA JEREBU & IPU
Keadaan jerebu dan bacaan IPU yang semakin membimbangkan memerlukan kita semua lebih berhati-hati.

πŸ’§ Bawa dan minum air secukupnya
😷 Pakai pelitup hidung jika ada
πŸƒβ€β™‚οΈ Kurangkan aktiviti di luar kelas
❀️ Utamakan kesihatan dan keselamatan diri

Semoga sesi persekolahan kali ini dipenuhi kejayaan, kecemerlangan dan pengalaman yang bermakna.

β€œIlmu Membina Masa Depan.”
🌹 Selamat kembali belajar dan selamat menempuh hari-hari persekolahan!

Daripada:
En. Wan Mohd Syazwan
- YDP PIBG SK Taman Putra Perdana 2
- Barisana AJK PIBG SKTPP2

Salam semua! πŸ‘‹Kepada ibbu bapa/penjaga murid Tahun 6, jangan lupa kemas kini maklumat di iDMe ya. Penting sangat ni untu...
04/09/2026

Salam semua! πŸ‘‹

Kepada ibbu bapa/penjaga murid Tahun 6, jangan lupa kemas kini maklumat di iDMe ya.

Penting sangat ni untuk kelancaran semua urusan.

Jom, kita buat sama-sama! πŸ˜‰



SALAM MAULIDUR RASUL 1447H/2026
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1447H/2026

SELAMAT BERSARA DATIN HAJJAH NORA MANTAN PK HEM SK TAMAN PUTRA PERDANA 2.Kami PIBG SK Taman Putra Perdana 2 mengucapkan ...
22/08/2026

SELAMAT BERSARA DATIN HAJJAH NORA MANTAN PK HEM SK TAMAN PUTRA PERDANA 2.

Kami PIBG SK Taman Putra Perdana 2 mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa bakti Datin.

Semoga Datin menikmati fasa baharu kehidupan ini dengan penuh kebahagiaan bersama keluarga tercinta.❀️✨

Alhamdulillah, Tahniah Anak-Anak SKTPP2! πŸ†πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, sukacita untuk saya kongsikan kejayaan anak-anak SKTPP2 di lu...
16/08/2026

Alhamdulillah, Tahniah Anak-Anak SKTPP2! πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, sukacita untuk saya kongsikan kejayaan anak-anak SKTPP2 di luar sekolah yang terus mengharumkan nama sekolah, Daerah Sepang malah mewakili Negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan.

Satu penghormatan dan kebanggaan yang amat besar apabila anak-anak murid SKTPP2 berjaya mengibarkan bendera sekolah, Daerah Sepang dan Negeri Selangor di setiap podium pertandingan. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ«πŸ†

Setiap kali bendera SKTPP2 dikibarkan di podium, ia bukan sekadar kemenangan seorang murid, tetapi menjadi simbol usaha, pengorbanan, semangat juang dan kejayaan seluruh warga SKTPP2.

Kejayaan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat ibu bapa dan seluruh warga SKTPP2. Melalui PIBG, kami sentiasa berusaha memberikan sokongan dari aspek kewangan, moral serta keperluan peralatan bagi membantu anak-anak mencapai kejayaan yang lebih besar.

Namun, paling utama dan tidak ternilai, jutaan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang sentiasa bersedia menerima amanah membawa anak-anak menyertai pelbagai pertandingan.

Pengorbanan seorang guru dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan masa bersama keluarga amat besar nilainya. Ada kalanya guru pengiring terpaksa meninggalkan tugasan di sekolah dan bergantung kepada guru relief/ganti untuk memastikan proses pembelajaran anak-anak terus berjalan.

Segala pengorbanan ini tidak mungkin terbalas hanya dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan keikhlasan guru-guru semua.

Tahun 2026 sememangnya menjadi tahun kegemilangan anak-anak SKTPP2! 🌟

Terus unggul dalam bidang kokurikulum, terus berani mencuba, terus membawa nama sekolah dengan penuh kebanggaan dan terus mencipta kejayaan.

Saya selaku YDP PIBG SKTPP2 ingin menzahirkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada:

πŸ‘ Barisan Guru Pentadbir
πŸ‘ Guru-guru Panitia
πŸ‘ Guru-guru Pengiring
πŸ‘ Anak-anak murid SKTPP2
πŸ‘ Ibu bapa
πŸ‘ Seluruh warga SKTPP2

Terima kasih atas usaha, sokongan, pengorbanan dan kepercayaan yang diberikan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SKTPP2 TERUS UNGGUL! πŸ†
Bersama Kita Sokong, Bersama Kita Raikan Kejayaan Anak-Anak.

β€” Wan Mohd Syazwan
YDP PIBG SK Taman Putra Perdana 2

Address

Taman Putra Perdana Puchong
Puchong
47130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Taman Putra Perdana 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PIBG SK Taman Putra Perdana 2:

Shortcuts

Share