13/10/2025
Belanjawan 2026: Bajet Paling Hambar ?
Kalau tahun-tahun sebelum ni kita biasa dengar janji bonus besar, subsidi tambahan atau projek mega.
kali ni nadanya lain lebih berhati-hati, lebih matang, dan mungkin paling jujur setakat ni.
Kerajaan Cuba Imbangkan Antara Jimat & Pacu Ekonomi
Belanjawan 2026 kali ni ibarat berjalan atas tali halus kerajaan cuba berjimat tanpa matikan enjin ekonomi.
Jumlah keseluruhan naik sikit ke RM419.2 bilion berbanding RM412.1 bilion tahun sebelumnya.
Tapi yang penting bukan berapa naik tapi ke mana duit tu pergi.
Daripada jumlah tu sebanyak RM338.2 bilion (80.7%) diperuntukkan untuk belanja mengurus bayar gaji, pencen, servis hutang.
Manakala pembangunan (DE) cuma RM81 bilion (19.3%). Maknanya, bajet kali ni lebih kepada maintain enjin, bukan tambah gear.
Kerajaan nak pastikan sistem kekal berjalan, walaupun tak banyak gear baru ditambah.
Naik Gaji, Tapi Subsidi Diperketat
Perbelanjaan emolumen meningkat 5.6% ke RM109.4 bilion hasil daripada kenaikan gaji 7% untuk penjawat awam Gred 15 ke bawah.
Langkah ni nampak baik kerana golongan ni yang paling terasa kesan kos sara hidup.
Tapi dalam masa sama, subsidi & bantuan sosial dikurangkan 14.1% ke RM49 bilion.
Kenapa? Sebab kerajaan mula rasionalisasi subsidi dan laksana BUDI95 subsidi petrol bersasar. Maksudnya bukan semua dapat sama rata, tapi yang betul-betul perlukan akan terus dibantu.
Bajet Ni Tak Populis, Tapi Realistik
Tahun 2026 nampak macam tahun kerajaan perlahankan pedal minyak dan fokus pada kestabilan fiskal bukan bajet untuk sorakan politik.
Kalau sebelum ni kerajaan berbelanja besar untuk menenangkan rakyat tahun ni mereka pilih untuk kawal defisit dan kurangkan hutang.
Bukan bajet untuk menang hati tapi bajet untuk pastikan negara terus bertahan.
Walaupun bajet nampak ketat kerajaan masih kekalkan beberapa inisiatif penting yang terus sampai ke rakyat biasa.
1️⃣ Bantuan Tunai Untuk Semua
Selain STR, kerajaan umumkan Bantuan SARA: RM100 untuk semua rakyat 18 tahun ke atas, dibayar pada Februari 2026.
Anak-anak sekolah dapat RM150 seorang terus di sekolah. Nampak kecil tapi bagi keluarga yang tengah sesak cukup untuk hidup seminggu dua dengan tenang.
2️⃣ Usahawan Kecil Dapat Peluang Baru
Sebanyak RM50 bilion disediakan untuk pinjaman & jaminan perniagaan.
Daripada jumlah tu RM2.5 bilion diagih melalui BSN & TEKUN khas untuk mikro-usahawan.
Lebih mudah dapat modal, kurang kebergantungan pada Along atau skim pinjaman tak sah.
3️⃣ Wanita & Suri Rumah
Pelepasan cukai RM3,000 untuk taska & pusat transit anak dilanjutkan hingga umur 12 tahun.
Dan AIM akan bantu 300,000 wanita & suri rumah dengan RM230 juta modal bisnes kecil.
Langkah ni kecil di kertas, tapi besar di dapur dari rumah ke digital, wanita makin berdikari.
4️⃣ Pelajar & Graduan
Pelajar miskin yang layak akan dibiayai penuh PTPTN secara percuma.
Program K-Youth (Khazanah) dan Bootcamp MARA diteruskan bagi latihan kerja & penempatan.
Mesej dia jelas: pendidikan bukan beban hutang.
5️⃣ Penjawat Awam & Pesara
Had pinjaman LPPSA naik ke RM1 juta. KWSP untuk Haji naik ke RM10,000 kakitangan kontrak boleh mohon pinjaman rumah dan ada duit raya RM500 untuk penjawat awam, RM250 untuk pesara pada Mac 2026.
6️⃣ Pekerja Gig dan Warga KKM
Kerajaan sediakan i-Saraan Plus padanan caruman KWSP sehingga RM600 setahun untuk pekerja sendiri.
Bagi pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian dapat berita gembira elaun ETAP naik 40%.
Dan ada juga cukai pelepasan RM1,000 bagi yang melancong tempatan.
⚖️ Dasar & Undang-Undang Baru
Kerajaan juga umum beberapa langkah penting:
✅ Lemon Law untuk lindungi pengguna bila beli barang atau kereta rosak.
✅ RUU Antibuli – lindungi pelajar & pekerja.
✅ Bahasa Melayu wajib di sekolah antarabangsa.
✅ Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan – fokus jaga warga emas.
✅ Diskaun tol 50% masa Deepavali.
Dan paling simbolik gaji menteri dipotong 20%, tapi gaji hakim naik 30%.
Mesejnya jelas keadilan perlu dijaga, tapi pemimpin kena tunjuk contoh.
Kesimpulannya belanjawan 2026 mungkin bukan bajet yang buat rakyat bersorak tapi ia bajet yang cuba berlaku adil kepada semua.
Tak banyak janji manis, tapi cukup rasional.
Tak populis, tapi berpijak di bumi nyata.
Kerajaan pilih untuk stabilkan kewangan negara sebelum buat lompatan besar.