16/11/2025
Beberapa tahun dulu saya pernah ketawakan Prof. Solehah dengan sumbernya yang menyebut Selat Melaka hanya dapat ditembusi dengan pelayaran timur barat sekitar 900 tahun lalu. Saya terlalu taksub dengan catatan geologi barat yang menggambarkan kejadian Selat Melaka berlaku sekitar 9500 tahun lalu akibat kenaikan paras laut yang membawa kedatangan zaman Holosen.
Namun setelah bergelumang dalam hipotesis sendiri dengan pengetahuan demi pengetahuan baru tentang cuaca zaman dulu, saya yakin Selat Melaka antara Muar hingga Kukup pernah 'terputus' tinggal paya dan aliran sempit yang hanya boleh dilalui sampan dan perahu. Pada hemat saya, ini berlaku akibat Late Antique Little Ice Age yang bermula abad keenam menyebabkan air tawar terdeposit ke daratan menjadi ais dan menurunkan discaj sungai ke laut menurunkan paras laut sekitar -10 m. Ini menjadi punca munculnya Srivijaya yang menguasai pantai timur dari Palembang hingga Ligor.
Laut rendah ini berlaku lima ratus tahun selepas Roman Warm Period yang dipercayai meninggikan paras laut sehingga +20 m dari paras hari ini. Dari lenyapnya Chola yang mencengkam kerajaan Melayu hampir 100 tahun, saya menyulam hipotesis bahawa setelah sekitar dua ratus tahun berlaku Medieval Warm Period yang bermula abad ke 10, berlaku limpahan laut yang membertas kembali rantau Selat Melaka yang terputus 600 tahun sebelum itu. Kedahsyatan peristiwa ini mendalamkan Selat Melaka tempat putus sambungnya yang berulang-ulang itu sehingga ia tidak dapat terputus kembali jika paras laut jatuh kembali sebanyak itu di masa depan.
Limpahan ini besar kemungkinan diakibatkan cairnya glasier bentukan Late Antique Little Ice Age di Himalaya ketika Medieval Warm Period, membentuk tasik glasier yang luas, lalu pecah akibat gempa bumi, membuatkan berkilometer padu air memasuki Laut Andaman, meluap dan merentas Selat Melaka. Jika andaian ini betul, ya Selat Melaka terbentuk semula untuk pelayaran timur-barat sekitar 900 tahun lalu.
Jangan ditanya macam mana beliau dengan sumber beliau dan saya dengan sumber saya, tiba-tiba boleh menyimpulkan hal yang serupa. Yang perlu ditanya ialah bagaimana sekump**an penulis buku penjulang naratif bangsa lain, boleh mengatakan " Dia profesor, kalau hipotesis netizen kaki mengarang (macam saya ni) , bolehlah dianggap picisan buat hiburan" . Tengkorak engkau.
Bila saya ambil sikap berhati-hati dalam mengulas kajian orang yang mengkaji naskah berbagai peradaban, barulah mudah untuk saya lihat di mana logiknya Rom mempelajari kaedah membuat kapal dari orang Melayu bersandarkan kepercayaan saya pada pengaruh iklim masa lalu dalam turun naik paras laut.
Bila terjadinya Roman Warm Period dari 100 SM sehingga 200 M, laut naik, Laut Mediterranean yang tinggi kemasinan dan tinggi ketumpatan air lautnya itu dilapis air yang lebih tawar dan lebih rendah ketumpatan di permukaannya tidak lagi memberi daya apung yang sesuai dengan ketumpatan bahan asas binaan kapal mereka sebelum itu dan mudahlah tenggelam bila laut yang tinggi ini semakin mudah bergelora apabila badai angin terjadi. Lihat zaman itu dan lihat bila Ptolemy mula melakar peta Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas, nama versi bangsa di Mediterranean untuk Semenanjung Melayu. Sepertinya peta itu ialah versi lakaran peta saya ini bagi memperingati mukabumi asal setelah pecah dengan kenaikan laut menyebabkan Sumatera menjadi tanah perca serpihan. Ya, nama lama Sumatera ialah Pulau Perca.
Sebagai pelayar laut terkepung, tinggi kemasinan, justeru tumpat dan memberi daya apung yang baik, perubahan yang terjadi memerlukan para pelaut Mediterranean mencari solusi yang hanya terdapat pada bangsa pelaut di laut lepas yang masih berlayar tanpa terjejas oleh perubahan tersebut ekoran binaan kapal yang memiliki spesifikasi tertentu untuk kegunaan di laut dan boleh p**a di sungai yang kedua-duanya memiliki daya apungan berbeza.
Si pengkritik yang katanya berlatar belakang PTD itu dengan konfiden menyebut Laut Mediterranean tidak berombak besar. Dia tak tahukah di zon tengah Mediterranean tu boleh hasilkan ribut tropika contohnya yang menelan 20,000 nyawa di Derna, Libya pada tahun 2023 apabila sistem tropika menghumban hujan dan meruntuhkan empangan. Malah ketika flotila menuju Ghaza pusingan kedua kelmarin angin kencang dari tekanan tinggi di Alps menyebar ke Mediterranean dari Itali membuatkan laut itu bergelombang sehingga 4 meter.
Terus-terang , saya tak akan beli satu buku pun dari geng ini melihat betapa cap ayamnya kump**an yang memangkah pendapat orang lain dengan hanya disebabkan oleh ia boleh mengancam isi kandungan buku yang telah mereka karang mengikut bingkai yang telah dipaksakan kepada mereka oleh empunya kuasa mencetak. Itu pun masih konfiden pandang orang lain sebelah mata. Diri sendiri pun 'berjalan sebelah kaki.'
Ketika orang sudah menggabungkan kajian sejarah dengan kronologi klimatologi lampau, keterbukaan kepada pengetahuan membolehkan perbezaan sesuatu pendapat diharmonikan oleh penemuan persamaan yang kemudian mengikat kerangka pemahaman yang sehaluan, membentuk sebuah kesepakatan tanpa basa-basi. Kau yang geografi pun pergi tak pergi, masih menjadi perawi tulisan orang zaman belum ada TV, berani p**a mendabik dada sebagai ahli yang layak menempelak orang yang levelnya lebih tinggi. Lepas tu sembang pasal menjaga dunia ilmu, akademik itu ini. Ada orang, setiap mula mengkaji, didahului solat dua rakaat mohon diterangkan hati. Ada p**a yang didahului perang mulut di medsos sebab tak puas hati.
Walaupun saya sendiri tidak mempromosi untaian hipotesis saya dalam bentuk buku kerana ia bagi saya adalah untuk menjawab persoalan sendiri, bukan untuk diperselisih oleh kump**an benak cuaca, iklim dan klimatologi, my soul is not for sale. Saya gembira kerana saya yang pergi pasar, saya yang masak, saya yang makan, saya yang kenyang. Sedangkan yang dok petik penulis dan pengkaji orientalis, hanya melahap suapan asing, disuap nasi, nasilah yang dimakan. Disuap tahi, tahilah yang dimakan.
Seperti mendung santak ke malam,
Ubat tak rasi, demam tak kebah,
Seperti mengandung anak yang haram,
Semakin berisi, semakin gelabah.
MATGEO