21/05/2026
APA YANG BERLAKU?
Belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat & pihak berkuasa.
Umum mengetahui, punca sijil halal ditarik balik oleh kerana pelanggaran garis piawaian pematuhan yang ditetapkan oleh JAKIM.
Sebab utama sijil halal ditarik balik merangkumi:
Percampuran & Pencemaran Bahan:
Menggunakan, menyimpan, atau mencampurkan bahan mentah yang disahkan halal dengan bahan haram (atau tanpa status halal).
Masalah Peralatan & Dapur: Gagal memastikan peralatan, perkakasan, atau ruang dapur bersih daripada najis dan tidak dikongsi dengan operasi tidak halal.
Pelanggaran SOP Tetap: Kegagalan mengekalkan kawalan dalaman, seperti ketiadaan Jawatankuasa Halal di syarikat atau membenarkan pelanggan membawa makanan luar yang tidak disahkan halal ke dalam premis.
Audit & Dokumentasi Lemah: Gagal mengemukakan rekod pembekal bahan mentah, atau melakukan kesalahan berulang (kategori Major atau Serius) semasa pemantauan berkala.
Sama-sama kita tunggu pengesahan daripada syarikat dan pihak berwajib untuk ulasan seterusnya.
Jangan lupa follow!