Rentaka

Rentaka A page for Rentaka is a defense portal covers news, analysis and articles related to defense and security issues which are related to ASEAN countries.

RENTAKA Defense Portal - An Introduction
Bismillahirrahmanirahim...

To many, even to those whose native tongue are Malay, RENTAKA is a foreign word. But RENTAKA played a very important part in the lives of many nations and communities from the Malay Archipelago to China and perhaps to the Okinawa islands in Japan in the era prior to the 20th century. There are many words that describe RENTAKA in

local dialects such as Lentaka in the Philippines or ekor lontong in Indonesia. It was an integral part in local customs and played many important parts in local customs in South East Asia and so important that it was even customary to use it as a substitute to currency and even made a part of a bride's dowry! To those who wondered what is RENTAKA and haven't goggled it yet, RENTAKA is a swivel gun of small caliber but bigger that a musket or rifle. Though is mainly found arming small vessels plying the seas around the Malay archipelago, it was also employed in land battles serving as light cannons and also arming fortresses in support of their bigger counterparts. It was not uncommon to find RENTAKAs guarding villages, protecting communities from roving bandits and well as attacks from neighbouring nations or even pirates. But the most notorious users of RENTAKA were pirates as well as slave traders. Light and easy to use, the swivel gun not only permits a vessel to be well armed yet light and fast, but it can be aimed quickly regardless the direction of the ship and can be used against opponent's boarding parties. It may lack the punch needed to sink ships but it was an excellent weapon for anti personnel purposes especially at close range. Therefore this portal is aptly named as such because it embodies the spirit of the real RENTAKA. This portal covers news, analysis and articles related to defense and security matters which are related to ASEAN countries. Since ASEAN members are strategically positioned geopolitically, near the world's most important trade routes and major sea lanes chokepoints, they will play an important part in the world's security as well as commercial trade. Any flashpoint here will undoubtedly have a severe impact to global trade and world economy.

Keupayaan BVR FA-50 Malaysia batch 2.Pada hemat Rentaka, Poland adalah penting sebagai penanda aras dalam melengkapi pes...
12/02/2026

Keupayaan BVR FA-50 Malaysia batch 2.

Pada hemat Rentaka, Poland adalah penting sebagai penanda aras dalam melengkapi pesawat FA-50M dengan keupayaan BVR. Ini adalah kerana selain dari pihak KAI dan Poland masih lagi menunggu kelulusan daripada US untuk melengkapi pesawat pejuang ringan ini dengan keupayaan untuk melancarkan peluru berpandu AIM9X dan AIM-120, terdapat satu lagi isu yang mampu untuk merencatkan usaha melengkapi pesawat ini dengan keupayaan BVR.

Isu tersebut adalah klausa kontrak mengenai isu "kos integrasi dan naik taraf" program pesawat FA-50 milik Poland. Perkara yang boleh disimpulkan daripada klausa tersebut adalah kedua-dua belah pihak tidak mahu menanggung kos naik-taraf tersebut. Pihak Poland berkata KAI seharusnya komited dengan menyelesaikan semua permasalahan yang mungkin timbul sebelum menyerahkan pesawat berkenaan. Namun pihak KAI p**a membidas kembali dengan kenyataan bahawa dalam kontrak pembelian asal, melengkapi pesawat FA-50PL dengan keupayaan BVR ialah hanya satu kemungkinan dan bukannya perancangan mutlak.

Poland telah membuat satu bantahan rasmi pada tahun 2024 semasa pertemuan bersama Menteri Pertahanan kedua-dua negara dimana pihak KAI telah mengatakan bantahan tersebut tidak berasas. Isu ini sedikit sebanyak mengganggu-gugat program ini kerana ada ura-ura bahawa projek ini boleh dibatalkan dengan Tentera Udara Poland hanya mengoperasikan FA-50GF (Gap Filler) sahaja dan tidak FA-50PL.

MKM will steal the shows every single time.Thanks You Air Times News Network for the coverage!
03/02/2026

MKM will steal the shows every single time.
Thanks You Air Times News Network for the coverage!

Siaran Media TUDM mengenai insiden melibatkan pesawat F/A-18 Hornet di PU Kuantan.
21/08/2025

Siaran Media TUDM mengenai insiden melibatkan pesawat F/A-18 Hornet di PU Kuantan.

Gambar pesawat pejuang J-15D dengan kemampuan untuk beroperasi diatas kapal pengangkut telah pun berselerakan didalam fo...
26/05/2025

Gambar pesawat pejuang J-15D dengan kemampuan untuk beroperasi diatas kapal pengangkut telah pun berselerakan didalam forum serta media sosial di dalam negara China. Selain mempunyai kemampuan CATOBAR, boleh dilihat pesawat tersebut membawa EW pod pada kedudukan hujung kepak dan rekaan sirip jerung pada atas pesawat yang sememangnya ciri unik pada pesawat J-15 PLAAF dan akan diberi kod J-15DT.

Analisa RentakaRasanya ramai dah tengok senarai kontrak pembelian yang ditandatangani semalam di Pameran LIMA 2025. Bagi...
23/05/2025

Analisa Rentaka

Rasanya ramai dah tengok senarai kontrak pembelian yang ditandatangani semalam di Pameran LIMA 2025. Bagi yang terlepas bas, senarai pembelian adalah seperti berikut:

Kontrak: LOI kepada Mildef International Technologies Sdn Bhd bagi permohonan perolehan 136 unit Kenderaan Perisai Jenis A (KJA) & Infrastruktur yang bernilai RM1.88 bilion.
Analisa:

Kontrak: Penambahan 2 Long Range Radar (LRR) di Bukit Peteri, Terengganu dan Bukit Lunchu, Johor bernilai RM277 juta.
Analisa: Memantapkan lagi keupayaan pemantauan udara dan maritim negara. Tim RENTAKA rasa radar yang dipilih berkemungkinan radar Thales GM400 Alpha (jangkauan pengesanan 515km).

Kontrak: Perolehan 178 buah Light Anti-Tank Weapon Reloadable (LATW) – Short Range bernilai RM49 juta.
Analisa: Pembelian pelancar roket anti kereta kebal C90 dengan keupayaan isian semula.

Kontrak: Membekal dan menghantar 780 laras Light Anti-Tank Weapon (LAW) C90 bernilai RM35 juta.
Analisa: TDM memang sangat s**a kat C90. Ringan, mudah nak digunakan dan berkesan.

Kontrak: Membekal dan menghantar 18 laras Mortar 81mm bernilai RM30 juta
Analisa. Berkemungkinan laras mortar bersama sistem kawalan tembakan berkomputer dan peralatan sokongan.
Kontrak: Pembekalan 2 set pelancar Naval Strike Missile (NSM) bernilai RM44 juta.
Analisa: Pelancar 8 peluru berpandu anti kapal NSM untuk dipasang pada frigat F2000.

Kontrak: Membekal dan menghantar 1,300 butir Rounds 84mm Recoilless High Explosive (HE) bernilai RM42 juta.
Analisa: Peluru pelbagai jenis untuk M2/M3/M4 Carl Gustav 84mm.

Kontrak: Membekal dan menghantar 5,000 butir Mortar Bomb 60mm Illuminating IR kepada Tentera Darat bernilai RM34 juta.
Analisa: Bom mortar yang menerangi medan tempur dengan sinaran cahaya IR yang tak dapat dilihat oleh mata kasar tapi sangat terang jika dilihat dengan alat pandang malam.

Kontrak: Membekal dan menghantar 1,900 butir Mortar Bomb 120mm High Explosive (HE) kepada Tentera Darat bernilai RM34 juta.
Analisa: TDM memang sangat s**a kat mortar 120mm. Tembakan lebih powerrr daripada meriam howitzer 105mm tapi lebih kompak.

Kontrak: Membekal dan menghantar peluru 5.56mm Ball bernilai RM32 juta.
Analisa: Tiada.

Kontrak: Membekal dan menghantar 1,000 butir Rounds 125mm HEAT-SD-T” bernilai RM31 juta.
Analisa: Peluru untuk PT-91M tapi yang ni special sikit. HEAT-SD-T berkemungkinan bermaksud High Explosive Anti Tank - Self Destruct- Tracer. Kalau betul, ini bermakna peluru ini akan meletup sendiri setelah meluru selama 3.5 hingga 5 saat dan letupan tersebut akan menyebarkan serpihan; sesuai untuk membelasah pas**an infantri musuh yang berada di kawasan terbuka.

Analisa selanjutnya:
1. Pembelian untuk TDM adalah dalam kuantiti yang agak besar. Ini menunjukkan TDM menitikberatkan latihan dengan menggunakan peluru sebenar. Train hard, fight easy, fire accurate.

2. Pembelian untuk TDM adalah dalam kuantiti yang agak besar juga menunjukkan TDM kembali membina simpanan peluru secara berkala.

3. Kos pembelian persenjataan untuk TDM agak rendah tapi memberi "more bang for the buck".

4. Pembelian senjata anti armor mendominasi pembelian untuk TDM kali ini.

5. Penguasaan maritim telah mula mendapat perhatian kerajaan. TLDM telah mula diperkasakan dengan lebih pesat.

(Foto: BTDM)

Pelik tapi benar. Dalam ribuan kelengkapan pertahanan yang dipamerkan di pameran LIMA 2025, hanya satu sahaja aset yang ...
22/05/2025

Pelik tapi benar. Dalam ribuan kelengkapan pertahanan yang dipamerkan di pameran LIMA 2025, hanya satu sahaja aset yang dipamerkan yang membuat tim RENTAKA teruja. Aset berkenaan adalah dron pemusnah milik TDM. Pertama- tamanya tim RENTAKA ingin mengucapkan tahniah kepada TDM kerana pantas mengenalpasti kepentingan penggunaan dron dalam peperangan masakini. Keduanya, tim RENTAKA ingin mengucapkan tahniah kepada tim yang mereka dron ini untuk TDM, tidak kiranya samada secara inhouse, outsource atau JV. Hangpa semua memang hebat!

Daripada pengamatan tim RENTAKA, rekabentuk dron ini walaupun kelihatan biasa, tetapi nampak seperti direka oleh satu jawatankuasa rekaan. Bukti yang paling jelas adalah cubaan untuk melengkapi dron tersebut dengan semua keupayaan yang boleh dimuatkan, daripada membawa kepala peledak RPG untuk membantai armor musuh sehinggalah sangkar seperti perangkap tikus untuk membawa kargo seperti ubatan atau untuk mengugurkan bom grenad. Percubaan ini difahami kerana dalam usaha untuk menjual idea ini kepada pihak atasan dan dalam memohon perbelanjaan yang bakal dikeluarkan, sudah pastinya terdapat tekanan untuk memenuhi secara kemahuan pihak atasan. Senario seperti ini adalah biasa dalam pembelian kelengkapan pertahanan malah turut menghantui program- program gergasi seperti program F-111, F-14 dan Bradley malah masih berlaku hingga ke hari ini. Natijahnya adalah satu produk yang bersifat "Jack of all trade but aces of none" atau boleh melakukan semua tugas/ peranan yang diperlukan tetapi tidak mampu melakukannya dengan terbaik. Umpamanya membawa kereta biasa untuk berlumba dalam perlumbaan rali.

Jika diamati dalam peperangan di Ukraine, tentera Rusia dan Ukraine menggunakan dron yang berbeza untuk tugas yang berbeza. Dron bunuh diri mungkin akan menggunakan rekabentuk yag berbeza dengan motor elektrik dan bateri yang kurang berkuasa serta struktur dron yang ringan dan dibina dengan menggunakan bahan- bahan murah, ringan serta mudah serta cepat untuk dihasilkan, sesuai dengan peranannya yang bersifat sehala. Berbeza p**a dengan dron untuk menggugurkan bom grenad atau membawa kargo kecil, ia menggunakan struktur serta bahan pembuatan yang lebih kukuh serta bateri dan motor elektrik yang lebih berkuasa bagi membolehkannya untuk membawa bebanan berat dan berlegar- legar di medan tempur untuk mencari mangsa. Begitu juga dengan dron untuk pemantaan dan peninjauan lazimnya bersaiz kecil s**ar untuk dikesan oleh mata kasar tetapi mempunyai bateri yang lebih berkuasa yang mengizinkannya untuk berada di udara bagi masa yang lama.

Apapun tim RENTAKA mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam semua aspek berkenaan dron bunuh diri ini. Pengenalannya sudah pasti akan mengubah cara semua cabang TDM berfungsi dan cara berperang. Dron sememangnya telah merevolusikan peperangan masa kini. Masih banyak lagi aspek yang perlu diterokai oleh TDM dalam mengoperasikan dron seperti penggunaan Fiber Optic bagi mengatasi penyerakan elektronik musuh dan penggunaan modul Starlink untuk meluaskan lagi jangkauan kawalan dron.

(Foto: M. Daim/ Air Times News Network)

Pengeluar kerusi lenting Martin-Baker secara sengaja atau tidak telah menunjukan peningkatan 4 lentingan dari kerusi jen...
09/05/2025

Pengeluar kerusi lenting Martin-Baker secara sengaja atau tidak telah menunjukan peningkatan 4 lentingan dari kerusi jenama tersebut. Tolak dari lentingan pesawat Hornet Pas**an Pertahanan Finland terdapat 3 lagi lentingan berbeza dalam masa terdekat.

Menarik bukan?
Rentaka tinggalkan persoalan ini kepada pembaca semua.

Salam Jumaat.

Hero atau wira tersohor dalam konflik Pakistan-India kali ini sudah pastinya pesawat JF-17 Pakistan, Erieye serta peluru...
08/05/2025

Hero atau wira tersohor dalam konflik Pakistan-India kali ini sudah pastinya pesawat JF-17 Pakistan, Erieye serta peluru berpandu PL-15E. Kombinasi ketiga- tiga aset Tentera Udara Pakistan memberikan kepada Pakistan keupayaan untuk mempertahankan diri mereka dari serangan udara India.

Akan tetapi seprti biasa, RENTAKA s**a mengintai lebih dalam dan salah tenungan mistik tim RENTAKA, maka terserlahlah satu lagi hero yang bersembunyi di sebalik kejayaan- kejayaan Pakistan untuk menumpaskan panahan- panahan India. Hero yang kami tonggak jaringan sistem pertahanan udara Pakistan iaitu Sistem pertahanan udara jarak jauh HQ-9 yang dioperasikan oleh Tentera Darat mahupun Udara Pakistan. Walaupun sekali pandang seperti sistem pertahanan udara S300 buatan Russia namun bezanya adalah HQ-9 menggabungkan ciri- ciri serta keupayaan terbaik yang ada pada sistem pertahanan Amerika dan Rusia. Malah teknologi peluru berpandu ini menggunakan kawalan bantuan dari satelit iaitu TVM system sama seperti digunakan pada peluru berpandu MIM-104 yang digunakan oleh Israel (mungkin diperolehi secara espionage. Mungkin).

Dengan keupayaan untuk memecut sehingga ke kelajuan Mach 4 dan jangkauan jarak pemintasan sejauh 300km, anak panah HQ-9 masih galak untuk meligan pesawat musuh walaupun sudah jauh memasuki ruang udara sendiri.

Pendek kata, kalau pesawat musuh kena ligan dengan anak panah HQ-9, juruterbangnya boleh jatuh pengsan berdiri.

Kerusi lenting dari jenis K36DM yang lazimnya digunakan pada pesawat keluaran blok Russia (MIG/Sukhoi) ditemui di kawasa...
08/05/2025

Kerusi lenting dari jenis K36DM yang lazimnya digunakan pada pesawat keluaran blok Russia (MIG/Sukhoi) ditemui di kawasan Ramban, Jammu Kashmir, India. Jaringan pertahanan udara Pakistan begitu efektif sehinggakan tiga kawasan dimana pesawat IAF dikesan telah terhempas, terletak di dalam kawasan India.

Serpihan bangkai pesawat dipercayai Rafale milik IAF. Perhatikan pendaftaran pesawat tersebut pada serpihan sama seperti...
08/05/2025

Serpihan bangkai pesawat dipercayai Rafale milik IAF. Perhatikan pendaftaran pesawat tersebut pada serpihan sama seperti pesawat ketika didalam majlis penerimaan rasmi.

Army recognition melapurkan sehingga artikel ini ditulis Pakistan telah berjaya menembak 6 pesawat milik IAF dan pihak India masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan rasmi.

Heboh dikatakan satu pesawat JF-17 milik Tentera Udara Pakistan ditembak jatuh oleh pihak Tentera India. Video dan gamba...
07/05/2025

Heboh dikatakan satu pesawat JF-17 milik Tentera Udara Pakistan ditembak jatuh oleh pihak Tentera India. Video dan gambar bangkai pesawat yang dikatakan ditembak jatuh itu kini tersebar luas dan sedang dikaji ramai pihak untuk pengesahan.

Manakala pihak Pakistan juga telah tak nak kalah dengan menyatakan bahawa pihak mereka telah menembak dua pesawat Rafale Tentera Udara India namun dinafikan oleh Kerajaan India.

Siapa sembang kari, kita tunggu sikit lagi untjk perkembangan selanjutnya.

Update: Pesawat dikenalpasti sebagai Mirage 2000 oleh komuniti peminat penerbangan berdasarkan Fuel Probe dan Enjin jenis M53-P2. Info lanjut menyusul.

Address

Puncak Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rentaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rentaka:

Share