
05/08/2024
DIARI PANTHERA | 05.08.2024 | ISNIN
Assalamualikom dan Salam Progresif
Panthera Studio Progresif SMK Pusa telah menyertai Pertandingan Studio TV PSS Terbaik Kategori SM Peringkat Negeri Sarawak 2024.
Penilaian dibuat melalui video - video yang dihasilkan oleh Ahli - Ahli Studio Progresif dalam tempoh 3 tahun.
Tahun ini Studio Progresif berjaya menempatkan diri dalam kalangan 5 terbaik untuk Studio TV PSS Peringkat Negeri Sarawak
Syabas diucapkan kepada semua ahli - ahli dan bekas ahli - ahli studio progresif yang banyak menyumbang kepada penghasilan Video Kreatif ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Mohamad Noriswandy bin Busri kerana telah memulakan projek ini pada tahun 2021 yang lebih dikenalai sebagai "Talent Development" Program yang menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk berkembang supaya boleh bersaingan dengan perkembangan Industrial Revolution 4.0
Ucapan terima kasih juga kepada semua guru - guru, AKP dan Pemegang Taruh SMK Pusa yang selalu membantu pelajar membuat projek Video, Majalah dan Radio di Sekolah dan di luar sekolah. Hasik kesepakatan ini telah membiahkan hasil dalam merealisasikan aspirasi untuk memgembangkan kemahiran insaniah dalam kalangan anak pelajar
Tidak dilupai kepada Tuan Pengetua, Cikgu Saini bin Bakar yang telah banyak memberikan idea dan nafas baru untuk Studio Progresif berkembang dengan lebih kreatif, Inovatif dan berdaya Saing
Explore Create Inspire