SGmedia Groups

SGmedia Groups Pantas.Sahih.Tepat

Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada Hospital Zon Kluster KeningauPegawai Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor, En. Tinus Ma...
18/07/2025

Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada Hospital Zon Kluster Keningau

Pegawai Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor, En. Tinus Majip, mewakili YB Datuk Robert Tawik ,Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor, menghadiri Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada hospital-hospital Zon Kluster Keningau dan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

Penyerahan rasmi disampaikan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah ini bertujuan meningkatkan kemudahan rawatan bagi pesakit buah pinggang, khususnya di kawasan pedalaman.

18/07/2025

Nah kejumpaan juga...
Hati-hati kepada penduduk pesisir Kg Meruntum, Putatan

Salam Jumaat yang berkah,Penghulu Segala Hari.
17/07/2025

Salam Jumaat yang berkah,
Penghulu Segala Hari.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai ...
17/07/2025

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang Baharu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Negara yang diterbitkan pada Jumaat, pelantikan itu dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri, dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Selain itu kenyataan tersebut menyebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Ikuti berita terkini di

๐ŸŒ FENOMENA APHELION BERMULA ESOK โ€“ BUMI PALING JAUH DARI MATAHARI! โ˜€๏ธโ„๏ธBermula esok pada jam 5.27 pagi, kita akan mengal...
17/07/2025

๐ŸŒ FENOMENA APHELION BERMULA ESOK โ€“ BUMI PALING JAUH DARI MATAHARI! โ˜€๏ธโ„๏ธ

Bermula esok pada jam 5.27 pagi, kita akan mengalami fenomena astronomi yang dikenali sebagai Aphelion โ€“ ketika kedudukan Bumi berada paling jauh dari Matahari dalam orbitnya.

๐ŸงŠ Aphelion berlaku setiap tahun, tetapi tahun ini dijangka memberi kesan cuaca lebih sejuk daripada biasa, terutamanya pada waktu pagi dan malam. Fenomena ini akan berlarutan sehingga Ogos.

Walaupun kita tidak dapat melihat fenomena ini secara langsung, kesannya boleh dirasai, seperti:

๐ŸŒก๏ธ Suhu lebih rendah dari kebiasaan

๐Ÿค’ Risiko peningkatan demam, selesema, batuk & sesak nafas

โ„๏ธ Ketidaktahanan badan terhadap suhu luar biasa

---

๐Ÿ“ Fakta Sains:

Jarak biasa Bumiโ€“Matahari: ยฑ 150,000,000 km (โ‰ˆ 8.3 minit cahaya)

Ketika Aphelion: ยฑ 152,000,000 km

Walaupun perbezaannya hanya sekitar 2 juta km, ia cukup memberi kesan kecil terhadap suhu permukaan dan cuaca.

---

๐Ÿ›ก๏ธ TIP PENJAGAAN KESIHATAN MUSIM APHELION:

๐Ÿ’ง Minum air secukupnya

๐Ÿฅ— Tingkatkan pengambilan vitamin C, buah-buahan & sayuran segar

๐Ÿ›Œ Cukupkan rehat & tidur

๐Ÿงฃ Pakai pakaian sesuai ketika keluar rumah

๐Ÿ’Š Ambil suplemen jika perlu untuk kuatkan sistem imun

---

๐Ÿ“Œ Sumber:

NASA.gov

Timeanddate.com

Portal Astronomi Malaysia (MYSA)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

---

๐Ÿ“ข Sekilas info ini diharap dapat membantu anda lebih bersedia. Jaga diri dan kesihatan anda dalam menghadapi perubahan cuaca yang mendadak ini.

๐ŸŒŒ๐Ÿฉบ๐Ÿ’ช

Jom sertai keluarga Malaysia Airports!Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan AFRS ka...
17/07/2025

Jom sertai keluarga Malaysia Airports!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan AFRS kami yang hebat. Rujuk poster dan imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

โ€˜SABAH FOR SABAHANโ€™ -AHMAD MASLAN TAK FAHAMI SEMANGAT SEBENAR KATA NIZAMTAWAU : Kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan yang m...
17/07/2025

โ€˜SABAH FOR SABAHANโ€™ -AHMAD MASLAN TAK FAHAMI SEMANGAT SEBENAR KATA NIZAM

TAWAU : Kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan slogan โ€˜Sabah for Sabahanโ€™ sebagai tidak relevan, terus mendapat reaksi balas pemimpin Sabah.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menyifatkan kenyataan itu sebagai dangkal dan tidak memahami semangat sebenar di sebalik slogan yang lahir daripada perjuangan rakyat negeri ini sejak sekian lama.

Beliau berkata, slogan โ€˜Sabah for Sabahanโ€™ bukan semata-mata retorik politik bermusim, sebaliknya adalah simbol perjuangan berterusan untuk mempertahankan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

โ€œBila Ahmad Maslan kata slogan ini tidak relevan, jelas beliau gagal faham sejarah dan asas pembentukan negara. Slogan itu bukan menolak Malaysia, tapi menuntut keadilan untuk Sabah dalam Persekutuan,โ€ katanya.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia itu, selepas merasmikan Festival Bahasa dan Sastera (BAHTERA) di sini, hari ini.

Tegasnya, semangat โ€˜Sabah for Sabahanโ€™ membawa maksud Sabah perlu ditadbir oleh kepimpinan tempatan yang memahami denyut nadi rakyat negeri ini.

โ€œKita dalam GRS, termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sentiasa utamakan kepentingan Sabah.

โ€œKita mahu pembangunan dan pentadbiran negeri ini berdasarkan acuan kita sendiri, bukan dikawal dari luar,โ€ katanya.

Nizam juga menyifatkan mana-mana pihak luar yang menafsir slogan itu secara sempit sebagai tidak memahami realiti dan aspirasi rakyat Sabah.

โ€œSabah bukan negeri biasa dalam Malaysia. Ia bersama Sarawak dan Semenanjung membentuk Persekutuan. Kita bukan anak tiri yang boleh disamakan dengan negeri-negeri lain,โ€ katanya

Dalam perkembangan lain, Nizam turut menyentuh isu kerjasama politik di Sabah yang menurutnya masih dalam perbincangan dan tiada keputusan muktamad setakat ini.

Namun beliau menegaskan bahawa kerajaan Sabah ketika ini adalah hasil gabungan GRS dan Pakatan Harapan (PH), dan sebarang keputusan politik perlu menghormati mandat rakyat.

โ€œApa jua yang dirancang mesti berpaksikan kepada realiti kerajaan sedia ada. Kita bukan main-main soal ini,โ€ katanya.

Nizam berkata, perjuangan mempertahankan MA63 dan hak Sabah bukan soal slogan kosong, tetapi soal prinsip dan maruah negeri.

โ€œKalau benar-benar faham semangat Malaysia, jangan pandang ringan slogan โ€˜Sabah for Sabahanโ€™. Ini suara rakyat, bukan propaganda,โ€ katanya.

๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐„๐ซ๐š ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐›๐š๐ ๐ค๐ž-๐Ÿ๐ŸKOTA KINABALU, 17 Julai 2025 โ€“ Guru ...
17/07/2025

๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐„๐ซ๐š ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐›๐š๐ ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ

KOTA KINABALU, 17 Julai 2025 โ€“ Guru besar memainkan peranan penting dalam memacu kecemerlangan pendidikan dan perlu bersedia menghadapi cabaran serta mengadaptasi pendekatan inovatif dalam era transformasi digital dan pendidikan abad ke-21.

Penegasan ini dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, dalam ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, semasa Majlis Makan Malam Konvensyen Pendidikan Ke-29 dan Persidangan Agung Perwakilan Ke-3 Persatuan Guru Besar Malaysia 2025, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa kualiti sesebuah sekolah sangat bergantung kepada kepimpinan guru besar dalam mentadbir, membimbing warga pendidik, dan memacu pembaharuan pendidikan selaras dengan aspirasi negara.

Konvensyen pendidikan ini dilihat sebagai platform penting untuk perkongsian pengalaman, idea, dan strategi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.

"Saya percaya, melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam konvensyen ini, kita dapat meningkatkan lagi kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah," ujar beliau.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Guru Besar Malaysia atas peranan aktif mereka dalam memperjuangkan profesionalisme kepimpinan sekolah rendah di seluruh negara. Beliau menekankan peranan guru besar sebagai pemimpin instruksional dan pentadbir yang mencorakkan hala tuju serta budaya kecemerlangan sekolah.

Kerajaan Negeri Sabah, menurut beliau, sentiasa memberikan perhatian serius dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan kemudahan pendidikan di Sabah, termasuk dari segi infrastruktur, teknologi digital, dan pembangunan guru profesional.

Melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0, kerajaan negeri komited dalam pembangunan modal insan tanpa mengira lokasi geografi.

Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan RM848.26 juta dari tahun 2021 hingga 2024 untuk pelbagai bantuan pendidikan. Selain itu, sebanyak 14 inisiatif baharu dengan peruntukan RM164.14 juta telah diperkenalkan sepanjang tempoh 2021-2025, memberi manfaat kepada 210,918 pelajar.

Inisiatif-inisiatif tersebut termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT atau BUDI, Program Graduan Rindu Sabah (GRS-SUBFLY), dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA).

โ€œKesemua inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah untuk membina sistem pendidikan yang inklusif, progresif, dan mampan,โ€ tegas beliau.

Beliau berharap agar konvensyen ini akan membuahkan hasil yang cemerlang kepada semua guru besar dan menekankan bahawa kehebatan sesebuah sekolah terletak pada semangat pendidik yang sentiasa berusaha memperkasakan anak bangsa, bukan hanya pada kemudahan yang moden.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 2,000 guru besar dari seluruh Malaysia, serta Menteri Pendidikan Malaysia, Puan Fadhlina Sidek; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif; Pengerusi PGBM Sabah, Tuan Nordin Mohd Taip; dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin.

PGRS TG ARU ANJUR GOTONG ROYONG BAIKI JAMBATAN SEMBULANTANJUNG ARU :  PGRS N22 Tanjung Aru menganjurkan satu program got...
16/07/2025

PGRS TG ARU ANJUR GOTONG ROYONG BAIKI JAMBATAN SEMBULAN

TANJUNG ARU : PGRS N22 Tanjung Aru menganjurkan satu program gotong-royong membaiki jambatan di Kg Sembulan Tengah dan Kg Sembulan Lama hari ini.

Program dilaksanakan atas inisiatif dan tanggungjawab PGRS Tanjung Aru yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa PGRS Tanjung Aru, Dr Ritchie Jay Cheng bersama kalangan penduduk yang terlibat.

"Kerja-kerja baik pulih ini dilaksanakan sebagai โ€˜emergency worksโ€™ bagi memastikan jambatan yang menjadi laluan penting penduduk kampung berada dalam keadaan selamat dan baik selepas mengalami kerosakan akibat hujan lebat kebelakangan ini," ujar Ritchie ketika ditemui di program berkenaan.

Antara kerja yang dilakukan termasuk penggantian papan lantai yang rosak serta pengukuhan struktur asas jambatan menggunakan bahan yang telah disumbangkan oleh beliau bersama pasukan dari PGRS Tanjung Aru sendiri.

Ritchie turut menegaskan bahawa inisiatif ini bukan semata-mata kerana Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang hampir tiba, tetapi kerja-kerja bantuan seperti ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesukarelawan dan nilai kebersamaan dengan komuniti yang bersatu untuk membantu antara satu sama lain.

Menurutnya, inisiatif seperti ini juga bukan dilakukan untuk meminta pujian sesiapa, tetapi adalah hasil keprihatian yang telah diusahakan secara konsisten sejak puluhan tahun melalui penglibatan beliau dalam NGO sebelum ini, demi memastikan masyarakat setempat sentiasa dibantu dalam apa jua keadaan setakat mana yang mampu.

โ€œProgram gotong-royong seperti ini adalah bukti bahawa PGRS Tanjung Aru sentiasa dekat dengan rakyat dan usaha ini akan diteruskan secara konsisten demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti kita bersama,โ€ katanya lagi.

PGRS Tanjung Aru akan terus melaksanakan usaha seumpama ini sebagai komitmen berterusan dalam membantu masyarakat tanpa mengira masa dan musim.

  Nampak gaya USNO, dengan cara mereka sendiri, berusaha untuk  memperkasakan sokongan rakyat Sekong kepada GRS, untuk m...
16/07/2025

Nampak gaya USNO, dengan cara mereka sendiri, berusaha untuk memperkasakan sokongan rakyat Sekong kepada GRS, untuk mempastikan GRS akan dapat merampas kerusi tersebut dari tangan Warisan - Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia (Presiden USNO)

Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan d...
15/07/2025

Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi dan diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi yang telah digariskan.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2445478



Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi

Jom berdoa kita hari ini ๐Ÿคฒ
15/07/2025

Jom berdoa kita hari ini ๐Ÿคฒ

Address

Putatan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SGmedia Groups posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SGmedia Groups:

Share