
23/07/2025
KOTA KINABALU: Lima individu termasuk jurutera, penolong jurutera serta kakitangan dan bekas kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan wang kira-kira RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Yong Ching Hong di Mahkamah Majistret Sandakan hari ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.