en_pecinta_muvee

en_pecinta_muvee Digital Content Creator
• Movie Reviewer
• Drama•Movie•Entertainment
• DM for any inquiries
Follow 370K Followers Tik Tok👇

Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang perantau yang telah lama menetap di Kaherah bersama isterinya, Marissa ...
08/10/2025

Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang perantau yang telah lama menetap di Kaherah bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira), serta anak mereka, Mikhail (Rafique Iskandar). Namun, apabila menerima perkhabaran tentang bapanya yang sedang nazak, Yusoff kembali ke tanah air selepas 30 tahun dengan niat membantu ayahnya bertaubat daripada amalan ilmu hitam, sambil merungkai kejadian mistik yang terus membelenggunya.

Di sebalik kepulangan itu tersembunyi pertemuan semula Yusoff dengan keluarganya yang penuh rahsia kelam. Yusoff berdepan ibu tirinya, Mawar (Sharifah Sakinah), yang langsung tidak dimamah usia, dan adiknya, Eykha (Liyana Jasmay), yang jiwanya kekal seperti anak kecil.

Kehadiran Marissa dan Mikhail secara tiba-tiba di rumah pusaka keluarga Yusoff mengeruhkan keadaan. Pelbagai kejadian aneh menyambut mereka, menjadikan setiap langkah sarat dengan ketegangan. Apa yang menanti di hadapan? Adakah nyawa dan nasib mereka kini terancam?

Tonton filem di pawagam sebelah rumah korang bermula 9 Oktober 2025.

19/09/2025

Strim sekarang filem di 🔥🔥🔥

18/09/2025

Official trailer filem di pawagam sebelah rumah korang bermula Disember 2025 🐍🐍🐍

UPDATE TERKINI DARIPADA CINEMA CON 2025 🔥1.  JOHN WICK : CHAPTER 5- Keanu Reeves akan kembali memegang watak sebagai Joh...
02/04/2025

UPDATE TERKINI DARIPADA CINEMA CON 2025 🔥

1. JOHN WICK : CHAPTER 5
- Keanu Reeves akan kembali memegang watak sebagai John Wick dalam filem kelima ini, walaupun terdapat spekulasi mengenai nasib wataknya selepas pengakhiran filem keempat.

2. PREQUEL ANIME JOHN WICK
- Sebuah filem animasi (ANIME) prekuel sedang dalam pembangunan, yang akan memaparkan John Wick menyelesaikan "Tugas Mustahil" sebelum peristiwa dalam filem pertama. Keanu Reeves dijangka akan menyumbangkan suara untuk watak ini.

3. SPINOFF CAINE : DONNIE YEN
- Spin-off Caine: Donnie Yen akan mengarahkan dan membintangi filem spin-off yang memfokuskan kepada wataknya, Caine, seorang pembunuh upahan buta yang diperkenalkan dalam filem sebelumnya. Penggambaran dijadualkan bermula di Hong Kong pada akhir tahun ini.

4. HUNGER GAMES 5 : SUNRISE ON THE REAPING
- filem kelima dalam siri The Hunger Games, yang berjudul The Hunger Games: Sunrise on the Reaping akan ditayangkan di pawagam pada 20 November 2026. Merupakan adaptasi daripada novel terbaru Suzanne Collins yang diterbitkan pada 18 Mac 2025. Kisah ini berpusat pada watak Haymitch Abernathy semasa remajanya, khususnya pengalamannya sebagai penghuni dari District 12 dalam Hunger Games ke-50, yang juga dikenali sebagai Second Quarter Quell.

5. RESIDENT EVIL REBOOT
- Sebuah filem reboot Resident Evil sedang dalam perancangan dan dijadualkan untuk tayangan pada 18 September 2026, Filem ini akan diarahkan oleh Zach Cregger, yang terkenal dengan filem seram Barbarian. Filem ini dijangka akan lebih setia kepada elemen seram dan naratif daripada permainan asal, dengan fokus pada suasana yang lebih menakutkan dan penceritaan yang mendalam dan mungkin mengambil inspirasi daripada permainan seperti Resident Evil 7: Biohazard dan Resident Evil Village.

6. THE CONJURING 4 : LAST RITES
- filem keempat dan penutup dalam siri utama The Conjuring akan ditayangan pada 5 September 2025. Michael Chaves, yang sebelum ini mengarahkan The Conjuring: The Devil Made Me Do It dan The Nun II, kembali sebagai pengarah untuk filem ini yang juga akan menjadi penutup kepada jalan cerita utama siri ini, menandakan "akhir sebuah era" bagi francais The Conjuring

7. THE INSIDIOUS: CHAPTER 6
- Filem The Insidious : Chapter 6 yang belum diberi judul rasmi akan tayangan pada 21 Ogos 2026

8. NOW YOU SEE ME 3
- Now You See Me 3, yang kini secara rasmi berjudul Now You See Me: Now You Don't , Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 14 November 2025. Ruben Fleischer, yang terkenal dengan karyanya dalam Zombieland dan Venom, mengarahkan filem ini. Semasa CinemaCon , Lionsgate juga mengumumkan bahawa selain filem ketiga ini, Now You See Me 4 juga sedang dalam perancangan.

20/02/2025

Tonton filem di pawagam sebelah rumah korang bermula 20 Februari 2025 🔥🔥🔥


#射雕英雄传侠之大者

30/10/2024

CDrama paling EPIK dan paduu ! Tonton sekarang hanya di iQIYI_Malaysia guys 🔥🔥🔥

29/02/2024

FILEM PALING EPIC ! RATING 10/10 ,tonton sekarang dekat hall tau 🔥🔥🔥

DUNE PART 2 | SCIFI/ACTION | FILEM | PAWAGAMTIKTOK REVIEW : https://www.tiktok.com/?_t=8kFQzna3eba&_r=1SINOPSIS :Merupak...
29/02/2024

DUNE PART 2 | SCIFI/ACTION | FILEM | PAWAGAM

TIKTOK REVIEW : https://www.tiktok.com/?_t=8kFQzna3eba&_r=1

SINOPSIS :
Merupakan sequel terus kepada filem Dune Part 1, selepas keluarga Atreides dijatuhkan dalam 1 malam sahaja oleh Harkonnen. Paul Atreides dan Ibunya yang terselamat dalam serangan itu berlindung dan cuba merancang untuk membalas dendam bersama dengan pahlawan Fremen. Puak Fremen juga percaya bahawa Paul Atreides merupakan lelaki yang diramalkan dan ditunggu2 untuk menjadi penyelamat kepada bangsa itu ( Lisan Al Gaib) jadi berjayakan paul bersama puak Fremen menjatuhkan Harkonnen? Tonton sendiri di pawagam sebelah rumah korang bermula 29 Februari 2024 !

ULASAN:
Bermula sahaja tontonan aku di Aurum Cinema TRX, Hall IMAX yang sejuk dan selesa , seakan2 suasana sejuk itu berubah menjadi panas ditiup ribut pasir DUNE, Everything about this movie is spectacular,,dari segi visual yang sangat memukau, runut bunyi yang menggetarkan jantung, plot dan story filem ini juga diolah dengan sangat cantik dalam memaparkan perancangan Paul untuk tuntut bela atas nama keluargnya. Lakonan mantap dari semua pelakon dan ending filem ni yang kababoom! Btw aku sangat3 rekemen dekat korang semua tonton lah filem ni di hall IMAX untuk kepuasan maksimum dan terus sesat dlm ribut pasir DUNE !. Bagi aku ni merupakan filem paling Epik setakat ni bagi tahun 2024! ( PENAFIAN : ulasan ini hanyalah pandangan peribadi admin.)




TRINIL : KEMBALIKAN TUBUHKU | SERAM | FILEM | PAWAGAMTONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrKCska/SIPNOSIS : Me...
23/02/2024

TRINIL : KEMBALIKAN TUBUHKU | SERAM | FILEM | PAWAGAM

TONTON VIDEO REVIEW : https://vt.tiktok.com/ZSFrKCska/

SIPNOSIS :
Mengisahkan Rara anak pewaris kepada owner estet teh yang kaya raya dan suaminya Sutan baru pulang dari honeymoon. Setelah pulang ke estet kejadian seram mula berlaku kepada rara dan pekerja estet ramai mati secara misteri pada waktu malam, penduduk disitu juga mula dihantui oleh penanggal. Yusuf (Fattah Amin) seorang bomoh yang terkenal telah dipanggil untuk bantu pasangan ini, namun sesuautu yang dasyat berlaku selepas itu. Nak tahu apa yang berlaku? Tonton sendiri di pawagam sebelah rumah korang!

ULASAN :
Visual yang dipaparkan dalam filem ini sangat memukau dan cantik, dengan prop dan musik background yang menarik juga menambah lagi feel 80an. Sejujurnya filem ni tak seram, tapi seronok untuk ditonton dan ada beberapa jumpscare mampu buatkan aku terkejut. Jika korang nak tengok Hero pujaan Malaya Fattah Amin melakonan watak tok bomoh diluar kebiasaan korang kene tengok filem ni. Cumanya dari segi story dan plot filem ni agak biasa dan boleh diagak dan filem ni tak seram. ( PENAFIAN : Ulasan ini adalah pendapat peribadi admin )




Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when en_pecinta_muvee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to en_pecinta_muvee:

Share