Negara News

Negara News Media News & Digital Advertising

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi memperkasa pembangunan serta pemerkasaan seni mempertahankan ...
02/02/2026

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi memperkasa pembangunan serta pemerkasaan seni mempertahankan diri negara, sekali gus mengiktiraf peranannya sebagai warisan bangsa dan elemen penting dalam pembinaan jati diri rakyat Malaysia.

Peruntukan itu dilihat sebagai langkah strategik untuk memastikan seni mempertahankan diri tempatan seperti silat, wushu dan taekwondo terus relevan dalam arus pemodenan, selain membuka lebih banyak peluang kepada atlet, jurulatih serta penggiat industri sukan tempur.

Inisiatif ini juga bertujuan melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cergas dari segi fizikal, malah berdisiplin, berkeyakinan serta memiliki nilai patriotisme yang tinggi.

Dengan sokongan kerajaan, seni mempertahankan diri bukan sekadar aktiviti sukan, malah platform membentuk sahsiah, memupuk perpaduan dan mengangkat imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

SUAMI 63 TAHUN DITAHAN  DISYAKI TIKAM ISTERI HINGGA MAUT DI RUMAH SENDIRI Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun dit...
01/12/2025

SUAMI 63 TAHUN DITAHAN DISYAKI TIKAM ISTERI HINGGA MAUT DI RUMAH SENDIRI

Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditahan polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian tragis di rumah mereka, awal pagi tadi.

Mangsa, wanita dalam lingkungan 50-an, dilaporkan ditemui berlumuran darah di ruang tamu sebelum jiran menghubungi pihak berkuasa setelah terdengar jeritan dan pergelutan.

Menurut polis, suspek ditahan tidak lama selepas kejadian dan siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut sebelum insiden bertukar ganas.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat, manakala polis sedang menyiasat motif sebenar serta latar belakang hubungan pasangan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Profesor Ad...
06/11/2025

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh beliau di platform Threads, disertakan gambar ketika majlis pelantikan rasmi tersebut.

Dalam hantaran itu, Siti menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak UiTM atas penghormatan besar tersebut.

“Terima kasih kepada UiTM di atas pelantikan ini. Semoga saya dapat memberi sumbangan dalam bidang seni, keusahawanan dan kepimpinan kepada generasi muda,” tulisnya.

Pelantikan ini sekali gus membuktikan kehebatan Siti bukan sahaja di pentas hiburan, tetapi juga dalam dunia akademik inspirasi buat anak seni dan usahawan muda seluruh negara

30/10/2025

Biar dunia lihat bahawa Malaysia bukan negara yang tunduk menikus mengikut tunjuk mana kuasa negara dihormati dan disegani tetapi mampu berunding dengan yakin, menjamin kedaulatan negara, mempertahankan hak nya, dan melindungi kepentingan rakyat.-YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

29/10/2025

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi memuji Malaysia selepas kejayaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Peace Accord) yang menyatukan Thailand dan Kemboja dua negara yang bergolak selama berabad lamanya.

Dalam ucapan di Seoul bersama Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung, Trump berkata beliau kagum dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menyelesaikan konflik 500 tahun itu dalam masa singkat.

“Saya cuba berunding sendiri selama dua hari, tapi Malaysia berjaya capai kata sepakat hanya dalam satu sesi diplomatik. Itu luar biasa!” kata Trump.

Kejayaan itu bukan sahaja menyelamatkan jutaan nyawa, malah mengangkat nama Malaysia sebagai pemain utama diplomasi serantau yang disegani dunia.

08/09/2025

PRIME: Bila Internet & Radio Bergerak Jadi Penyelamat

Bayangkan… rumah ditenggelami banjir, talian telefon hilang, internet terputus, dan anda langsung tak dapat hubungi sesiapa. Panik, kan? Situasi macam inilah yang cuba ditangani oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan memperkenalkan PRIME – Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak.

Nama dia panjang, tapi fungsi PRIME cukup mudah difahami – ia ibarat “pusat komunikasi bergerak” yang boleh sampai ke kawasan terjejas bila rangkaian biasa lumpuh. PRIME dilengkapi teknologi satelit, rangkaian selular mudah alih, radio dua-hala, hotspot Wi-Fi, malah dron yang mampu bantu pasukan penyelamat hantar maklumat segera.

Menariknya, PRIME bukan sekadar untuk bencana. Ia juga boleh digunakan untuk program literasi digital di pedalaman, sokongan pusat komuniti digital NADI, malah mengukuhkan capaian internet semasa acara besar. Penduduk luar bandar antara yang paling bakal rasa manfaatnya kerana PRIME mampu bawa capaian internet terus ke kawasan yang sebelum ini “blank spot”.

Buat masa ini, sebuah unit PRIME telah dilancarkan di Semenanjung, manakala dua lagi akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak menjelang hujung 2025. Pengguna utamanya termasuk NADMA, PDRM, Bomba, ATM serta agensi kerajaan negeri.

Secara ringkas, PRIME bukan sekadar teknologi baharu. Ia simbol kesiapsiagaan Malaysia – memastikan talian komunikasi sentiasa hidup, bantuan lebih cepat sampai, dan tiada komuniti terpinggir walau di mana mereka berada.

18/08/2025
18/08/2025
Lagi sekali Malaysia tunjuk taring di mata dunia! Amerika Syarikat sendiri PUJI kepimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
08/08/2025

Lagi sekali Malaysia tunjuk taring di mata dunia!

Amerika Syarikat sendiri PUJI kepimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin proses damai Kemboja–Thailand. Bukan senang nak dapat penghormatan macam ni dari kuasa besar dunia!

Daripada Kuala Lumpur, mesej keamanan Malaysia bergema ke serata dunia. Malaysia bukan lagi sekadar pemerhati kita PEMAIN UTAMA dalam diplomasi serantau!

Yang tak nampak ni memang kena pakai teropong . Fakta jelas: Malaysia makin dihormati, ekonomi makin stabil, dan peranan kita di rantau semakin kukuh.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Negara News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share