BNC Putrajaya

BNC Putrajaya Check & Balance

Warga Putrajaya tak boleh terima jika DRJ dan pegawai nya bawa budaya seperti ni di Putrajaya
15/04/2024

Warga Putrajaya tak boleh terima jika DRJ dan pegawai nya bawa budaya seperti ni di Putrajaya

Kesucian bulan syawal tahun ni tercemar dengan sikap taksub dan perasan bagus. Kadang tu kita letih bila kita bangkit pertahankan kebiadapan bangsa lain yang menghina Agama dan Raja Melayu kita tetapi dalam masa sama orang politik Islam Melayu sendiri buka ruang untuk pihak pelampau hina Agama dan Raja-Raja Melayu. Pemimpin macam ini memang kita tak boleh diterima untuk memimpin kita.

11/03/2024
UMNO Bahagian Putrajaya mengambil serius tentang kegusaran rakyat bila banyak isu kaum dan perpaduan negara dilihat tida...
10/03/2024

UMNO Bahagian Putrajaya mengambil serius tentang kegusaran rakyat bila banyak isu kaum dan perpaduan negara dilihat tidak ditangani dengan serius.

Mengejutkan apa yang Mudir Akademi Nasyrul Quran Putrajaya ucapkan malam tadi. Mungkin ada yang dah tahu tapi mungkin ju...
09/03/2024

Mengejutkan apa yang Mudir Akademi Nasyrul Quran Putrajaya ucapkan malam tadi. Mungkin ada yang dah tahu tapi mungkin juga ramai yang belum tahu.

Sheikh Abdullah Sobhi Marei ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ihya Ramadan UMNO Putrajaya semalam membocorkan rahsia bahawa KuNan merupakan antara penderma awal ketika kompleks percetakan Al Quran ini dibuka dulu.

Sheikh menceritakan bagaimana KuNan bermurah hati menyumbangkan sejumlah RM 1,000,000.00 untuk kilang percetakan ini menerbitkan Al Quran dan disedekahkan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Sheikh fikir ianya masa terbaik untuk warga Putrajaya tahu tentang budi pekerti dan sifat pemurah KuNan. Dalam nada seloroh sheikh kata “Kompleks ini masih lagi memerlukan sumbangan KuNan” 🙂

Wanita Tak Banyak Alasan! Happy International Women Day 2024. “Wanita Di Julang, Negara Gemilang”
08/03/2024

Wanita Tak Banyak Alasan! Happy International Women Day 2024.

“Wanita Di Julang, Negara Gemilang”

Sayang nya KuNan dekat anak-anak beliau di Putrajaya bukan boleh buat-buat. Ayah walaupun anak-anak dia tinggalkan dia l...
02/03/2024

Sayang nya KuNan dekat anak-anak beliau di Putrajaya bukan boleh buat-buat. Ayah walaupun anak-anak dia tinggalkan dia lupakan dia tapi dia tak lupa dan sayang anak-anak dia. KuNan bila tentang anak-anak sekolah, tiap-tiap tahun siapkan untuk bantuan gunting rambut, kelengkapan sekolah, voucher itu dan ini, bila sakit KuNan sediakan klinik rakyat Kunan, jika sampai hukum KuNan sediakan khidmat van jenazah percuma dan kit kelengkapan jenazah bagi yang memerlukan. Ini semua masih dilakukan oleh KuNan walaupun bukan lagi wakil rakyat Putrajaya. Sebab apa beliau masih buat? Sebab sayang nya dia kepada anak-anak Putrajaya dan KuNan memang

Ahli politik jangan angkuh, pecah-belahkan masyarakat demi sokongan politik.1. Ahli politik dalam negara seharusnya menj...
01/03/2024

Ahli politik jangan angkuh, pecah-belahkan masyarakat demi sokongan politik.

1. Ahli politik dalam negara seharusnya menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat supaya mempunyai adab dan menjaga keharmonian. Namun, tindakan dua orang ahli politik daripada Parti Pas YB Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Parti PKR YB Hassan Karim mencerminkan sikap mereka seperti peribahasa bagai kaduk naik junjung. Sebagai ahli politik senior kenyataan mereka terhadap Institusi Raja-Raja Melayu boleh disifatkan sebagai keterlaluan dan biadap.

2. Ahli politik lain seharusnya menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran dan mengambil iktibar bahawa kepentingan seorang ahli politik untuk sentiasa menjaga tatasusila dan adab ketika mahu menyampaikan pandangan kepada Institusi Raja-Raja Melayu. Membuat kenyataan terbuka dengan tidak memahami keseluruhan konteks titah YDPA serta Raja-Raja Melayu menunjukkan tahap pemikiran dua ahli politik ini yang hanya mencari laba politik daripada bersungguh-sungguh memahami apa yang ingin disampaikan Tuanku YDPA dan DYMM Sultan Selangor.

3. Raja-Raja Melayu ketika bertitah sentiasa menjunjung tinggi budaya Melayu yang mana teguran Baginda penuh dengan hikmah dan kiasan. Sebagai pemimpin dalam negara, seharusnya tidak mengambil ringan akan titah Raja-Raja Melayu ini kerana baginda merupakan pelindung kepada rakyat dan sudah tentu mahukan negara ini terus harmoni.

4. Mengambil kira titah YDPA ketika sesi pembukaan penggal parlimen yang lepas, rakyat biasa nampaknya lebih cerdik memahami apa yang mahu YDPA sampaikan supaya tindakan mengganggu sebuah kerajaan yang telah dibentuk dengan sah tidak akan dilayan sama sekali oleh Baginda YDPA. Baginda sudah tentu tidak mahu kejadian langkah sheraton seperti sebelum ini terjadi lagi yang hingga mengakibatkan rakyat di bawah terkesan teruk.

5. Begitu juga dengan titah DYMM Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang jelas sekali mengambil jalan bijaksana dah hemah dalam meleraikan isu yang berbangkit. Baginda dengan jelas mengarahkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk mengemukakan sebarang cadangan sebelum diangkat ke perhatian Majlis Raja-Raja termasuk jika ada keperluan untuk mencadangkan pindaan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Oleh yang demikian, kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan kerana menghina institusi Raja-Raja Melayu dengan mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana- mana Raja. Pemimpin yang dengan sengaja menimbulkan kekacauan dan keharmonian tidak boleh diberi muka lagi. Rakyat melihat ada double standard terhadap perlaksanaan undang-undang jika perkara seperti ini berterusan.

7. Memahami makna ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ sudah tentu rakyat sentiasa dibelakang Baginda Tuanku. Rakyat hanya yakin dengan Raja-Raja Melayu untuk menjadi payung mereka dan terus menegur pemimpin politik yang culas dan hanya mahu memainkan sentimen agama dan isu sensitif demi kepentingan politik mereka.

Tengku Muhammed Hafiz Bin Tengku Adnan
Ketua Penerangan Bahagian UMNO Putrajaya Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Rambut adik-adik tu dah panjang sangat. Kalau nasib tak baik masuk sekolah kena ‘botak’ masa perhimpunan nanti. Lebih ba...
25/02/2024

Rambut adik-adik tu dah panjang sangat. Kalau nasib tak baik masuk sekolah kena ‘botak’ masa perhimpunan nanti. Lebih baik ambil langkah awal, datang sini hari sabtu nanti. Jom gunting rambut, free je. Kepada ibu bapa bawa anak-anak awal jadi tak kalut.

Perdana Menteri buat keputusan tepat tangguh perlaksanaan Beras Madani1. Pujian harus diberikan kepada Dr Akmal Saleh Ke...
24/02/2024

Perdana Menteri buat keputusan tepat tangguh perlaksanaan Beras Madani

1. Pujian harus diberikan kepada Dr Akmal Saleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berterusan menyampaikan pemahaman kepada rakyat dan berani menegur cadangan-cadangan yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara terutama dalam isu beras madani. Umum mengetahui tentang cadangan oleh Pengerusi NACCOL baru-baru ini yang mahu memperkenalkan beras satu gred dengan satu harga namun cadangan tersebut jelas sekali tidak masuk akal dan tidak dibenarkan oleh undang-undang.

2. YAB Perdana Menteri dan kerajaan perlu berhenti daripada melantik individu-individu yang tidak kompeten untuk memegang apa-apa jawatan penting atau mengetuai mana-mana jawatankuasa terutama yang melibatkan perkara-perkara yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Ini kerana cadangan yang tidak mengambil kira pandangan pihak berkepentingan serta pemain industri terlibat menyebabkan kegusaran rakyat terhadap kemampuan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri mengatasi isu ini.

3. Cadangan mewujudkan sebarang jenama beras baharu ini bukan kaedah terbaik untuk meningkatkan kadar SSL beras negara. Walhal kadar SSL beras negara kini berada pada tahap yang masih membimbangkan. Oleh itu rakyat melihat bahawa ini hanyalah satu ‘marketing’ politik yang diadakan hanya semata-mata untuk membodek Perdana Menteri, yang mana akhirnya tidak menyelesaikan langsung masalah yang sebenar.

4. Perkara yang ditegaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Akmal Saleh supaya lebih ramai pihak terlibat sebelum keputusan dibuat perlu dipandang serius. Perkara melibatkan beras iaitu makanan ruji rakyat Malaysia tidak boleh diputuskan oleh beberapa orang yang diatas sahaja. Kartel-kartel ini sudah tentu mahu melindungi perniagaan mereka dan mahu mengaut keuntungan berlebihan disaat keadaan global yang memberi kesan kepada negara kita.

5. Langkah drastik yang kerajaan perlu lakukan sekarang adalah memberi penekanan kepada penguatkuasaan. Satu kaedah ‘blue ocean strategy’ perlu dilaksanakan yang mana ia perlu merentasi pelbagai agensi bukan sahaja KPDN semata-mata. Peruntukan undang-undang yang lebih ketat perlu segara diperhalusi agar ianya memenuhi keadaan semasa.

Tengku Muhammed Hafiz Bin Tengku Adnan Ketua Penerangan Bahagian UMNO Putrajaya Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Selamat menyambut tahun baru cina 2024 kepada seluruh warga Putrajaya dan semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Hati-...
09/02/2024

Selamat menyambut tahun baru cina 2024 kepada seluruh warga Putrajaya dan semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Hati-hati di jalanraya bagi yang pulang ke kampung, rehat secukupnya dan rancang perjalanan anda.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid A...
07/02/2024

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Isra: Ayat 1)

Selamat Hari Wilayah. Wilayah Persekutuan Ceria.
01/02/2024

Selamat Hari Wilayah. Wilayah Persekutuan Ceria.

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BNC Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BNC Putrajaya:

Share