eskatologiofficial

eskatologiofficial A Malaysian media outlet delivering critical news, geopolitical analysis, cultural insights, entertainment, and opinions.

28/11/2025

📹🇲🇾: Sebuah video perkongsian warga maya menunjukkan Ribut Tropika Senyar membadai Port Dickson, Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Sumber: FB Siva Kumar

BREAKING🇲🇾: MetMalaysia menasihati orang awam diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang dijangka melanda beberap...
27/11/2025

BREAKING🇲🇾: MetMalaysia menasihati orang awam diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Hujan dijangka akan merentasi Semenanjung dan bergerak ke Laut Cina Selatan di bahagian Timur.
Menurut ramalan, malam ini hujan berpotensi turun di beberapa kawasan Semenanjung, manakala lusa malam atau esok malam, hujan dijangka berlaku di bahagian pantai timur.

BREAKING🇲🇾: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan Senyar sedang bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Se...
27/11/2025

BREAKING🇲🇾: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan Senyar sedang bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Selat Melaka ketika ini!

Ribut Tropika Senyar, satu fenomena yang disifatkan sebagai luar biasa dan bersejarah kini mengancam untuk membawa impak signifikan kepada Semenanjung Malaysia dengan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan Senyar bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Selat Melaka, dikesan berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak, sebelum bergerak ke kedudukan terbarunya.

Pembentukan Ribut Tropika Senyar di Selat Melaka adalah kejadian yang sangat jarang berlaku, menjadikannya tumpuan dunia meteorologi.

27/11/2025

🇹🇭Keadaan banjir teruk di Hatyai menyukarkan pasukan penyelamat untuk memasuki kawasan terjejas. Bagi mengatasi keadaan itu, dron digunakan bagi menghantar makanan serta bekalan asas terus kepada penduduk yang terperangkap banjir.

27/11/2025

🎥🇹🇭: Beberapa penduduk di Hat Yai terpaksa memanjat tiang elektrik untuk menyelamatkan diri daripada air banjir yang semakin meningkat.
Gabenor Wilayah Songkhla telah mengisytiharkan seluruh wilayah itu sebagai zon bencana dan ng mengarahkan pemindahan sepenuhnya berikutan hujan
lebat yang tidak henti-hentiari

BREAKING🇭🇰: Sebuah kebakaran besar melanda sebuah kompleks perumahan tinggi di daerah Tai Po di Hong Kong telah mengakib...
26/11/2025

BREAKING🇭🇰: Sebuah kebakaran besar melanda sebuah kompleks perumahan tinggi di daerah Tai Po di Hong Kong telah mengakibatkan 12 kematian setakat ini.

Kebakaran dilaporkan bermula pada waktu petang di kompleks perumahan Wang F*k Court di Tai Po. Api merebak dengan cepat merentasi beberapa blok bertingkat tinggi, menyebabkan awan tebal asap dan kadar amaran kebakaran dinaikkan ke tahap maksimum (

Sekurang-kurangnya 12 maut orang termasuk seorang anggota bomba, dengan puluhan lagi cedera.

Bangunan PAS terbakar namun lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz...
26/11/2025

Bangunan PAS terbakar namun lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding pejabat pengurusan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di Kota Bharu tidak hangus walaupun premis itu terbakar semalam

BREAKING🇲🇾: Kerajaan Negeri Kedah, dipimpin oleh Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan bahawa negeri tersebut kini berada d...
14/11/2025

BREAKING🇲🇾: Kerajaan Negeri Kedah, dipimpin oleh Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan bahawa negeri tersebut kini berada dalam “fasa akhir” untuk melantik pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan dengan Pulau Pinang.

Pernyataan ini dibuat dalam konteks tuntutan Kedah terhadap perkara seperti pajakan, nilai pajakan, dan bagaimana tanah/p**au/sebahagian wilayah mungkin telah dipajak atau dikeluarkan daripada penilaian semula sejak lama.

Khususnya, dilaporkan bahawa di sekitar tahun 2021 Kedah pernah menuntut bayaran pajakan berjumlah RM100 juta daripada kerajaan persekutuan berkaitan kawasan negeri Pulau Pinang kerana katanya pajakan itu “tidak pernah dinilai semula sejak 1786”.

Kedah mahu menegaskan hak negeri dalam isu pajakan dan perkaitan tanah atau kawasan yang dikatakan berkait dengan Pulau Pinang.

Amerika Syarikat dan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan baharu dengan tarif import barangan Malaysia ke Amer...
28/10/2025

Amerika Syarikat dan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan baharu dengan tarif import barangan Malaysia ke Amerika masih kekal pada kadar 19% dengan beberapa pengecualian dikenakan.
Malaysia p**a menyatakan komitmen memberikan akses pasaran istimewa kepada barangan industri dan pertanian AS seperti kenderaan penumpang, ayam, produk tenusu, daging babi, keluli, makanan diproses dan mempermudahkan pendaftaran fasiliti serta pensijilan halal.
Pembangunan sektor mineral kritikal dan nadir bumi turut akan dilakukan menerusi kerjasama syarikat-syarikat A.S. Malaysia bersetuju untuk tidak mengharamkan, atau mengenakan kuota ke atas, eksport mineral kritikal atau unsur nadir bumi ke A.S serta memastikan tiada sekatan dikenakan ke atas penjualan magnet nadir bumi kepada syarikat A.S.
Di samping itu Malaysia turut tidak akan mengenakan cukai perkhidmatan digital yang mendiskriminasi syarikat A.S, memperkukuhkan perlindungan harta intelek, fasilitasi kastam dan menyokong pemindahan data rentas sempadan dan moratorium ke atas duti kastam untuk penghantaran elektronik.
Sebelum ini Malaysia telahpun mengesahkan perjanjian komersial pembelian 30 pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group, import LNG sehingga bernilai $3.4 bilion, pembelian semikonduktor, dan peralatan pusat data bernilai $150 bilion.

🔎Follow our backup !

26/10/2025

JUST IN: Presiden AS Donald Trump, tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menandakan lawatan pertama seorang presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad dan juga lawatan sulung Trump ke Malaysia.

Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One mendarat di Kompleks Bunga Raya KLIA, pada kira-kira jam 10 pagi, di mana beliau disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

JUST IN 🇲🇾: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dua lawatan rasmi penting daripada Presiden Brazil, Luiz ...
25/10/2025

JUST IN 🇲🇾: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dua lawatan rasmi penting daripada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menjelang pembukaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, esok.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, kedua-dua lawatan itu akan memperkukuh jaringan hubungan luar Malaysia di rantau Amerika Selatan dan Afrika.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when eskatologiofficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to eskatologiofficial:

Share

Category