
10/08/2025
Madinah merupakan lokasi suci kedua dalam Islam, dan kota inilah yang menerima Baginda SAW tatkala berlakunya penghijrahan dari Makkah.
Kota suci ini juga menjadi saksi peradaban Islam yang pesat membangun, dan di sini jugalah hayat Baginda SAW berakhir, yang jasadnya dikebumikan dalam mercu tanda Madinah iaitu Masjid An-Nabawi.
Berikut adalah antara 3 kepentingan Kota Madinah dalam Islam:-
1. Tempat Hijrah Rasulullah SAW
Madinah menjadi tempat hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari kota Mekkah, yang menjadi tanda awal terbentuknya negara Islam pertama.
2. Pusat Pemerintahan & Penyebaran Islam
Pada awalnya, kota ini menjadi pusat pemerintahan dan penyebaran ajaran Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW.
3. Tempat Pemakaman Rasulullah SAW
Madinah juga adalah rumah Rasulullah SAW selepas berhijrah dari Kota Mekkah dan Baginda juga disemayamkan di Masjid Nabawi.
Semoga setiap insan yang bergelar muslim berpeluang untuk melawati kota suci ini insya-Allah. 🤲🏻