Akademi Daie Muda YADIM

Akademi Daie Muda YADIM ADMY merupakan sebuah platform yang diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan pendakwah muda.

14/07/2026

MOHON SEKARANG!
TARIKH TUTUP 31 JULAI 2026

Alhamdulillah.Terima kasih YB Senator Puan Marhamah Rosli Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ...
28/06/2026

Alhamdulillah.
Terima kasih YB Senator Puan Marhamah Rosli Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas penghargaan dan kata-kata semangat buat warga Daie Muda YADIM.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi pendakwah muda yang berilmu, berakhlak, kreatif dan dekat di hati masyarakat.

Kini Pengambilan Akademi Daie Muda YADIM 2026 (September) dibuka!

Jika anda mempunyai minat dan semangat untuk berdakwah, inilah peluang untuk mengembangkan potensi diri bersama YADIM.

📌 Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026.
Masa depan dakwah bermula dengan satu langkah. Langkah itu bermula di Akademi Daie Muda YADIM..

🔥PENGAMBILAN PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 DIBUKA SEKARANG!🔥Adakah anda seorang anak muda yang mempunyai semangat...
16/05/2026

🔥PENGAMBILAN PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 DIBUKA SEKARANG!🔥

Adakah anda seorang anak muda yang mempunyai semangat dakwah, jiwa kepimpinan dan ingin membina masa depan ummah?

💥 Sertai Akademi Daie Muda YADIM 2026 dan rasai pengalaman latihan dakwah secara intensif bersama YADIM!

🎯 Apa yang anda bakal peroleh?
✅ Elaun RM2,500 setiap bulan
✅ Penginapan serta makan minum disediakan sepenuhnya
✅ Latihan pembangunan diri & dakwah
✅ Pengalaman lapangan bersama masyarakat

📌 Kelayakan permohonan:
▪️ Umur 21 – 30 tahun
▪️ Bujang
▪️ Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang

📅 Tarikh tutup permohonan:
🗓️ 31 JULAI 2026

📲 Imbas QR Code pada poster untuk permohonan segera!

🌟 Jangan hanya menjadi penonton perubahan…
Jadilah generasi pendakwah muda yang mencorak masa depan ummah!





🌙 MAHLIGAI WAHYU :Tadabbur Al-Quran Bersama Daie Muda YADIM📅 9 Mac 2026 – 13 Mac 2026📍 LIVE di Facebook YADIMHayati kein...
03/03/2026

🌙 MAHLIGAI WAHYU :
Tadabbur Al-Quran Bersama Daie Muda YADIM
📅 9 Mac 2026 – 13 Mac 2026
📍 LIVE di Facebook YADIM

Hayati keindahan kalam Ilahi sepanjang Ramadan bersama barisan Daie Muda YADIM yang akan membimbing kita menyelami makna dan ibrah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Jom bersama-sama menyuburkan jiwa, memperkukuh iman dan memperindah akhlak melalui tadabbur yang penuh penghayatan.




Disertakan sekapur sirih  pengerusi Pertubuhan Alumni Daie Muda
18/02/2026

Disertakan sekapur sirih pengerusi Pertubuhan Alumni Daie Muda

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN RAMADAN 1447 HIJRAHSelamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak 🌙.Semoga kehadiran bulan yang muli...
18/02/2026

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN RAMADAN 1447 HIJRAH

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak 🌙.

Semoga kehadiran bulan yang mulia ini menjadi medan penyucian jiwa, pengukuhan iman, serta peningkatan amal ibadah.

Mudah-mudahan setiap amalan diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap langkah kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan Allah SWT 🤲🏽.

“Meneruskan Legasi Dakwah, Hidup Bersama Ummah”

Dengan penuh keikhlasan,
Daripada Saf Kepimpinan Pertubuhan Alumni Daie Muda (The Benefactor)

PEMUKIMAN ALUMNI DAIE MUDA YADIM 2026Pemukiman Alumni Daie Muda YADIM 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 har...
08/02/2026

PEMUKIMAN ALUMNI DAIE MUDA YADIM 2026

Pemukiman Alumni Daie Muda YADIM 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam pada 7–8 Februari 2026 di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur, menghimpunkan seramai 100 orang Alumni Daie Muda YADIM (DMY & PDMY) dari seluruh negara.

Program ini menjadi platform penting untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh jaringan alumni serta membincangkan peranan berterusan dalam agenda dakwah dan kepimpinan Islam dalam kalangan generasi muda.

Sepanjang program, para alumni turut menerima tausiah dan pengisian bermakna daripada Datuk Dr. Hasan bin Bahrom yang memberikan panduan serta motivasi dalam meneruskan peranan sebagai pendakwah muda dalam masyarakat.

Turut hadir Tuan Haji Mahadi bin Awang, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM yang bersama-sama mengikuti perjalanan program serta memberi sokongan kepada para alumni.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan amanat dan sokongan terhadap peranan strategik Alumni Daie Muda YADIM dalam masyarakat.

Semoga semangat kebersamaan ini terus memacu gerak kerja dakwah yang lebih tersusun dan berimpak pada masa hadapan.

Pencarian Pelatih Pondok Daie Muda 2026 (PDMY 2026) kini dibuka!Tarikh tutup permohonan: 10 Mac 2026Seruan buat anak mud...
03/12/2025

Pencarian Pelatih Pondok Daie Muda 2026 (PDMY 2026) kini dibuka!
Tarikh tutup permohonan: 10 Mac 2026

Seruan buat anak muda lepasan pondok yang bersemangat dalam ilmu, dakwah dan kepimpinan Islam — inilah peluang anda untuk bersama barisan pelapis duat YADIM. Sertai kami untuk mengikuti latihan intensif, bimbingan para asatizah berwibawa, serta pengalaman tarbiah yang menyeluruh.

Ayuh rebut peluang ini dan jadilah sebahagian daripada generasi daie masa depan yang membawa risalah kebaikan kepada ummah.

Address

Aras 4, Blok D, Kompleks Islam
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Daie Muda YADIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Daie Muda YADIM:

Shortcuts

Share