Malayadailyofficial

Malayadailyofficial Suara Bangsa, Nadi Negara Sebuah majalah berita nasionalis

๐™†๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™– ๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ, ๐™๐™ข๐™ฃ๐™ค ๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™ง๐™ž ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™Ÿ๐™–๐™–๐™ฃ, ๐™†๐™–๐™ฉ๐™– ๐™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ช ๐™๐™–๐™ฏ๐™–๐™ก๐™š๐™ž๐™œ๐™ KUALA LUMPUR, 25 DIS 25 โ€” Umno wajar menilai s...
25/12/2025

๐™†๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™– ๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ, ๐™๐™ข๐™ฃ๐™ค ๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™ง๐™ž ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™Ÿ๐™–๐™–๐™ฃ, ๐™†๐™–๐™ฉ๐™– ๐™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ช ๐™๐™–๐™ฏ๐™–๐™ก๐™š๐™ž๐™œ๐™

KUALA LUMPUR, 25 DIS 25 โ€” Umno wajar menilai semula kedudukan parti Melayu itu dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya perkembangan berkaitan dakwaan Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya didapati bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan institusi raja.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pendirian itu penting bagi memastikan parti kekal menghormati undang-undang serta Perlembagaan parti yang menjadi teras perjuangan sejak penubuhannya.

Beliau menegaskan, jika kepimpinan Umno merasakan isu berkenaan bertentangan dengan dasar parti, maka pemimpinnya memegang jawatan dalam kerajaan wajar mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan disandang.

โ€œUmno ada undang-undang dan Perlembagaan sendiri yang sepatutnya kita hormati dan patuhi. Jika tidak, tiada maknanya perjuangan Umno selama ini sekiranya hanya kerana kerusi empuk,โ€ katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li turut berkata, beliau akan menarik parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya dirinya adalah presiden Umno.

โ€œYang penting ialah perjuangan. Jawatan ini semua sementara. Jika rakyat s**a, kita naik. Tetapi perjuangan itu akan kekal sampai ke generasi akan datang,โ€ katanya.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang turut mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang berdiam diri berkenaan isu Titah Adendum tersebut.

Umno tegasnya wajar mengadakan perbincangan khusus bagi menyatakan pendirian parti.

Pihaknya menegaskan, usaha mendapatkan pengampunan diraja wajar diteruskan walaupun Najib perlu menjalani hukuman sebagaimana diputuskan mahkamah.

Usaha itu katanya adalah sebagai pertimbangan kemanusiaan kerana ia merupakan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

โ€œPerjumpaan ini bukan untuk mempertikai kuasa Perlembagaan. Kita menghormati mahkamah dan menjunjung titah Agong.

"Cuma saya terkilan kerana ada pimpinan tertinggi parti yang masih memilih untuk berdiam diri,โ€ katanya. โ€“ malayadaily

๐™†๐™–๐™™๐™ž๐™ง ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ ๐™€๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™ช ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™…๐™–๐™™๐™ž ๐™‡๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐˜ฝ๐™ช๐™ง๐™ช๐™  ๐™‡๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‹ ๐™‹๐™š๐™œ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž๐™ KUALA LUMPUR, 25 DIS 25 โ€“ Ke...
25/12/2025

๐™†๐™–๐™™๐™ž๐™ง ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ ๐™€๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™ช ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™…๐™–๐™™๐™ž ๐™‡๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐˜ฝ๐™ช๐™ง๐™ช๐™  ๐™‡๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‹ ๐™‹๐™š๐™œ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž๐™ 

KUALA LUMPUR, 25 DIS 25 โ€“ Keadaan ekonomi orang Melayu terus berada pada tahap membimbangkan, khususnya dari segi penguasaan modal, sekali gus mencerminkan kedaifan struktural yang masih gagal ditangani secara berkesan sejak sekian lama.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin, berkata isu kelemahan ekonomi Melayu bukan perkara baharu, namun masih berlarutan walaupun pelbagai dasar dan program dilaksanakan kerajaan sejak merdeka.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan menteri-menteri bukan Melayu daripada DAP ke jawatan-jawatan strategik berkaitan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sambil berharap keadaan orang Melayu dan Bumiputera tidak bertambah buruk.

โ€œSaya berharap mereka membuktikan, melalui tindakan, bahawa mereka mewakili semua rakyat Malaysia,โ€ katanya, sambil menegaskan tanggungjawab Bumiputera sendiri untuk lebih tekun membangunkan kapasiti ekonomi.

Menurut beliau, laporan media arus perdana dan media sosial semakin sarat dengan kisah kesusahan hidup orang Melayu, khususnya golongan berpendapatan rendah yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau merujuk kepada laporan mengenai kanak-kanak PPR yang hidup dalam kesempitan dan terbiaran, satu realiti yang telah lama dikaji tetapi gagal ditangani secara tuntas oleh kerajaan.

โ€œTekanan kemiskinan dan peningkatan kos sara hidup menjadikan keadaan mereka semakin terdesak,โ€ katanya, sambil menyifatkan usaha sedia ada tidak memberi kesan mampan.

Mengimbas pengalaman peribadi, beliau menceritakan kegagalan program kebajikan di PPR akibat kurang disiplin, motivasi dan pengawasan ibu bapa, sekali gus mencerminkan masalah sosial yang berlapis.

Menurut beliau, PPR merupakan kesinambungan projek penempatan semula setinggan pasca-Peristiwa 13 Mei 1969, namun kualitinya masih jauh ketinggalan berbanding perumahan biasa.

Keadaan ini dijadikan alasan oleh Kerajaan Madani untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025, kononnya bagi meningkatkan taraf hidup penduduk bandar miskin.

Namun, Kadir Jasin menegaskan hampir semua projek pembaharuan bandar sebelum ini, termasuk di Kampung Kerinchi, Abdullah Hukum dan Pekeliling Flat, akhirnya memburukkan lagi peminggiran golongan miskin serta meluaskan jurang kekayaan, sekali gus menimbulkan persoalan besar terhadap hala tuju sebenar dasar pembangunan bandar negara. - malayadaily

Apabila Prosedur Menguji Kedaulatan Raja-RajaOleh:Dr. Amini Amir Abdullah, Naib Presiden PERKASAKeputusan mahkamah berka...
24/12/2025

Apabila Prosedur Menguji Kedaulatan Raja-Raja

Oleh:Dr. Amini Amir Abdullah, Naib Presiden PERKASA

Keputusan mahkamah berkaitan Addendum yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh dianggap sebagai pertikaian teknikal undang-undang. Kes ini telah berkembang menjadi ujian terhadap struktur perlembagaan negara khususnya berkaitan prerogatif Yang di-Pertuan Agong, tafsiran Perkara 40 dan 42, serta keseimbangan kuasa antara kehakiman dan institusi Raja.

Perkara 42 memperuntukkan kuasa pengampunan sebagai prerogatif Diraja bukan sebagai kuasa yang terbit daripada proses kehakiman atau ditentukan sepenuhnya oleh prosedur pentadbiran.
Tafsiran yang menjadikan ketiadaan atau kecacatan prosedur sebagai asas untuk menafikan kebijaksanaan Raja adalah satu pergeseran prinsip perlembagaan yang serius.

Jika prosedur diangkat sebagai penentu mutlak sehingga mengatasi keputusan Raja, maka ini bukan lagi Raja Berperlembagaan, tetapi Raja yang tertakluk sepenuhnya kepada tafsiran kehakiman yang berubah-ubah.

Roh Perlembagaan tidak pernah diniatkan menjadikan prerogatif Diraja sebagai kuasa residual yang boleh dinyahaktifkan melalui tafsiran teknikal.

Perkara 40 sering dirujuk secara sempit bagi menjustifikasikan keperluan nasihat dan proses. Namun, tafsiran yang jujur menuntut pengiktirafan bahawa nasihat bukan perintah dan kewujudan proses tidak boleh digunakan untuk mengosongkan makna kedaulatan Raja Raja Melayu.

Konsep Raja Berperlembagaan tidak pernah bermaksud Raja menjadi pelaksana mekanikal kepada prosedur pentadbiran. Sebaliknya, Raja kekal sebagai pemegang budi bicara berperlembagaan dalam perkara-perkara tertentu termasuk pengampunan.

Raja-Raja Melayu bukan institusi simbolik. Mereka merupakan imbangan terakhir apabila kuasa politik dan tafsiran undang-undang berisiko menjadi terlalu formalistik atau selektif.

Apabila keputusan Raja mula diuji dan ditolak atas alasan prosedur, persoalan sebenar ialah sama ada sempadan prerogatif Diraja sedang dikecilkan secara sistematik.

Ini bukan cabaran terhadap kebebasan kehakiman. Sebaliknya, ia adalah peringatan bahawa pengasingan kuasa tidak boleh ditafsir sehingga satu cabang menafikan kewibawaan cabang yang lain.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila mempersoalkan tidak konsistennya tafsiran mahkamah. Dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu teknikal berkaitan komposisi dan proses tidak dijadikan alasan untuk menafikan pengampunan.

Dalam kes ini, isu yang hampir serupa dijadikan penghalang mutlak.

Ketidaksejajaran ini bukan isu persepsi semata-mata. Ia menimbulkan persoalan sama ada prinsip perlembagaan diaplikasikan secara konsisten atau selektif, bergantung kepada konteks politik semasa.

Kenyataan menghina oleh Ahli Parlimen Puchong terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan sekadar isu adab. Ia mencerminkan kegagalan memahami graviti perlembagaan kes ini. Politik penghinaan menurunkan martabat wacana awam dan menghakis penghormatan terhadap institusi negara termasuk institusi Raja.

Perbezaan politik tidak pernah menghalalkan penghapusan adab, apatah lagi dalam isu yang bersentuhan langsung dengan prerogatif Diraja.

UMNO dan ujian maruah politik Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai figura penting. UMNO p**a merupakan tunjang kelangsungan kerajaan hari ini. Apabila penghinaan terhadap tokoh sendiri tidak dijawab, diam itu menjadi satu kenyataan politik.

PERKASA tidak mencampuri urusan dalaman UMNO tetapi realiti kuasa menuntut kejelasan, maruah yang tidak dipertahankan akhirnya akan ditafsir sebagai maruah yang sanggup dikompromi.

Addendum pada awalnya dinafikan kewujudannya.Apabila diakui, kesahihannya p**a dipersoalkan. Urutan ini mengundang persoalan sah: adakah proses ini benar-benar bertujuan menegakkan keadilan berperlembagaan atau sekadar mencari justifikasi prosedural?

Isu ini bukan lagi tentang Datuk Seri Najib Razak. Ia adalah tentang prerogatif Raja-Raja Melayu. Had tafsiran kehakiman, kejujuran aplikasi Perlembagaa, keberanian politik mempertahankan asas negara dan institusi Raja mesti dihormati sepenuhnya. Politik penghinaan mesti dihentikan.

Tafsiran perlembagaan mesti konsisten dan berprinsip. Sejarah tidak akan menilai siapa yang menang secara prosedur tetapi siapa yang berani mempertahankan keseimbangan kuasa ketika kedaulatan diuji.

Terima kasih.

๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ด ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข-๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช๐˜ญ๐˜บ.๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ

24/12/2025

Jejak Masa Malayadaily 2 - Jejak Melayu Sulawesi

๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐œ๐ก๐š๐ฅ๐š: ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐กKUALA LUMPUR โ€” Usaha memelihara Kampung Sunga...
24/12/2025

๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐œ๐ก๐š๐ฅ๐š: ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก

KUALA LUMPUR โ€” Usaha memelihara Kampung Sungai Penchala sebagai kampung warisan Melayu tidak seharusnya dilihat secara terpisah atau bersifat simbolik semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui dasar negara yang lebih menyeluruh, kata Dr Armin Baniaz Pahamin.

Menurut beliau, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang memberi jaminan untuk memelihara kampung tradisi Melayu khususnya Kampung Sungai Penchala wajar diteliti secara lebih mendalam dan kritis.

Katanya, pada zahirnya kenyataan itu kelihatan inklusif dan progresif, namun ia menimbulkan persoalan asas berkaitan identiti negara dan falsafah kenegaraan Malaysia.

โ€œMalaysia secara sejarah dan perlembagaan merupakan Tanah Melayu. Maka timbul persoalan, mengapa sesebuah kampung Melayu perlu digazetkan secara khusus sebagai โ€˜warisan Melayuโ€™ seolah-olah hanya kawasan tertentu sahaja yang layak membawa identiti tersebut,โ€ katanya.

Beliau mempersoalkan sama ada langkah sedemikian secara tidak langsung memberi gambaran bahawa warisan Melayu semakin terhakis sehingga hanya beberapa kawasan perlu โ€˜diselamatkanโ€™ melalui pengiktirafan rasmi.

Menurutnya, keadaan itu mencerminkan kegagalan struktur dalam mempertahankan identiti asal negara dalam landskap pembangunan moden.

Dr Armin turut menyentuh hakikat bahawa naratif pemeliharaan warisan Melayu ini kini digerakkan oleh seorang menteri daripada DAP, parti yang menurutnya sering menekankan konsep kesamarataan ruang dan identiti.

โ€œHal ini menimbulkan persepsi bahawa tanah air ini ditafsir sebagai ruang pelbagai kaum yang neutral, manakala identiti Melayu p**a dilokalisasikan dan dihadkan kepada zon-zon tertentu,โ€ ujarnya.

Beliau menyifatkan pendekatan tersebut seolah-olah menyamakan penempatan Melayu di Malaysia dengan konsep โ€˜enclaveโ€™ seperti Chinatown di negara Barat, bukannya sebagai identiti teras yang membentuk keseluruhan sejarah dan kenegaraan negara ini.

Dr Armin turut meluahkan rasa sedih apabila kampung tempat tinggalnya sendiri diperjuangkan sebagai warisan Melayu oleh seorang menteri bukan Melayu, sambil mempersoalkan peranan 16 orang mantan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.

โ€œIni bukan soal perkauman, tetapi persoalan tanggungjawab. Di manakah peranan mantan-mantan menteri Melayu dalam mempertahankan warisan Melayu secara tuntas dan menyeluruh,โ€ katanya.

Beliau menegaskan bahawa warisan Melayu Malaysia jauh melangkaui sempadan kampung, daerah atau negeri, malah meresap dalam struktur sosial, sistem nilai, bahasa, adat resam dan institusi masyarakat sejak sebelum kemerdekaan 1957.

โ€œMempertahankan warisan Melayu tidak boleh terhad kepada penggazetan kampung tertentu sahaja, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam dasar perancangan bandar, pendidikan, seni bina, ekonomi dan pentadbiran negara,โ€ katanya.

Menurut beliau, Malaysia bukan sekadar sebuah nama negara, tetapi Tanah Melayu yang sarat dengan nilai sejarah, seni bina tradisional dan simbol komuniti Melayu.

โ€œDalam era pembangunan pesat, mempertahankan warisan ini memerlukan keberanian politik, kejelasan dasar dan komitmen nasional agar identiti Melayu terus dibela, bukan sebagai artifak muzium, tetapi sebagai asas hidup masa depan negara,โ€ katanya.

Namun beliau meragui komitmen parti DAP dalam memperjuangkan agenda tersebut secara konsisten.

โ€œKomitmen mempertahankan budaya dan identiti Melayu ini tidak mungkin akan diperjuangkan oleh DAP, wallahu aโ€˜lam,โ€ katanya. โ€“ malayadaily

๐๐”๐“๐‘๐€: ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐“๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐€๐๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ก ๐๐ซ๐ž๐ซ๐จ๐ ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐‘๐š๐ฃ๐šKUALA LUMPUR, 23 Dis โ€” Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) b...
24/12/2025

๐๐”๐“๐‘๐€: ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐“๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐€๐๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ก ๐๐ซ๐ž๐ซ๐จ๐ ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐‘๐š๐ฃ๐š

KUALA LUMPUR, 23 Dis โ€” Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berpandangan keputusan mahkamah menolak pelaksanaan Titah Addendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak mempunyai implikasi perlembagaan serius dan bukan sekadar isu teknikal undang-undang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, isu tersebut telah melangkaui individu dan kini menyentuh doktrin prerogatif Diraja, kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu serta keseimbangan kuasa yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, hujah bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak bersifat mutlak kerana tidak dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan menerusi tafsiran Perkara 42 adalah berbahaya jika diterima tanpa penelitian menyeluruh, kerana kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja.

Beliau menegaskan bahawa meskipun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Raja tetap berdaulat dan tidak wajar ditafsir sebagai pelaksana mekanikal prosedur semata-mata, sebaliknya memiliki budi bicara berperlembagaan dalam perkara tertentu.

PUTRA turut berpandangan Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol seremonial, tetapi berperanan sebagai paksi imbangan terakhir apabila tafsiran undang-undang menjadi terlalu teknikal atau dipengaruhi tekanan politik semasa, justeru Majlis Raja-Raja wajar meneliti implikasi keputusan tersebut.

Ibrahim turut membangkitkan perbandingan dengan kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, apabila isu teknikal berkaitan Lembaga Pengampunan tidak dijadikan halangan mutlak, sekali gus menimbulkan persoalan ketidakkonsistenan aplikasi prinsip perlembagaan.

Dalam kenyataan sama, PUTRA mengecam kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang disifatkan menghina Datuk Seri Najib Razak, sambil mempersoalkan sikap berdiam diri pimpinan UMNO walaupun tokoh parti itu dihina oleh rakan dalam kerajaan.

PUTRA menegaskan isu ini kini menyentuh soal prerogatif Raja-Raja Melayu, keadilan berperlembagaan dan maruah politik, serta menyeru semua pihak menghormati institusi Diraja dan menghentikan politik penghinaan. - malayadaily

23/12/2025

Jejak Masa Malayadaily 1 - Kampung Melayu Di Jakarta

22/12/2025

Berita MalayaDaily - 22 Dis 25

21/12/2025

Berita MalayaDaily - 21 Dis 25

Naib Presiden PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata isu ART bukan sekadar perkara teknikal, sebaliknya melibatkan perjanj...
21/12/2025

Naib Presiden PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata isu ART bukan sekadar perkara teknikal, sebaliknya melibatkan perjanjian berat sebelah yang memberi kesan langsung kepada kedaulatan institusi dan beban kewangan jangka panjang negara.

Naib Presiden PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata isu ART bukan sekadar perkara teknikal, sebaliknya melibatkan perjanjian berat sebelah yang memberi kesan langsung kepada kedaulatan institusi danโ€ฆ

Beliau mempersoalkan sama ada pelantikan tersebut dibuat berdasarkan kelayakan dan kewibawaan, atau sekadar memenuhi per...
21/12/2025

Beliau mempersoalkan sama ada pelantikan tersebut dibuat berdasarkan kelayakan dan kewibawaan, atau sekadar memenuhi percaturan politik gabungan, sambil menegaskan jawatan menteri bukan hadiah kesetiaan parti atau alat menutup kelemahan kestabilan koalisi.

Beliau mempersoalkan sama ada pelantikan tersebut dibuat berdasarkan kelayakan dan kewibawaan, atau sekadar memenuhi percaturan politik gabunganโ€ฆ

Mohd Akmal Mohd Yusoff, berkata ribuan rakyat khususnya daripada golongan B40 dan M40 terperangkap dalam kitaran hutang ...
20/12/2025

Mohd Akmal Mohd Yusoff, berkata ribuan rakyat khususnya daripada golongan B40 dan M40 terperangkap dalam kitaran hutang dengan kadar faedah melampau sehingga mencecah ratusan peratus, jauh melebihi had yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Mohd Akmal Mohd Yusoff, berkata ribuan rakyat khususnya daripada golongan B40 dan M40 terperangkap dalam kitaran hutang dengan kadar faedah melampau sehingga mencecah ratusan peratusโ€ฆ

Address

Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malayadailyofficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malayadailyofficial:

Share