Radio KPKT

Radio KPKT Saluran Komuniti No.1 Anda! 💜 Radio Dalam Talian 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu. Sebelum ini Radio KPKT dikenali sebagai Radio JKT.
(1)

Dengar melalui http://radio.kpkt.gov.my/ atau Aplikasi Mudah Alih Radio KPKT (Muat Turun melalui Google Play Store). Para penyampai radio bersiaran pada setiap Isnin - Jumaat dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Pada 9 September 2020, penjenamaan semula Radio JKT kepada Radio KPKT telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Zainal Abidin bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Teruskan menyokong dan mendengar Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda.

10/09/2026

PROGRAM SANTUNI MADANI @ PPR LEMBAH SUBANG 2

Jabatan Perumahan Negara (JPN) meneruskan usaha memperkasa komuniti melalui Program Santuni MADANI @ PPR Lembah Subang 2 yang akan berlangsung pada 12 hingga 13 September 2026 bertempat di PPR Lembah Subang 2.

Program ini merupakan inisiatif JPN dalam mendekati komuniti PPR melalui pelbagai pengisian melibatkan khidmat rakyat dan kebajikan, kesedaran keselamatan dan kesihatan, kelestarian alam sekitar serta aktiviti seni, budaya dan kekeluargaan.

Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), SWCorp, ASWARA serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.

Ayuh warga PPR Lembah Subang 2 hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program serta bersama-sama membina komuniti yang lebih sejahtera, selamat dan lestari.

“SANTUNI KOMUNITI, MEMBINA KESEJAHTERAAN”





💜 WAWANCARA 9 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai ...
09/09/2026

💜 WAWANCARA 9 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Anaz membincangkan tajuk “Tribunal dan Komuniti: Penyelesaian Pertikaian Secara Berkesan” bersama panel jemputan, YBrs. Puan Hajah Zalina binti Haji Awang @ Mamat, Pengerusi Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS).

Perbincangan ini mengupas peranan TPPS di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menaungi dua tribunal berbeza, iaitu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) di bawah Akta 118 bagi pertikaian pembeli rumah baharu dengan pemaju, serta Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di bawah Akta 757 bagi isu penyelenggaraan dan pengurusan bangunan strata.

Puan Hajah Zalina menjelaskan bahawa TPPS diwujudkan sebagai saluran alternatif yang murah, pantas, dan mudah tanpa memerlukan khidmat peguam, di mana TTPR mengendalikan tuntutan rumah kediaman sehingga RM50,000 dengan fi RM10, manakala TPS menguruskan tuntutan strata sehingga RM250,000 dengan fi RM100. Selain menerangkan prosedur pemfailan Borang 1 dan kemudahan sistem e-TPS bagi kes strata, beliau turut menegaskan bahawa kepatuhan terhadap Award Tribunal adalah wajib, di mana kegagalan mematuhinya merupakan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 3 tahun.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
🔗https://www.facebook.com/share/v/1LfWGPhXMw/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!💜





09/09/2026

Bagi memperkasakan hak-hak pengguna perumahan dan penduduk strata, KPKT menerusi pentadbiran Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) satu mekanisma khas yang direka untuk menyelesaikan aduan serta kes pertikaian secara lebih berkesan, pantas, dan mengikut lunas undang-undang.

Ikuti penjelasan lanjut mengenai peranan serta bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS), termasuk prosedur pemfailan, hak undang-undang, serta tindakan tegas terhadap isu ingkar award.

📌 Puan Hajah Zalina binti Haji Awang @ Mamat
Pengerusi
Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
9 September 2026 (Rabu)

Masa:
2:30 Petang

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





TRIBUNAL DAN KOMUNITI: PENYELESAIAN PERTIKAIAN SECARA BERKESAN🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙Bagi memperkasakan hak-hak pengguna p...
08/09/2026

TRIBUNAL DAN KOMUNITI: PENYELESAIAN PERTIKAIAN SECARA BERKESAN

🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙

Bagi memperkasakan hak-hak pengguna perumahan dan penduduk strata, KPKT menerusi pentadbiran Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) satu mekanisma khas yang direka untuk menyelesaikan aduan serta kes pertikaian secara lebih berkesan, pantas, dan mengikut lunas undang-undang.

Ikuti penjelasan lanjut mengenai peranan serta bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS), termasuk prosedur pemfailan, hak undang-undang, serta tindakan tegas terhadap isu ingkar award.

📌 Puan Hajah Zalina binti Haji Awang @ Mamat
Pengerusi
Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
9 September 2026 (Rabu)

Masa:
2:30 Petang

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





💜 WAWANCARA 2 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai ...
02/09/2026

💜 WAWANCARA 2 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Anaz membincangkan topik penganjuran Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 bersama tetamu jemputan, YBrs. Puan Nur ‘Aishah binti Md Norodin, Pengarah Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Sesi ini mengupas hala tuju KPKT dalam memperkasakan peranan PBT agar lebih dinamik, cekap, dan mesra rakyat menerusi pengurangan birokrasi serta pendigitalan perkhidmatan. Puan Nur ‘Aishah turut menjelaskan peranan JKT sebagai penghubung dasar dan pemantau prestasi menerusi Sistem Penilaian Bintang PBT serta Sistem Lampu Isyarat (Traffic Light). Mengangkat tema “Sinergi MADANI – PBT Lestari, Persekitaran Harmoni”, konvensyen yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang ini menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta untuk membincangkan penyelesaian inovatif, merangka kerjasama pelbagai pihak, serta menyampaikan pelbagai anugerah pengiktirafan kecemerlangan kepada PBT. Melalui wawancara ini, KPKT menyeru warga PBT agar berani beranjak daripada amalan biasa ke arah penyampaian perkhidmatan yang berintegriti demi kesejahteraan persekitaran dan komuniti.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
🔗https://www.facebook.com/share/v/19JLpJDiMj/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!💜





KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026🎙SEGM...
01/09/2026

KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya jauh melebihi urusan pentadbiran semata-mata. Ia menyentuh kebersihan kawasan, keselamatan, kesihatan persekitaran, serta kelestarian bandar yang memberi impak langsung kepada kualiti hidup harian kita dan generasi akan datang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penganjuran Konvensyen PBT 2026, pemantauan prestasi PBT, serta usaha mewujudkan persekitaran yang lestari dan harmoni, Bersama tetamu undangan:

📌 Puan Nur ‘Aishah Md Norodin
Pengarah
Bahagian Inspektorat
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
2 September 2026 (Rabu)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





30/08/2026

Jiran bukan sekadar orang sebelah rumah, tapi keluarga terdekat kita. 🤝✨

Teknologi mungkin menghubungkan kita, tapi ihsan dan keprihatinanlah yang menyatukan hati. Ayuh kita eratkan ukhuwah dan saling melengkapi demi Malaysia tercinta! 🇲🇾❤️

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🇲🇾Bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026, Dataran Putrajaya baka...
30/08/2026

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🇲🇾

Bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026, Dataran Putrajaya bakal menjadi saksi kebersamaan seluruh warga tanah air sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Berpaksikan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, kehadiran anda dan keluarga amat dinantikan. ❤️🤍💙💛

Mari kita zahirkan penyatuan jiwa, kasih, dan kebanggaan demi Malaysia tercinta!

30/08/2026

Esok, negara kita bakal menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026! 🇲🇾✨

Masa untuk kita kembali bersatu menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan. Sambutan tahun ini dilengkapkan lagi dengan lagu tema “𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢”, ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir.

Setiap bait liriknya membawa janji, setiap iramanya menyatukan hati menginspirasikan kita untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. ❤️🤍💙💛

30/08/2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 dan logo Malaysia MADANI p**a dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan tahun ini. ♥️✨

Address

Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio KPKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Radio KPKT:

Shortcuts

Share