07/01/2026
📢 TAWARAN MENYERTAI AKADEMI AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN (AQWA) 2026 📢
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) Tahun 2026.
✨ Siapa yang layak memohon?
✅ Warganegara Malaysia beragama Islam
✅ Anak kelahiran / bermastautin di Wilayah Persekutuan
✅ Kategori Remaja: 13–17 tahun
✅ Kategori Dewasa: 18–50 tahun
✅ Mempunyai asas tarannum (bayati, soba, hijaz, nahwand, rast, jiharkah & sikah)
📖 Kelebihan Program AQWA:
🔹 Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman (Johan2 Antarabangsa)
🔹 Kelas diadakan 2 kali sebulan (Sabtu & Ahad)
🔹 Yuran pengajian PERCUMA
🔹 Pelajar terpilih berpeluang mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran
🔹 Lokasi: Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
📝 Cara Memohon:
➡️ Imbas kod QR pada poster ATAU klik https://drive.google.com/file/d/1KKyRxpR6TeX5cjvPz1pKHzcJmbJYsRzK/view?usp=drivesdk
➡️ Muat turun borang di laman web JAWI
➡️ Hantar borang lengkap sebelum tarikh tutup ke E-mail : [email protected]
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 16 Januari 2026
📲 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Generasi Al-Quran Teras Pembangunan Ummah.
Sebarkan maklumat ini kepada yang berminat 🌙📖