01/06/2026
4 maut, 2 cedera nahas 5 kenderaan
Ni video kejadian : https://vt.tiktok.com/ZS92SRmLNah3r-8KUM1/
ni akaun si pelaku : https://vt.tiktok.com/ZS92SRmLNah3r-8KUM1/
Kluang: Empat maut manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, hadapan penjara Simpang Renggam di sini, tengah hari tadi.
Nahas dipercayai berlaku kira-kira 1 tengah hari tadi membabitkan Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes Benz, BMW dan Toyota Vios.
Keempat-empat mangsa yang maut ialah Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; Semek Mat Soh, 73, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.
Difahamkan, kesemua mangsa maut beralamat di Taman Setia, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ismail Mamat, kesemua mereka yang maut menaiki Toyota Vios dengan seorang daripada mereka tercampak keluar dan terjatuh atas bumbung Mercedes Benz.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 tengah hari sebelum menggerakan lima anggota ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi kami mendapati kemalangan berlaku membabitkan lima kenderaan.
"Mangsa lain yang cedera ialah pemandu Perodua Alza, Husnizam Hisamudin, 38, serta pemandu BMW yang belum diketahui identiti," katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, lain-lain mangsa yang selamat ialah Muhammad Amirul Hazim Misnon, 22, yang juga pemandu Proton Wira.
"Empat lagi mangsa terselamat ialah mereka yang menaiki Mercedes Benz iaitu Mohd Azhar Ahmad, 63; anaknya Muhammad Hariz Mohd Azhar, 23; Rahimar A Rahman, 57, dan seorang lagi penumpang wanita yang belum diketahui identiti," katanya.
Disiarkan pada: Jun 1, 2026 @ 4:18pm
Alias Abd Rani
[email protected]
Artikel ➡️ Harian Metro