Turki Uthmaniyyah

Turki Uthmaniyyah Arkib Turki Uthmaniyyah | Ottoman Empire Archieve

Siapa sebenarnya Penakluk Kota Konstantinopel?Sultan Muhammad Al-Fatih sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa...
21/09/2018

Siapa sebenarnya Penakluk Kota Konstantinopel?

Sultan Muhammad Al-Fatih sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir. Tindakan Sultan Muhammad Al-Fatih ini menjadi ikutan Ulama' dan menteri untuk turut sama bekerja. Baginda seorang yang tenang, pendiam, berani, sabar, dan tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan Ulama' dan selalu berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara. Ulama' dijadikan orang kanan dan rujukan dalam membantu Baginda dalam segala urusan pentadbiran negara.

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan, timbul masalah siapakah yang layak menjadi Imam. Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk berdiri lantas bertanya ,"Siapakah diantara mereka sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk! Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardu.

Baginda bertanya lagi ,"Siapakah diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk! Sebahagian tenteranya duduk.

Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fatih bertanya lagi, "Siapakah diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam sila duduk. Kali ini semuanya duduk kecuali Baginda. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah disyariatkan oleh Rasullulah s.a.w dalam hadisnya.

"....Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...."
(HRiwayat Imam Ahmad)

Telemovie berkaitan: Diriliş Ertuğrul

6 fakta menarik tentang sejarah tamadun Kekhalifahan Empayar Seljuk hinggalah Negara Turki Moden sekarang.
18/02/2017

6 fakta menarik tentang sejarah tamadun Kekhalifahan Empayar Seljuk hinggalah Negara Turki Moden sekarang.

Diriliş Osmanlı 2017 - MelayuthmaniyyahDengan Nama Robb Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang, selawat dan salam keata...
18/02/2017

Diriliş Osmanlı 2017 - Melayuthmaniyyah

Dengan Nama Robb Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang, selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabiyuna Muhammad s.a.w, dan sekalian Para Ahlillah.

Ruangan penulisan dan info tentang Sejarah Ketamadunan Empayar Turki Uthmaniyyah telah diambil alih. Untuk tahun 2017 ini, kami dari kump**an redaksi dan media Empayar Turki Uthmaniyyah akan menyajikan artikel dan info yang sebaik mungkin kepada para peminat sejarah ketamadunan Islam amnya, peminat sejarah ketamadunan Islam Uthmaniyyah khusunya.

Siri KEBANGKITAN akan berlaku.

Sidang redaksi,
Empayar Turki Uthmaniyyah.

Darwis Maulawiyyah dari Empayar Uthmaniyyah, Kota Istanbul Turki, tahun 1890-an.(Ottoman Mevlevi Dervishes).
17/06/2016

Darwis Maulawiyyah dari Empayar Uthmaniyyah, Kota Istanbul Turki, tahun 1890-an.

(Ottoman Mevlevi Dervishes).

Sultan Abdul Hamid II melawat Masjid Aya Sofya dan Masjid Eyub setelah beliau baru naik takhta.Istanbul,1876.-adminEmpay...
15/06/2016

Sultan Abdul Hamid II melawat Masjid Aya Sofya dan Masjid Eyub setelah beliau baru naik takhta.

Istanbul,
1876.

-admin
Empayar Turki Uthmaniyyah

27/12/2015

Peradaban Islam Turki

© P E R A D A B A N • D A L A M • S E N I
27/12/2015

© P E R A D A B A N • D A L A M • S E N I

Penggembaraan Zoraya Vadillo dalam mendalami sejarah agung Empayar Uthmaniyyah masih diteruskan. Jangan lupa menyaksikan...
26/11/2015

Penggembaraan Zoraya Vadillo dalam mendalami sejarah agung Empayar Uthmaniyyah masih diteruskan. Jangan lupa menyaksikan THE TRUTH: ISLAM IN ANATOLIA pada malam ini jam 9.00malam hanya di TVAlhijrah, TV KITA UNTUK SEMUA.

Menangi pakej percutian ke Turki. Nantikan soalan kuiz terkumpul setiap minggu yang akan di paparkan di penghujung setiap episod.

Maklumat lanjut, layari : www.tvalhijrah.com/thetruth

JATA EMPAYAR ISLAM TURKI UTHMANIYYAH Selepas Perang Crimea (Oktober 1853 – Februari 1856), sejarah menyaksikan Empayar R...
02/11/2015

JATA EMPAYAR ISLAM TURKI UTHMANIYYAH

Selepas Perang Crimea (Oktober 1853 – Februari 1856), sejarah menyaksikan Empayar Rusia telah mengalami kekalahan kepada tentera bersekutu yang terdiri daripada Perancis, Inggeris, Empayar Turki Uthmaniyyah dan kerajaan Sardinia.

Ini membawa kepada Perjanjian Paris 1856.Semua negara-negara terbabit duduk di dalam satu majlis dan menandatangani perjanjian yang penting ini; di mana Perancis dan Inggeris cuba untuk menghalang Rusia yang semakin kuat dan meluas wilayahnya dari mengambil kesempatan ke atas tanah-tanah Empayar Turki Uthmaniyyah yang sedang mengalami zaman kemerosotan.

Di dalam majlis itu,pihak Turki melihat semua negara-negara Eropah memiliki jata standard mereka masing-masing mengikut tradisi Eropah.Pemerintah Turki ketika itu, Sultan Abdul Majid I ingin juga memperlihatkan prestij dan maruah empayarnya di hadapan negara-negara Eropah.Tambahan p**a ketika itu negara-negara Eropah yang menjadi sekutunya meminta apa-apa jata standard dari pihak Turki bagi diletakkan sebaris dengan jata-jata yang mewakili negara-negara bersekutu dalam Perang Crimea itu.

Terdapat teori lain mengatakan bahawa jata ini direka oleh pereka dari Eropah atas permintaan pihak Inggeris yakni Ratu Victoria sendiri untuk meletakkan jata Empayar Turki di Windsor sebagai prosedur untuk penganugerahan Order of The Garter kepada Sultan Abdul Majid I.

Sebenarnya setiap sultan atau khalifah Empayar Turki Uthmaniyyah memiliki apa yang dinamakan sebagai Tughra yakni tandatangan kaligrafi yang unik dan bergaya kreatif. Empayar juga memiliki lambang sendiri dan bendera sendiri (berasaskan bulan bintang) sebagai simbol empayar. Namun dalam kes abad ke-19 itu, Pihak Turki didorong untuk mereka sebuah jata berasaskan standard jata dalam tradisi Eropah semata-mata untuk memenuhi permintaan sekutu-sekutunya (dalam Perang Crimea) juga untuk memperlihatkan prestij dan maruah empayar yang ditakrifkan dalam satu jata khas sebagaimana standard negara-negara Eropah. Ini juga bertujuan sebagai pengiktirafan kepada Turki untuk menyertai apa yang dikenali sebagai Kuasa-kuasa Besar; yang mana muncul setelah kemenangan pihak bersekutu ke atas Rusia dalam Perang Crimea.

Sekarang mari kita lihat perincian dalam jata yang indah ini, yang mana rekaan yang terkini disempurnakan ketika pemerintahan Sultan Abdül Hamid II pada 17 April 1882. Dalam jata ini, ia mengandungi 37 lambang, objek atau bentuk.

Kita mulakan dari bahagian atas. Terdapat 3 objek di sana iaitu:

1) Matahari:
Sebagai simbol pencerahan atau cahaya yang menerangi seluruh empayar

2) Tughra:
Tandatangan khas Sultan Abdul Hamid II. Di bawahnya tertulis dalam bahasa Arab: “Pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid yang percaya kepada Tuhan.”

3) Bulan Sabit:
Melambangkan Agama Islam

4) Serban:
Melambangkan penguasaan, juga melambangkan pengasas empayar, Osman Ghazi.

5) Dua lembing:
Melambangkan penjagaan atau perlindungan.

Kemudian kita lihat bahagian tengahnya. Di sana terdapat:

1) Perisai:
Di dalamnya ada sejumlah bintang, standard sebenar dikatakan 12 bintang, namun dalam lain-lain versi terdapat 8,10 atau 16. Juga terdapat bulan sabit dalam sesetengah versi.

2) Dua Bendera:
Bendera sebelah kanan (merah) melambangkan kerajaan Turki, manakala bendera sebelah kiri (hijau) melambangkan Kepemimpinan Khilafah Islam.

3) Dua Lembing:
Sebagai panji-panji kepada bendera.

Barisan objek di sebelah kanan, yang terdiri dari pelbagai senjata pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, dari atas:

1) Kapak Perang Tunggal

2) Kapak Perang Berkembar

3) Lembing

4) Pedang

5) Meriam

6) Gedak Besi

Objek sebelah kiri, bermula dari atas:

1) Kapak Perang Tunggal (dalam sesetengah versi, bayonet rifel)

2) Kapak Perang Berkembar

3) Pistol

4) Cokmar

5) Neraca: Melambangkan keadilan

6) Buku:
Atas melambangkan al-Qur'an, bawah melambangkan perundangan.

Kemudian lihat di sebelah bawah perisai:

1) Sebelah kanan:
Perisai, sesetengah versi menggambarkan topi besi.

2) Jambangan bunga di dalam tanduk. Dalam tradisi Eropah disebut sebagai Cornucopia.

3) Obor

4) Trompet/siren amaran & juga digunakan tanda arahan menyerang semasa perang

5) Bekas anak panah

Kedua objek ini bersilang dengan trompet di tengah-tengah.

6) Sebelah kanan terdapat peluru meriam, dengan jumlahnya bervariasi antara 2 atau 3 biji.

7) Sebelah kiri terdapat sauh, melambangkan armada laut

Di bawah semua ini adalah motif bunga-bungaan dan di bawah motif ini terdapat 5 medal atau lencana kebesaran yang seolah-olah tergantung pada jata ini:

1) Şefkat Nişanı,

2) Nişan-ı Osmani,

3) Nişan-ı iftihar,

4) Mecidi Nişanı,

5) Nişan-ı Ali imtiyaz

Kesemua objek-objek pada jata ini melambangkan maksud-maksud tersendiri terutama sejumlah besar senjata yang diletakkan di kanan dan kiri jata. Ini melambangkan keupayaan dan kekuatan empayar sebagai kuasa tentera dan semangat 'ghazi' yang memiliki sejarah yang panjang dalam peperangan di Eropah dan lainnya.

Apabila jata dibuat, ia akan melambangkan sesebuah entiti yang diwakilinya. Jata Empayar Turki Uthmaniyyah ini melambangkan sikap penghormatan terhadap negara, empayar dan kedaulatannya. Ini termaktub dalam rekaan indah pada jata yang mengagumkan ini.

- sumber.

Saksikan 'The Truth: Islam in Anatolia' pada minggu hadapan, khas buat anda oleh TVAlhijrah
15/10/2015

Saksikan 'The Truth: Islam in Anatolia' pada minggu hadapan, khas buat anda oleh TVAlhijrah

22 October, Thursday, 9pm

Putera Raja Harun menziarahi makam Sultan Osman Ghazi, iaitu pengasas empayar Islam Turki Uthmaniyyah di Istanbul, Turki...
11/10/2015

Putera Raja Harun menziarahi makam Sultan Osman Ghazi, iaitu pengasas empayar Islam Turki Uthmaniyyah di Istanbul, Turki.

[Empayar Uthmaniyyah]

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Turki Uthmaniyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share