Viva Media

Viva Media visualisasi & informasi semasa


Viva Media Malaysia

26/05/2025

Nampak macam burung punk tapi sebenarnya fosil hidup dari zaman purba!

Inilah hoatzin.. burung pelik dari Amazon yang bau macam baja, berbunyi macam reptilia dan makan daun yang burung lain tak mampu hadam. Yang paling rare? Anak burung ini lahir siap ada cakar di sayap! Bila terancam, dia terjun, berenang dan panjat semula pokok seperti dinosaur kecil!

Dengan muka seperti biawak dan jambul mohawk yang ganas, hoatzin bukti alam semulajadi memang penuh kejutan!

Pernah tengok burung macam ni?

LIKE kalau kagun, KOMEN "burung pelik ni power" dan jangan lupa SHARE untuk kawan yang s**a fakta rare!

16/05/2025
13/05/2025

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA NAHAS KEMALANGAN JALAN RAYA PSP UNIT 5

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya membabitkan Pas**an Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, pagi tadi.

Dalam insiden tragis itu, sembilan daripada 18 anggota PSP disahkan terkorban akibat pertembungan sebuah lori muatan pasir dengan trak PSP yang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tamat penugasan Op Chariot sempena perayaan Chitapournami di Hilir Perak.

Seluruh warga Pas**an amat berdukacita dengan musibah yang berlaku dan mendoakan semua ahli keluarga mangsa terlibat diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Kami memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan jua mangsa-mangsa yang sedang dirawat di Hospital Teluk Intan diberi kesembuhan segera dan dapat kembali berkhidmat demi pas**an dan negara.





#13052025

18/02/2025
05/02/2025

Jangan Lupa Follow & Like ❤️. Sharaputdin, atau lebih dikenali sebagai "The Pirate," adalah contoh hidup yang penuh dengan kejutan dan perubahan. Dulu seorang budak nakal yang tak mahu ikut aturan tradisi, bahkan sampai dikeluarkan dari kem latihan ayah Khabib, Abdulmanap, kerana degil. Tetapi siapa sangka, dia kini menjadi salah seorang petarung paling menggerunkan di UFC, dengan gaya bertarung yang diiktiraf sebagai seni yang tiada tandingan.

Perjalanannya tak semudah yang disangka. Dari seorang yang mencari perhatian dengan gaya rambut panjang untuk tampil macho, dia akhirnya merantau ke Thailand untuk menguasai Muay Thai dan Kickboxing. Di situlah dia menemui sisi baru dalam dirinya, sehingga sanggup bertarung meskipun hanya dengan satu mata. Itu baru cerita "The Pirate" – penuh dengan tipu daya, strategi, dan teknik yang setaraf legenda Muay Thai seperti Saenchai.

Dengan setiap langkah, dia bukan sahaja mengubah nasibnya, tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka yang berani melawan batasan. Walaupun sering disebut-sebut oleh orang Dagestan sebagai "The Prince of Muay," perjalanan Sharaputdin ini lebih daripada sekadar menang perlawanan. Ia adalah tentang berani menempuh jalan yang penuh cabaran dan membuktikan bahawa kita semua punya potensi untuk jadi lebih daripada apa yang orang sangka.

Mungkin inilah sebabnya kenapa aura dan karakter Sharaputdin semakin dikenali – "The Pirate" yang bukan hanya menakutkan di dalam oktagon, tetapi juga seorang simbol keberanian yang tak boleh dipandang enteng. Jangan pernah pandang rendah pada dia, kerana dia datang bukan sekadar untuk menang, tetapi untuk merubah sejarah.

12/10/2024

BWF World Tour Super 500 Arctic Open

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke final beregu lelaki selepas menumbangkan beregu no 1 dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang 19-21 21-17 21-18 di separuh akhir

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viva Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share