Madaninomics

Madaninomics Malaysia | Global 🇲🇾 Hubungi untuk kolaborasi dan promosi kandungan anda ▶️ https://madaninomics.com
(4)

14/08/2026

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan pimpinan dan ahli parti supaya menetapkan garis merah (red line) yang jelas dalam membuat sebarang kompromi politik demi memelihara integriti perjuangan.

Beliau membezakan antara kompromi membina jambatan kerjasama demi kebaikan negara, seperti usaha menumbangkan rejim kleptokrasi suatu ketika dahulu dengan kompromi yang merosakkan kerana memberi ruang kepada amalan rasuah untuk terus bertapak.

Beliau turut secara terbuka membangkitkan persoalan kritikal mengenai tindakan sesetengah ‘parti kawan’ yang terus-menerus mendesak pembebasan tokoh kleptokrat, yang menurutnya boleh menjadi titik ‘garis merah’ dalam menentukan batas kompromi kerajaan. Nurul Izzah menegaskan bahawa ketidakadilan dan fenomena ‘dua darjat’ dalam pelaksanaan undang-undang telah menyebabkan rakyat semakin muak dengan politik kepartian.

Tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai entiti politik lain tidak menggugat kestabilan organisas...
14/08/2026

Tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai entiti politik lain tidak menggugat kestabilan organisasi itu secara keseluruhan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.

Walaupun terdapat ahli yang beralih arah atas alasan hilang kepercayaan, beliau berkata AMK menghormati keputusan itu sebagai hak peribadi masing-masing, dan jumlah yang keluar tidak signifikan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Kongres Nasional AMK di MITC, Melaka, bagi mengulas dakwaan pengasas bersama Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa kira-kira 25 peratus keahlian parti baharu itu terdiri daripada bekas ahli PKR.

14/08/2026

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi peringatan mesra namun tegas kepada kepimpinan dan ahli parti bahawa tampuk pemerintahan bukanlah suatu kelebihan yang dipegang selama-lamanya.

Berucap pada majlis perasmian Kongres AMK dan Wanita PKR 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC) Melaka, beliau mengakui bahawa fasa menjadi pembangkang dan mengkritik adalah jauh lebih mudah berbanding tanggungjawab mengurus serta mentadbir kerajaan secara adil dan saksama.

Nurul Izzah turut memberi amaran mengenai pelbagai godaan kuasa yang kerap hadir berbalut kepentingan jangka pendek, alasan pragmatik, mahupun bisikan kompromi integriti. Beliau mendesak setiap pimpinan parti supaya senantiasa bermunasabah mengenai niat asal perjuangan dan bukannya sekadar bergantung kepada kelicikan taktik politik, demi memastikan mandat kerajaan yang diamanahkan rakyat dimanfaatkan sepenuhnya.

14/08/2026

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi amaran tegas terhadap sebarang cubaan mewujudkan ‘parti dalam parti’ atau perpecahan berasaskan fraksi dalam pentadbiran parti.

Berucap pada majlis perasmian Kongres AMK dan Wanita PKR 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC) Melaka, beliau menegaskan bahawa organisasi tidak akan mampu bertahan sekiranya wujud dua nakhoda yang mengemudi satu kapal atau wujudnya ‘tangan ghaib’ yang cuba mengawal struktur kuasa dari belakang.

Mengingatkan perwakilan supaya tidak membuang masa dengan pertelingkahan dalaman, Nurul Izzah menekankan bahawa setiap jam yang digunakan untuk bertelagah sesama sendiri merupakan masa yang terlepas bagi memenangi hati dan jiwa rakyat. Beliau menyertakan petikan konsep winner’s curse bagi memberi peringatan bahawa kemenangan yang dikecapi menuntut pengorbanan serta kebertanggungjawaban untuk memfokuskan usaha kepada agenda merakyatkan ekonomi serta menghadapi persaingan pilihan raya yang sebenar (fastabiqul khairat).

14/08/2026

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengejutkan ribuan perwakilan Kongres PKR 2026 di MITC Melaka apabila mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri daripada kepimpinan parti dan memilih untuk meneruskan perjuangan menerusi platform masyarakat madani.

Mengimbas perjalanan politiknya yang sarat cabaran, beliau menegaskan keutamaan untuk kekal jujur pada diri sendiri (remain true to yourself) di sebalik pelbagai tanggapan masyarakat terhadap dinamik kerjaya politiknya.

Dalam ucapan perasmiannya, Nurul Izzah menyampaikan ingatan mendalam berhubung konsep amanah yang menurutnya menjadi teras kepada perjuangan reformasi. Beliau memberi amaran bahawa tanpa amanah, kuasa akan kehilangan batas dan reformasi akan sekadar menjadi slogan kosong yang gagal mengubah nasib rakyat, sambil menggesa sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR untuk terus mempertahankan nilai berkenaan demi masa depan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) ketika pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB ...
14/08/2026

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) ketika pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB turut menjadi anggota Lembaga Pengarah 1MDB, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Bercakap pada sesi penerangan menteri mengenai Laporan RCI TH di Dewan Rakyat, beliau berkata keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan konflik kepentingan, sama ada pembelian itu untuk kepentingan terbaik TH atau bagi membantu menyelesaikan masalah pihak lain, memandangkan ia dibuat ketika kontroversi 1MDB memuncak.

Beliau turut membangkitkan persoalan pelaburan TH dalam Putrajaya Perdana Bhd, termasuk pelantikan Pengerusi TH ketika itu sebagai Pengerusi syarikat berkenaan.

13/08/2026

Ahli Parlimen Gombak, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mendedahkan bahawa pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM364.31 juta bagi pembangunan tanah di Kalimantan telah mengalami rosot nilai sepenuhnya.

Beliau turut menyelar tindakan pentadbiran terdahulu yang menggunakan taktik creative accounting bagi melindungi kepincangan kewangan institusi berkenaan, yang akhirnya memaksa kerajaan menerbitkan sukuk berjumlah RM27.5 bilion sehingga tahun 2029 demi menyelamatkan dana pendeposit.

Menjawab celahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, YB Willie Mongin berhubung kejanggalan transaksi RM1.55 bilion tanpa cagaran, Amirudin menggesa penubuhan pasukan petugas khas (task force) melibatkan SPRM dan PDRM. Beliau secara tegas menuntut solidariti seluruh Ahli Dewan Rakyat agar individu yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang serta diharamkan daripada memegang sebarang jawatan awam (Public Office), demi memulihkan reputasi TH yang merupakan institusi warisan intelek Profesor Diraja Ungku Aziz.

13/08/2026

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Amirudin Shari membangkitkan persoalan kritikal berhubung tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli 30 peratus pegangan dalam Putrajaya Perdana Berhad pada 2014, yang dikesan mempunyai kaitan rapat dengan pengaliran dana RM140 juta daripada SRC International.

Beliau menuntut penjelasan mengenai sejauh mana wang simpanan pendeposit TH telah digunakan untuk menampung hutang serta menutup salah laku syarikat berkaitan 1MDB.

Sambil menyelar tindakan pihak terbabit, beliau menyifatkan perbuatan memperalatkan dana umat Islam demi menutup skandal kewangan sebagai satu gandaan pengkhianatan yang amat berat. Tegasnya, integriti institusi suci seperti Tabung Haji tidak boleh digadaikan sama sekali demi mempertahankan kepentingan mana-mana pihak yang terpalit dengan penyalahgunaan kuasa.

13/08/2026

Ahli Parlimen Langkawi, Dato' Mohd Suhaimi Abdullah meluahkan rasa sebak di Dewan Rakyat apabila Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) mengesahkan pembongkaran isu yang pernah dialaminya sewaktu berkecimpung dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerai suatu ketika dahulu.

Beliau mendedahkan pernah tewas dalam pertandingan Ketua Bahagian berikutan tindakan seorang menteri yang menawarkan tajaan penerbangan ke Makkah secara percuma kepada hampir 99 peratus ketua cawangan demi meraih sokongan undi.

Menyifatkan pendedahan RCI TH itu sebagai jawapan kepada doa yang dipohonnya sekian lama, Suhaimi mengesahkan terdapat tiga nama pemimpin utama bahagian berkenaan yang kini rasmi terpalit di dalam laporan RCI tersebut. Beliau mendesak pihak berkenaan membaca laporan tersebut untuk memahami kebenaran di sebalik taktik tawaran ke Makkah yang pernah digunakan demi kepentingan politik peribadi sehingga menjejaskan imej institusi suci berkenaan.

13/08/2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas tindakan sebahagian ahli parlimen pembangkang yang memilih untuk memboikot perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Beliau menegaskan bahawa parlimen bukan setakat ‘one-man show’ yang tugas Ahli Parlimen terhenti hanya kerana Perdana Menteri kurang sihat, sebaliknya mereka mempunyai tanggungjawab semak dan imbang yang besar memandangkan mereka dibayar gaji dan elaun puluhan ribu ringgit oleh rakyat.

Syed Saddiq menyifatkan tindakan memboikot perbahasan RCI TH sebagai tindakan memboikot amanah kepada lebih 10 juta pendeposit umat Islam yang mengharapkan nasib mereka dibela. Beliau turut mengkritik pihak pembangkang yang lantang membawa naratif Melayu-Islam tetapi culas membahaskan isu institusi paling penting bagi golongan tersebut, dan menegaskan komitmen Muar untuk kekal berbahas menggunakan fakta demi mempertahankan integriti dan nama baik Tabung Haji.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madaninomics posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share