17/10/2024
Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai.
Kalau s**a bukit, jangan beli rumah di puncak bukit.
Kalau s**a mandi kolam, jangan buat kolam di dalam rumah.
Keseronokan sesuatu itu kita akan hilang apabila kita mula memiliki.
Dia kongsikan pengalaman hidupnya kepada saya. Katanya dulu sebelum ada rumah di tepi pantai, dia s**a lepak² ambil angin pantai, main buai, mandi laut, masak² dan bakar ikan. Saking seronoknya, suatu hari isterinya ajak dia beli rumah tepi pantai. Lalu dia beli tanah dan bina banglo mewah dua tingkat.
Sebulan pertama, dia rasa seronok, masuk bulan kedua dia rasa hambar, bulan ketiga dia rasa jemu. Kemudian lama² nikmat itu hilang.
Dia jadi tak ghairah sepertimana dulu². Akhirnya dia bgtau, saya dah 3 tahun tak pergi pantai. Dah tak seronok. Dah takde nikmat.
Keseronokan hilang setelah kita memiliki. Dia pesan, kalau s**a sesuatu, sewa sahaja dua atau tiga hari.
Nanti cuti sekolah akan datang, pi sewa lagi. Seronok itu akan kekal.
Credit: FB Mohd Saleh