G-Force VPP Official

G-Force VPP Official Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Visa Pas & Permit Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya

Aktiviti Rekreasi Kelab G-FORCE di Sungai Chilling ๐Ÿƒ๐Ÿ“… 4 Julai 2026 | SabtuAlhamdulillah, Kelab G-FORCE Bahagian Visa, Pa...
04/07/2026

Aktiviti Rekreasi Kelab G-FORCE di Sungai Chilling ๐Ÿƒ

๐Ÿ“… 4 Julai 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, Kelab G-FORCE Bahagian Visa, Pas & Permit telah berjaya menganjurkan aktiviti rekreasi di Sungai Chilling dengan penyertaan ahli-ahli kelab yang penuh semangat.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi, malah turut mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Bahagian Visa, Pas & Permit.

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa dan menjayakan program ini. Semoga kenangan indah yang tercipta menjadi pemangkin untuk lebih banyak aktiviti bersama pada masa akan datang โค๏ธ

๐Ÿ“… 30 Jun 2026Sekitar aktiviti yang telah berlangsung di Bahagian Visa, Pas & Permit:- Perhimpunan Bulanan Bahagian Visa,...
03/07/2026

๐Ÿ“… 30 Jun 2026

Sekitar aktiviti yang telah berlangsung di Bahagian Visa, Pas & Permit:

- Perhimpunan Bulanan Bahagian Visa, Pas & Permit
- Majlis Bacaan Yasin
- Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan & Sukan Bahagian Visa, Pas & Permit Sesi 2026

Terima kasih kepada semua warga Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Visa, Pas & Permit yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga semangat kebersamaan, ukhuwah dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan demi kecemerlangan organisasi.

16/05/2026

16 Mei 2026 @ Laman Perdana Putrajaya

Alhamdulillah, Bengkel Pengenalan Woodball G-Force 2026 telah berlangsung dengan jayanya! โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urusetia dari Kelab Woodball Prang Besar serta semua yang telah hadir memeriahkan program ini.

Bukan sekadar bengkel, malah platform untuk mengeratkan silaturahim, mencipta pengalaman baharu dan memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti. Semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan! ๐Ÿ”ฅ

Semoga bengkel seperti ini menjadi kenangan indah dan memberi inspirasi untuk kita terus aktif serta bersatu dalam komuniti. Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿ™Œ

17/03/2026

๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ค๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง & ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐•๐ข๐ฌ๐š, ๐๐š๐ฌ & ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ญ (๐†-๐…๐จ๐ซ๐œ๐ž)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Bakul Ramadan telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan Ramadan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga jabatan.

Sekian, terima kasih.

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BAHAGIAN VISA, PAS & PERMIT (G-FORCE)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.YBrs Dr,TPBG I & TPBG II,Semua Ketua Unit,Semua Pegawai & Kakitangan,Untuk makluman,...
12/02/2026

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

YBrs Dr,
TPBG I & TPBG II,
Semua Ketua Unit,
Semua Pegawai & Kakitangan,

Untuk makluman, wakil bahagian kita telah bertemu dengan suami arwah Datin Noriah, Datoโ€™ Lokman. Pertemuan ini adalah bagi menyampaikan salam takziah dan kata-kata semangat daripada anda semua.

Sumbangan daripada Kelab Kebajikan & Sukan Bahagian Visa, Pas & Permit (G-FORCE) juga telah diserahkan dengan selamat sebagai tanda kita sentiasa mengingati jasa dan kebaikan arwah sepanjang berkhidmat di Bahagian Visa, Pas dan Permit.

KELAB KEBAJIKAN & SUKAN BAHAGIAN VISA, PAS DAN PERMIT
12 FEBRUARI 2026

Address

Putrajaya
62550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when G-Force VPP Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to G-Force VPP Official:

Shortcuts

Share