09/02/2026
Kisah ini berlaku lama dulu,waktu aku masih muda dan baru belajar hidup berdikari,zmn aku bekerja kilang,tinggal di tempat orang, jauh dari keluarga,byk perkara aku belajar masa itu bukan saja tentang kerja,tapi tentang manusia dan kehidupan.
Suasana kerja masa itu agak meriah,kwn datang dari pelbagai negeri,masing-masing dengan loghat dan cara hidup yang berbeza,dr situlah aku belajar berkawan,belajar menyesuaikan diri dan belajar memahami orang lain.
Dalam kelompok yang ramai, biasalah kadang-kadang timbul salah faham,mslh kecil boleh jadi besar bila emosi bercampur dengan penat dan ego,dari satu perkara yang remeh, bermulalah satu kisah yang akhirnya jadi kenangan paling kelakar untuk aku ingat sampai hari ini.
Kisah ini bukan tentang keberanian, apatah lagi kehebatan ia cuma kisah seorang anak muda yang sedang belajar mengenal dunia dan tersalah percaya pada cerita orang.
Inilah kisah Gengster Jiwang.
Gengster Jiwang
Penghujung 90-an, masa tu aku kerja kilang aku baru nak belajar berdikari, hidup tempat orang tanpa keluarga.Suasana masa tu seronok jugaklah boleh berkawan dengan orang macam-macam negeri, boleh belajar cara percakapan dan budaya.
Tapi bila orang terlalu ramai, ada jugak yang nak tunjuk gengster sebab rasa ada geng ramai.
Satu hari tu, lepas balik kerja, jadi gaduh sikit dekat kilang,kes kecik je berebut nak punch kad tolak-menolak, semua tak nak mengalah. Balik rumah masing-masing mengadu sakit, tak puas hati esk katanya nak sambung lagi.
Masa kes tengah panas tu,datang sorang ni kononnya dia pengantara kumpulan gengster.
Dia cakap,
“Kes ni aku boleh setel aku boleh call ketua yang jaga kawasan ni,mari kita sembang dekat kedai makan.”
Aku dengan kawan-kawan lain pun setuju.
Lepak dekat kedai makan, aku perhati… dia ni order semua mahal-mahal,makan bukan main sedap,yg bayar? Kami.
Dia pun mula modal ayat hero!!!
“Minggu ni jugak aku dengan abang kawasan akan turun.”
Hari tu dia balik senang hati, perut kenyang.
Keesokan hari aku cuti lepak sorang dekat rumah,tgh layan biskut kering cicah kopi, tiba-tiba pintu diketuk. Aku bangun buka.
Rupanya dia.
“Aku datang ni nak bincang pasal bawak geng ni,” katanya.
Aku layan jugak hidang kopi dengan biskut.
Sembang punya sembang, dia cakap,
“Malam ni kau ikut aku pergi public phone,aku nak call abang kawasan ni tapi sebelum tu kita makan kedai dulu.”
Aku ok kan je.
Malam tu kami jumpa dekat kedai tomyam,lps makan, aku yang kena bayar lagi,byk betul cukai, bisik aku dalam hati.
Lepas tu kami gerak ke tempat public phone,dlm hati aku ni berdebar jugak ingat betul-betul nak setel kes.
Aku tengok dia dail nombor laju gila, macam nombor kawan rapat tak tengok buku,tak tengok kertas.
Tiba-tiba aku dengar dia cakap!!!
“Assalamualaikum, sayang… wat gapo tu? Makan doh ko?”
Aku terus terkedu.
Dia sambung lagi,
“Ni Saim abe ni nak minta tolong abg, suruh setel kes gaduh…”
Masa tu baru aku sedar memang sah aku kena kencing hidup-hidup.
Rupanya bukan abang kawasan dan bkn ketua gengster.
Awek dia!!!!
Konon jadi pengantara gengster, rupanya nak makan free je.Lepas tu mengadu dengan awek dia konon dia hero besar.
Aku senyum je tak jadi gengster, tapi jadi mangsa gengster jiwang.
Sejak hari tu, aku sedar dlm hidup ni, bukan semua orang yang cakap besar tu betul-betul besar,ada yang mulut lebih besar dari perut, tapi perut pulak tak pernah nak bayar sendiri.
Aku pun gelak sorang-sorang bila ingat balik,bkn sebab aku marah, tapi sebab aku sendiri pun hampir percaya cerita dia,konon ada abang kawasan, konon boleh setel semua,rupanya yang dia setel cuma selera makan dia.
Pengalaman tu jadi aku lebih berhati-hati. Lepas tu, kalau ada orang datang berlagak hero, aku akan tengok dulu dia ni jenis setel masalah atau setel lauk.
Dari situlah aku fhm, hidup di tempat orang ni bukan setakat belajar kerja dan cari duit,aku belajar kenal manusia,ada yang ikhlas, ada yang s**a menumpang, ada yang pandai buat cerita.
Dan aku bersyukur jugak sebab pengalaman ni jadi kenangan lawak,kalau betul jadi gaduh besar hari tu, mungkin lain ceritanya tapi Tuhan pilih bagi aku satu kisah yang melucukan sikit,tapi cukup untuk aku gelak sampai hari ni.
Sekarang bila aku cerita balik kisah ni pada kawan-kawan, semua gelak,ada yang kata aku naif, ada yang kata aku baik sangat aku cuma jawab, masa tu aku masih belajar hidup.
Tak apa lah sekali kena kencing, lepas tu aku jadi pandai bezakan air kopi dengan air
teh.
Dan sampai hari ni, setiap kali lalu tepi public phone, aku mesti senyum. Terus teringat seorang “gengster” yang lebih jiwang dari garang dan aku mangsa tomyam yang paling setia bayar bil.
Itulah cerita aku.
Bukan kisah gengster sebenar, tapi kisah orang lain yang hampir jadi hero dalam cerita orang lain. 😄