Malaysia Immigration News Update

  • Home
  • Malaysia Immigration News Update

Malaysia Immigration News Update This is not the Jabatan Imigresen Malaysia official page.

This page just sharing the latest news and information related to Immigration, foreign workers, expatriates, foreigners in Malaysia, related government policies and other information.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaSumber/ Kredit- BERNAMA
19/03/2026

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sumber/ Kredit- BERNAMA

OPERASI BERSEPADU JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR OP MAHIR SEKITAR DAERAH HULU LANGAT DAN DAERAH PETALING03 M...
10/03/2026

OPERASI BERSEPADU JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR
OP MAHIR
SEKITAR DAERAH HULU LANGAT DAN DAERAH PETALING
03 MAC 2026

NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI1. Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh sentiasa memantau perkembangan terk...
28/02/2026

NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI

1. Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh sentiasa memantau perkembangan terkini di rantau ini.

2. Situasi di seluruh Arab Saudi pada ketika ini masih selamat dan terkawal.

3. Namun, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya kekal tenang dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

4. Elakkan daripada menyebar sebarang maklumat yang boleh menimbulkan situasi panik atau boleh ditafsir sebagai mengganggu elemen ketenteraman di sini.

5. Rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, terutamanya di Wilayah Timur, dan juga yang melaksanakan umrah dan ziarah, adalah dimohon untuk segera memuat turun aplikasi *MyWorldAlert* bagi memantau situasi semasa dan memudahkan sebarang bantuan diberikan sekiranya perlu.

6. Bagi rakyat Malaysia yang akan melakukan perjalanan udara, mohon semak jadual penerbangan yang terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

7. KBM Riyadh sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa mengenai situasi semasa di mana sebarang perkembangan penting yang memerlukan tindakan lanjut akan dimaklumkan dengan kadar segera.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH
28 FEBRUARI 2026

π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—¨π——π—¨π—£π—”π—‘ π— π—œπ—šπ—₯𝗔𝗑 π—šπ—¨π—‘π—” 𝗣π—₯π—˜π— π—œπ—¦ 𝗧π—₯π—”π—‘π—¦π—œπ—§ π——π—œ π—žπ—¨π—–π—›π—”π—œ π—Ÿπ—”π— π—” 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Bahagian ...
02/02/2026

π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—¨π——π—¨π—£π—”π—‘ π— π—œπ—šπ—₯𝗔𝗑 π—šπ—¨π—‘π—” 𝗣π—₯π—˜π— π—œπ—¦ 𝗧π—₯π—”π—‘π—¦π—œπ—§ π——π—œ π—žπ—¨π—–π—›π—”π—œ π—Ÿπ—”π— π—” 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Bahagian Penguatkuasaan berjaya memberkas satu warganegara Malaysia dan satu warganegara Bangladesh yang dikenali sebagai ”Geng Sojul” kerana disyaki sebagai transporter bagi sindiket penyeludupan migran di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026. Turut ditahan, 20 warganegara asing yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia.

Dalam serbuan pertama, satu kenderaan jenis 4X4 dan satu SUV yang dipercayai membawa migran diseludup berjaya dipintas di kawasan parkir sebuah pasaraya di Jalan Kuchai Lama. Hasil pemeriksaan, seramai enam lelaki dan satu wanita warganegara Bangladesh serta satu lelaki warganegara Myanmar telah ditahan.

Seterusnya, serbuan susulan di rumah persembunyian dan transit terletak di kondominium sekitar Kuchai Lama membawa kepada penahanan 12 lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai baru tiba dari negara jiran dan sedang menunggu untuk dihantar ke beberapa negeri di Selatan dan sekitar Lembah Klang telah ditahan. Kesemua yang ditahan berumur 18 hingga 49 tahun.

Turut disita, dua buah kenderaan jenis 4X4 dan SUV, beberapa keping pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM82,100 dan mata wang asing USD3,700.00. Kesemua subjek telah ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sindiket ini dipercayai aktif sejak Disember 2025 dengan menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga secara haram melalui Kelantan dan dibawa terus ke Lembah Klang sebelum dihantar ke destinasi-destinasi tertentu. Sindiket ini mengenakan bayaran sebanyak RM12,000 bagi setiap migran yang diseludup dan dipercayai telah mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta sejak beroperasi.

JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Sumber/Kredit - FB JIM

BERITA DARI MUMBAI OLEH MEDIA NDTV BEEPSBuruan Malaysia Bertindak Ganas di Mumbai Selepas Diusir dari UK. Ketibaan penje...
28/01/2026

BERITA DARI MUMBAI OLEH MEDIA NDTV BEEPS

Buruan Malaysia Bertindak Ganas di Mumbai Selepas Diusir dari UK. Ketibaan penjenayah itu mencetuskan kekecohan diplomatik antarabangsa, dengan pasukan elit polis Malaysia dijangka tiba di Mumbai untuk membawa mereka ke dalam tahanan.

Mumbai:

Tiga buruan paling dikehendaki dari Malaysia, anggota sindiket jenayah yang menjadi sasaran dalam β€œOps Jack Sparrow” terlibat dalam pergelutan ganas dengan pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA), Mumbai, semalam selepas diusir dari United Kingdom.

Ketiga-tiga mereka, dikenal pasti sebagai Navindren Raj Cumarason, Sridharan Subramanian dan Pratifkumar Selvaraj, kini ditahan di bawah β€œkawalan keselamatan tahap tinggi” di bilik penolakan (refusal room) lapangan terbang tersebut.

Ketibaan mereka telah mencetuskan kekecohan diplomatik antarabangsa, dengan satu pasukan khas polis elit Malaysia dijangka mendarat di Mumbai dalam tempoh 48 jam akan datang untuk mengambil mereka dalam tahanan.

Pelarian Yang Gagal

Dalam satu plot seakan filem thriller, tiga penjenayah yang dikehendaki kerana beberapa kes pembunuhan dan pembakaran di tanah air entah bagaimana berjaya melepasi sempadan Malaysia dan transit melalui Mumbai sebelum menuju ke Manchester, England.

Namun, pelarian mereka berakhir secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Manchester.

Pegawai imigresen British, yang dimaklumkan mengenai status mereka sebagai unsur β€œsangat berbahaya dan jenayah”, menolak kemasukan mereka. Memandangkan mereka tiba dengan penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan mereka dihantar semula ke destinasi terakhir berlepas.

Keganasan di Terminal 2

Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga buruan itu menyedari mereka telah terperangkap. Apa yang berlaku selepas itu disifatkan saksi sebagai β€œkekacauan mutlak.”

Para buruan bertindak ganas dan terlibat dalam pergelutan fizikal dengan anggota Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF). Sumber berkata mereka mencetuskan β€œadegan besar”, cuba mengatasi pegawai di kawasan transit sebelum akhirnya ditewaskan oleh pasukan keselamatan.

β€œMereka bukan sekadar melawan tangkapan; mereka bertarung seperti orang yang sudah tiada apa untuk hilang,” kata seorang sumber lapangan terbang. β€œMereka kini dikawal 24 jam di bilik penolakan. Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan bagi mengelakkan sebarang cubaan melarikan diri.”

Pelanggaran Keselamatan atau Penyeludupan Terancang?

Insiden ini menimbulkan persoalan tidak selesa kepada pihak berkuasa India. Misterinya: bagaimana tiga penjenayah β€œpaling dikehendaki” ini berjaya memasuki lapangan terbang dan menaiki penerbangan ke Manchester sejak awal?

Penyiasat kini meneliti sama ada mereka menggunakan dokumen palsu atau berlaku kelompongan dalam pangkalan data notis antarabangsa β€œRed Corner” ketika transit awal mereka.

Kaitannya Dengan β€˜Ops Jack Sparrow’

Keputusasaan ketiga-tiga buruan ini dijelaskan oleh tekanan hebat yang mereka hadapi di Malaysia. Mereka merupakan tokoh utama yang disasarkan dalam β€œOps Jack Sparrow,” satu operasi besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada akhir tahun 2025.

Operasi yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail itu bertujuan membongkar dua kumpulan jenayah terancang yang bertanggungjawab terhadap siri keganasan berpanjangan.

Rekod Jenayah

Keganasan Melampau: Dikaitkan dengan lebih 80 insiden jenayah, termasuk serangan maut berdarah dingin yang tular di Taman Sentosa, Klang.

Senjata: Dikenali menggunakan senjata api dan parang untuk pembakaran, rompakan berkumpulan dan tembakan terbuka di Brickfields dan Cheras.

Motif: Perebutan kawasan dan β€œkeuntungan haram.”

Latar Belakang: Anggota sindiket ini secara kolektif mempunyai 80 rekod jenayah lampau dan 34 kes berkaitan dadah.

Detik Penentuan

Pihak berkuasa lapangan terbang Mumbai sentiasa berhubung dengan pegawai Malaysia. Bagi Navindren, Sridharan dan Pratifkumar, perjalanan yang bermula di dunia gelap Malaysia, singgah ke UK dan India, kini hampir ke penghujungnya kembali ke sel penjara di Malaysia

Sumber/ Kredit - NDTV.COM Exclusive: Malaysian Fugitives Turn Violent In Mumbai After UK Deportation

𝟭𝟡 π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š π——π—œπ—§π—”π—›π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§ π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ π—£π—˜π—₯π—π—¨π——π—œπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ π—•π—¨π—žπ—œπ—§ π—•π—œπ—‘π—§π—”π—‘π—šKUALA LUMPUR, 20 Januar...
21/01/2026

𝟭𝟡 π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š π——π—œπ—§π—”π—›π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§ π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ π—£π—˜π—₯π—π—¨π——π—œπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ π—•π—¨π—žπ—œπ—§ π—•π—œπ—‘π—§π—”π—‘π—š

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2026 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket perjudian dalam talian melibatkan warga asing menerusi satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Januari 2026 di sekitar kawasan Bukit Bintang meliputi Jalan Alor, Jalan Changkat dan Jalan Bedara. Operasi yang bermula serentak pada jam 10.30 malam melibatkan 25 pegawai pelbagai pangkat dari Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berdasarkan hasil risikan bersepadu selama satu bulan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi-lokasi sasaran yang dikenal pasti sebagai pusat operasi sindiket. Pasukan operasi telah melakukan pemeriksaan ke atas 31 lelaki warganegara asing dan dua lelaki warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, seramai 19 individu terdiri daripada 12 lelaki warganegara Bangladesh, empat lelaki warganegara Myanmar dan tiga lelaki warganegara Indonesia berumur di antara 21 hingga 50 tahun telah ditahan.

Kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini. Selain itu, dua lelaki dan satu perempuan warganegara tempatan telah diberikan Notis untuk hadir ke Pejabat Imigresen bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam operasi ini, pasukan telah merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan oleh sindiket berkenaan, melibatkan 59 unit tablet pelbagai jenama, tiga unit monitor, tiga unit dekoder CCTV dan satu unit CCTV wifi.

Sindiket perjudian dalam talian ini menyasarkan warganegara asing sebagai pelanggan utama, dengan modus operandi menawarkan pelaburan wang dalam jumlah kecil antara RM50 hingga RM500 bagi setiap individu, dengan janji pulangan keuntungan yang tinggi dalam tempoh singkat. Premis-premis ini beroperasi setiap hari dan semakin aktif khususnya pada waktu malam hingga lewat pagi. Sindiket ini didapati mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat dengan melantik penjaga warganegara asing yang dikenali sebagai β€œCaptain”, selain membuat pengecaman wajah sebagai tapisan pelanggan sebelum dibenarkan masuk. Kesemua premis perjudian ini berselindung di sebalik rumah sewa dan premis perniagaan kecil bagi mengaburi penguatkuasaan pihak berkuasa.

Kejayaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan dan memberi jaminan akan meneruskan tindakan tegas dan bersepadu terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat atau bersekongkol dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang imigresen dan digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha pembanterasan jenayah secara menyeluruh.

Sumber/Kredit: FB JIM

JOHOR BAHRU,  12 JANUARI 2026 -  Permulaan tahun 2026 di minggu pertama bulan Januari 2026, Depot Imigresen Pekan Nenas ...
14/01/2026

JOHOR BAHRU, 12 JANUARI 2026 - Permulaan tahun 2026 di minggu pertama bulan Januari 2026, Depot Imigresen Pekan Nenas telah melaksanakan pemindahan ke atas 201 orang tahanan. Antara yang terlibat adalah 160 orang tahanan warganegara Indonesia, 18 orang tahanan warganegara Bangladesh, 13 orang tahanan warganegara Pakistan, 04 orang tahanan warganegara Kemboja, dan 03 orang tahanan masing-masing warganegara India dan Singapura.

Kesemua tahanan telah dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 & KLIA 2, dan Terminal Feri Stulang Laut.

Kesemua tahanan yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa jua tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pemindahan tahanan merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas yang giat dilakukan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam usaha untuk memastikan tiada lambakan tahanan yang telah selesai menjalani hukuman masih terus kekal tinggal di negara ini.

Segala urusan penghantaran pulang melibatkan tahanan seperti pembelian tiket boleh di lakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Tiada sebarang ’caj perkhidmatan’ dikenakan. Penggunaan orang tengah dalam urusan penghantaran pulang tahanan tidak digalakkan.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Unit Rekod dan Pemindahan DIPN ditalian 07-6993540 atau melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/tanya/create








©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

16/12/2025

Seramai 131 individu yang terdiri daripada 82 lelaki dan 34 wanita warganegara asing serta 15 warganegara tempatan telah diperiksa dalam operasi ini. Hasilnya, seramai 90 individu terdiri daripada warganegara Nigeria, Yemen, Syria, Somalia, Guinea-Bissau, Sierra Leone, Liberia, Mali, Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Pakistan, Sri Lanka dan India berumur di antara 21 hingga 35 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

π—žπ—’π—Ÿπ—’π—‘π—œ 𝗔𝗙π—₯π—œπ—žπ—” π——π—œπ—¦π—˜π—₯𝗕𝗨 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ— π—œπ—šπ—₯π—˜π—¦π—˜π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaa...
16/12/2025

π—žπ—’π—Ÿπ—’π—‘π—œ 𝗔𝗙π—₯π—œπ—žπ—” π——π—œπ—¦π—˜π—₯𝗕𝗨 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ— π—œπ—šπ—₯π—˜π—¦π—˜π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan di sebuah kawasan tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Afrika berkumpul di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025 jam 9.40 malam.

Serbuan dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan selama dua minggu oleh Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Seramai 131 individu yang terdiri daripada 82 lelaki dan 34 wanita warganegara asing serta 15 warganegara tempatan telah diperiksa dalam operasi ini.

Hasilnya, seramai 90 individu terdiri daripada warganegara Nigeria, Yemen, Syria, Somalia, Guinea-Bissau, Sierra Leone, Liberia, Mali, Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Pakistan, Sri Lanka dan India berumur di antara 21 hingga 35 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Antara kesalahan yang dikenalpasti termasuk tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. JIM turut mengeluarkan satu saman kepada saksi (Borang 29) terhadap pemilik restoran di lokasi tersebut.

Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik Pas yang telah tamat tempoh dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan terbuka seperti kawasan parkir kereta dan di kawasan tumpuan seperti kedai makan dan restoran seterusnya menjadikan tempat tersebut untuk berhibur hingga lewat malam.

Kesemua warganegara asing tersebut ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut.

JIM tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI.

Sumber/Kredit - FB Jabatan Imigresen Malaysia

Mahkamah Tinggi Ipoh telah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menganugerahkan kewarganegaraan Malaysia...
12/12/2025

Mahkamah Tinggi Ipoh telah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menganugerahkan kewarganegaraan Malaysia kepada Puan Khoo See Nee (36 tahun).

Khoo See Nee merupakan seorang anak terjumpa yang dibesarkan oleh Khoo Khee Yeen. Walau bagaimanapun, proses pengambilan anak angkat secara sah hanya dapat disempurnakan ketika beliau berusia 20 tahun. Sejak kelahiran, beliau memiliki sijil kelahiran berstatus Belum Ditentukan.

Pada usia 22 tahun, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan MyKas (Pemastautin Sementara) kepada Khoo See Nee. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah membuat beberapa percubaan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia, namun tidak berjaya.

Selepas mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan daripada DHRRA Malaysia, pihak keluarga telah melantik firma guaman Messrs Pandi Durai Yogamani & Co untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan JPN untuk menganugerahkan kewarganegaraan Malaysia kepada Khoo See Nee, sekaligus menamatkan ketidakpastian status perundangan yang dihadapinya selama bertahun-tahun.

Keputusan ini membuktikan bahawa keadilan masih dapat ditegakkan melalui saluran undang-undang, khususnya dalam kes-kes berteraskan kemanusiaan yang melibatkan isu kewarganegaraan dan dokumentasi.

Sumber/Kredit - DHHRA MALAYSIA

Beberapa jam selepas digempur, warga asing kembali penuh di kawasan Pasar Selayang.GOMBAK: Sekitar Jalan Selayang Baru d...
09/12/2025

Beberapa jam selepas digempur, warga asing kembali penuh di kawasan Pasar Selayang.

GOMBAK: Sekitar Jalan Selayang Baru di sini, kembali dipenuhi warga asing khususnya daripada kalangan etnik Rohingya, walaupun sudah digempur secara besar-besaran, kelmarin.

Tinjauan BH sejak jam 10 pagi semalam mendapati kegiatan harian warga asing itu kembali seperti sebelum digempur, namun jumlah mereka tidak seramai seperti sebelum operasi.

Rata-rata mereka kembali menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kaki lima, bekerja di kedai jualan barang basah, selain menjual makanan kepada warga asing lain seperti warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

Perniagaan berlesen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) milik warga tempatan di situ juga turut menggajikan warga Myanmar, Bangladesh, Nepal dan India.

Peniaga Rohingya sebabkan kawasan jadi kotor

Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Borhan, berkata warga asing Myanmar terutamanya Rohingya, banyak menjalankan perniagaan haram sehingga menyebabkan keadaan persekitaran tidak bersih dan mendatangkan bau yang tidak nyaman.

"Saya bukanlah hendak menghina sesama insan tetapi itulah realiti mereka ini pengotor dan membuang sampah sesuka hati.

"Mereka juga yang berkumpul merata-rata di Selayang Baru ini mendatangkan keresahan kepada penduduk tempatan.

"Contohnya apabila ada anak-anak kecil perempuan warga tempatan yang bermain atau melalui kawasan di sini disebabkan ibu bapa mereka tinggal kediaman atas kedai, kita bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik," katanya.

Borhan yang bekerja sebagai peniaga di Pasar Harian Selayang (Kuala Lumpur) tidak jauh dari kawasan Selayang Baru, berkata beliau berharap operasi bersepadu yang dilaksanakan seperti kelmarin dibuat lebih kerap.

Selepas tengah hari semalam, semakin ramai warga asing berkumpul di Jalan Besar Selayang Baru kerana merasakan 'selamat' daripada pemantauan pihak berkuasa.

Mereka berniaga sireh, menjual dan memotong daging lembu dan ayam di lorong belakang kedai serta menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima.

Kuasai aktiviti harian

Penduduk tempatan dari luar Selayang bimbang kerana perniagaan harian hampir semuanya dikuasai oleh warga asing.

Kelmarin penguat kuasa beberapa agensi mengepung sebahagian Selayang Baru, di sini dalam operasi menghapuskan koloni warga asing sekitar Pasar Selayang dan Pasar Tani Selayang.

Dalam gerakan bersepadu bermula jam 8:00 malam kelmarin, seramai 1,116 individu diperiksa, diikuti penahanan 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan imigresen.

Operasi besar-besaran itu diselaraskan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, merangkap Pengerusi MKN Negeri.

Serbuan membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pendaftaran Negara serta pihak berkuasa tempatan.

Amirudin berkata, daripada jumlah yang ditahan, 273 individu dibebaskan selepas mengemuka dokumen perjalanan sah.

Katanya, seramai 843 individu (808 lelaki dan 35 wanita) ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen sah atau melakukan kesalahan tinggal lebih masa.

Beliau berkata, antara 647 warga Myanmar, Nepal (102 orang), Bangladesh (79 orang), Indonesia (15 orang) dan India (10 orang).

Sumber/Kredit - BHOnline

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Immigration News Update posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share