Penerangan Warisan Ranau

Penerangan Warisan Ranau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penerangan Warisan Ranau, Media/News Company, ranau, Ranau.

FROM THE DESK OF THE WARISAN CENTRAL INFORMATION OFFICE:The dissolution of the Sabah State Assembly marks the beginning ...
06/10/2025

FROM THE DESK OF THE WARISAN CENTRAL INFORMATION OFFICE:

The dissolution of the Sabah State Assembly marks the beginning of another chapter for the people to decide their future. The state government has now completed its term, and it’s time for the people to judge their record. For us in Warisan, we’ve always believed that power belongs to the rakyat, not politicians. We will face this election with humility, confidence, and the belief that Sabahans are ready for genuine change β€” not just promises.

Insyallah God Willing, the wind of change will happen in sabah.

MOHD AZIS BIN JAMMAN
KETUA PENERANGAN
WARISAN PUSAT

Saya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Mook, Papar pagi tadi.Saya juga merakamka...
15/09/2025

Saya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Mook, Papar pagi tadi.

Saya juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah bertindak pantas dan berani serta kepada penduduk kampung yang turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat.

Saya terharu melihat semangat kebersamaan penduduk kampung dalam menghadapi detik yang amat genting ini.

Semoga keluarga mangsa terus tabah dan semoga kita semua sentiasa menjaga keselamatan bersama.

Pagi tadi saya menziarahi Kg Sarapung di Penampang yang dilanda tanah runtuh teruk. Beberapa rumah musnah dan seorang pe...
13/09/2025

Pagi tadi saya menziarahi Kg Sarapung di Penampang yang dilanda tanah runtuh teruk. Beberapa rumah musnah dan seorang penduduk Gouling Gindar, 97 tahun, terkorban apabila tertimbus dalam lumpur.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta simpati kepada semua yang terjejas. Dalam kesedihan ini saya melihat sendiri semangat kebersamaan penduduk yang saling menguatkan antara satu sama lain.

Marilah kita terus berdiri bersama dan memberi sokongan serta doa agar mereka yang terkesan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

π’π€π‹π€πŒ π‘π€πŒπ€πƒπ€πSemoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, serta rahmat buat kita semua. Marilah kita tingkatka...
01/03/2025

π’π€π‹π€πŒ π‘π€πŒπ€πƒπ€π

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, serta rahmat buat kita semua.

Marilah kita tingkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal & Datin Seri Panglima Hajjah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib

Selepas acara di Bengkoka kelmarin, saya singgah sebentar di Kota Belud dan sempat menyaksikan perlawanan bola sepak yan...
23/02/2025

Selepas acara di Bengkoka kelmarin, saya singgah sebentar di Kota Belud dan sempat menyaksikan perlawanan bola sepak yang penuh dengan semangat dan aksi hebat. Melihat anak-anak muda kita bermain dengan kesungguhan dan kerjasama yang kuat memang sesuatu yang membanggakan.

Bola sepak bukan sekadar sukan. Ia membina disiplin, kesabaran, dan semangat berpasukan. Dengan sokongan yang betul, saya yakin ramai bakat dari Sabah boleh pergi lebih jauh dan mengharumkan nama Sabah.

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding, dan terima kasih kepada Kota Belud atas sambutan yang mesra. Teruskan semangat kesukanan ini, kerana sukan menyatukan kita semua!

Perlawanan kelmarin mengambil tempat ketiga dan keempat untuk PIALA PARLIMEN YB MUNIRAH 2024. Keputusan TU FC 5 - 2 TABA FC. Seramai 30 pasukan mengambil bahagian sejak 9hb November tahun lalu. Acara final berlangsung hari ini.

23/02/2025

Jelajah DSSA santuni rakyat di Kampung Rukom Laut Bengkoka

Hari ini saya berkesempatan menziarahi Bengkoka, sebuah kawasan di utara Sabah yang indah dengan pantai yang mempesona d...
23/02/2025

Hari ini saya berkesempatan menziarahi Bengkoka, sebuah kawasan di utara Sabah yang indah dengan pantai yang mempesona dan perkampungan nelayan yang gigih mencari rezeki. Saya melihat sendiri betapa besar potensi dan keperluan rakyat di sini.

Namun, lebih daripada keindahan alamnya, saya mendengar suara rakyat yang melahirkan kerisauan tentang kos sara hidup, masa depan anak-anak, dan harapan untuk pembangunan yang lebih bermakna. Mereka tidak meminta sekadar bantuan sementara, tetapi penyelesaian jangka panjang yang benar-benar dapat mengubah kehidupan mereka.

Kita harus bertanya, adakah cukup dengan sekadar RM300 untuk menyelesaikan beban hidup rakyat? Atau adakah kita mampu berusaha lebih lagi untuk membina peluang pekerjaan, menaikkan taraf ekonomi, dan memperkukuhkan masa depan Sabah?

Saya percaya rakyat Sabah berhak mendapat lebih daripada sekadar pemberian sekali lalu. Mereka berhak mendapat peluang, kemajuan, dan pembangunan yang mampan. Inilah tanggungjawab kita, bukan hanya ketika musim tertentu tetapi pada setiap masa.

Terima kasih Bengkoka atas sambutan mesra dan keikhlasan anda. Saya akan terus bersama anda, mendengar dan berjuang untuk Sabah yang lebih baik.

Address

Ranau
Ranau
89307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Warisan Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerangan Warisan Ranau:

Share