23/07/2025
Inti pati pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | 23 Julai 2025
- Setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah SARA
- Kadar Gaji Minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos ini
- 15 September diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini
- KKM akan percepat pengisian 4,352 jawatan termasuk doktor kontrak di seluruh negara menjelang akhir 2025
- Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini catat pertumbuhan 4.4 peratus dan berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus
- Kerajaan akan luncurkan Sejahtera MADANI, bantu miskin tegar dan miskin melalui usaha sama Kerajaan dan sektor korporat
- Harga Lantai Belian Padi ditingkatkan kepada RM1,500
- Malaysia catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion pada 2024, meningkat 17 peratus berbanding 2023 dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada 2025
- Peruntukan STR dan SARA 2025 dinaikkan kepada RM15 bilion, bantuan tunai pertama dalam sejarah untuk semua rakyat dewasa
Bersyukur apa adanya.