Sembang Dunia Media

Sembang Dunia Media Sensasi Media terkini

TERKINI: Pelajar 14 tahun mengaku bersalah menumbuk guru.  Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke ata...
31/07/2025

TERKINI: Pelajar 14 tahun mengaku bersalah menumbuk guru. Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September bagi laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Sumber: Harian Metro

Dulu kita nak pukul cikgu fikir dua kali. Sebab kebanyakan budak-budak dulu hormat dan takut dengan cikgu. Sebab itu sek...
30/07/2025

Dulu kita nak pukul cikgu fikir dua kali. Sebab kebanyakan budak-budak dulu hormat dan takut dengan cikgu. Sebab itu sekarang kita jadi manusia. Kalau cikgu rotan kita, kalau boleh kita tak mahu beritahu Ibu dan bapa kita. Sebab kalau kita beritahu atau mengadu. Mungkin di rumah kita akan kena lagi oleh bapa kita. Terima kasih kepada cikgu yang pernah merotan saya masa di SMK Muara Tuang iaitu cikgu Hossen. Kerana tunjuk ajar cikgu dulu saya sekarang jadi manusia.

Dengan tangan gemetar, ia peluk erat anak yang bukan darah dagingnya,Melindungi… menenangkan… saat maut begitu dekat.📸Ki...
21/07/2025

Dengan tangan gemetar, ia peluk erat anak yang bukan darah dagingnya,
Melindungi… menenangkan… saat maut begitu dekat.

📸Kianoo Fan Kenzoo

SENIWATI CATHAY KERISEmpat seniwati yang sering menjadi penyeri dalam filem-filem Cathay Keris - Roseyatimah, Latifah Om...
05/07/2025

SENIWATI CATHAY KERIS

Empat seniwati yang sering menjadi penyeri dalam filem-filem Cathay Keris - Roseyatimah, Latifah Omar, Umi Kalthoum dan Rahmah Ali

Pelakon-pelakon wanita di Cathay-Keris bukan saja penghibur, tapi juga ikon budaya Melayu. Mereka bukan sekadar cantik di layar perak, tetapi memainkan peranan penting membentuk imej wanita Melayu yang kuat, cekal, berbudi bahasa dan berprinsip.

Tanpa mereka, mungkin takkan wujud filem-filem klasik yang kita masih tonton dan kagumi hingga ke hari ini.

Teks: Era Azman, Hidir Ali Razali & Danial Aziz Ahmad

Pekerja Bangladesh yang green flag. Lima waktu di surau, tidak pernah tinggal solat sunat qobliyah dan ba'diyah. 80% dar...
05/07/2025

Pekerja Bangladesh yang green flag. Lima waktu di surau, tidak pernah tinggal solat sunat qobliyah dan ba'diyah.

80% daripada gaji dihantar kepada keluarga di kampung, 20% digunakan untuk teruskan hidup di sini.

Dua bulan lepas, saya jumpa dia di masjid ketika solat Jumaat. Bos dia tak benarkan datang solat, kalau datang juga, akan ditolak gaji RM70.

Tapi dia kata, “Tak apa kena tolak pun, asalkan dapat solat.”

Bila bercakap p**a, langsung tiada topik merapu macam saya 🗿

Semuanya tentang perkara baik dan hal agama saja. Di dunia ini dia hanyalah insan biasa, tetapi di Akhirat nanti, insya-Allah, darjatnya luar biasa.

Kredit: Thread zariff_southpaw

Nurly Sahirah, Hafizah yang Pergi dengan Al-Quran di DadaDalam senarai mangsa tragedi bas pelajar UPSI yang mengorbankan...
14/06/2025

Nurly Sahirah, Hafizah yang Pergi dengan Al-Quran di Dada

Dalam senarai mangsa tragedi bas pelajar UPSI yang mengorbankan 15 jiwa, satu nama menyentuh hati ramai — Nurly Sahirah binti Azman. Beliau bukan hanya pelajar biasa, tetapi seorang hafizah, anak muda yang telah menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Ceritanya bukan sekadar kehilangan, tetapi juga peringatan tentang kemuliaan hidup bersama al-Quran. Dikenali sebagai pelajar yang menjaga hafalan dan sentiasa bermujahadah memperbaiki bacaannya, pemergiannya dirasai bukan sahaja oleh keluarga dan guru-guru, tetapi seluruh umat Islam yang mengenal nilai seorang ahli al-Quran.

Perginya dalam keadaan yang mulia, membawa kalamullah bersama, dalam perjalanan ilmu, menjemput rahmat yang hanya Allah tahu seluas mana. Tiada yang lebih baik daripada berakhir dalam taat, dalam zikir, dalam perjuangan menuntut ilmu sambil memelihara wahyu Ilahi.

Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan para solehah. Semoga setiap ayat yang dihafaz menjadi cahaya, menjadi teman di alam barzakh, menjadi syafaat yang mendahului segalanya di hadapan Tuhan

Semoga Allah merahmati kita semua dunia dan akhirat. Aamiin.

SELAMAT TINGGAL SAHABATSaya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain.Awak tak pernah berbicara…Tapi awak selalu buat sa...
03/06/2025

SELAMAT TINGGAL SAHABAT

Saya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain.

Awak tak pernah berbicara…

Tapi awak selalu buat saya rasa difahami.
Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri.

Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.

Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa… dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam.

Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan.

Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.

Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang.

Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.

Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan… awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama.

Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak.

Saya mula sayang awak… sebab awak jadi tempat saya belajar erti redha.

Dan sekarang, saya sedang kira hari.

Sebab saya tahu, masa kita dah tak panjang.

Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih.

Awak sahabat.

Awak saksi.

Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.

Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan.

Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya… awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir.

Saya takut hari tu. Saya takut tengok awak jatuh.

Tapi saya tahu… ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan.

Dan saya lepaskan awak… bukan sebab saya tak sayang.

Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang.

Saya harap awak tunggu saya.
Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat…

Saya cuma nak ada satu saksi.
Yang akan datang dari arah kanan. Yang akan kata,

“Dia pernah lepaskan saya demi Tuhan.
Dia pernah menangis untuk redha.
Dan saya datang hari ini… untuk bantu dia melintas ke syurga.”
📸Khairul Johari

03/06/2025
Setuju. Ramai laki tak faham benda ni 🙏📸Bifoti
29/05/2025

Setuju. Ramai laki tak faham benda ni 🙏
📸Bifoti

Kisah ni mungkin tak viral di Malaysia tapi sedang viral di tanah arab sana. Kejadian 2 hari lepas (kalau ikut waktu Mal...
28/05/2025

Kisah ni mungkin tak viral di Malaysia tapi sedang viral di tanah arab sana. Kejadian 2 hari lepas (kalau ikut waktu Malaysia)
Lelaki ini berasal dari Libya. Amer namanya. Beliau hendak pergi mengerjakan haji. Dia pun sampai di airport. Dia check in dan masuk terminal macam biasa.
Akibat isu airport security, menyebabkan dia lambat di-release untuk masuk gate berlepas. Maka dia terlepas flight.
Kapal terbang terpaksa berlepas tanpanya, sebab dia lambat tiba di balai berlepas, yang bukan akibat kesalahan dia pun.
Dia rasa kecewa dan sedih. Pegawai airport ada yang cakap "mungkin bukan rezeki kamu untuk haji tahun ni". Dia terduduk di airport, tak mahu tinggalkan airport, tak mahu p**ang. Sebab sedih sangat.
Namun dia tidak henti berdoa dan bertawakkal.
Tiba-tiba pesawat yang baru berlepas terpaksa berpatah balik. Ada masalah teknikal.
Pesawat touch down di airport. Jurutera check. Check punya check, tak tau apa problem. So buat troubleshoot standard. Then pesawat good to go.
Pesawat berlepas lagi sekali. Dan ia pun terbang.
Sekali lagi, di tengah-tengah udara, kapal hadapi masalah teknikal. Tak tau apa punca. Captain decide patah balik.
Maka pesawat pun kembali ke airport asal untuk kali kedua.
Captain decide, tak boleh jadi ni, kita kena juga bawak si Amer ni naik pesawat kita dan tunaikan hajat dia untuk haji tahun ni.
Maka Amer pun dibenarkan naik. Dia dipanggil. Gembira tak terkata, selepas berjam-jam menangis dan kecewa di dalam airport.
Selepas team jurutera check untuk kali kedua, maka pesawat dibenarkan terbang sekali lagi. Maka, pesawat pun berlepas.
Tiada lagi naik notifikasi masalah teknikal di dalam kokpit juruterbang. Penerbangan diteruskan dengan jayanya.
Di tanah arab dan utara afrika, kejadian ini diperbual oleh masyarakat sebagai keajaiban, divine intervention (berlaku akibat Allah yang halang kapal berlepas demi nak Amer dapat pergi haji), dan dilihat sebagai karomah kepada Amer.
Inilah antara bukti Maha Besarnya

Alhamdulillah 😊
27/05/2025

Alhamdulillah 😊

Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-ber...
26/05/2025

Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih.Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)
Bawang putih ANTlBIOTlK Semulajadi
Pengalaman Saya Sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk.. Macam-macam ubat , macam-macam petua saya cuba.
Saya Ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah Batuk saya beransur pulih.
Tapi hampa jangan makan banyak sangat nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari
Anak- Anak saya ambik 1 ulas gaul dalam nasi.
Rasa macam ubi rebus
Semoga Memberi manfaat untuk semua
take care naa....❤️
Sumber: Myra Chaqkey

Address

Kundasang
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Dunia Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share