
14/05/2025
Salam dan Selamat Petang.
Status pembaikan Jalan Pertanian Mentaki, Kundasang, Sabah
1. Susulan jalan putus di KM0.03 pada 11 Mei 2025 (Ahad) lalu, pejabat ini telah memuktamadkan rekabentuk pembaikan semula RCP di tapak. Terdapat banyak aset pihak ketiga di kawasan runtuh.
2. Mobilisation dijangka minggu ini iaitu selewatnya hari jumaat, 16 Mei 2025.
3. Cadangan pembaikan dijangka selama 4-5 minggu bergantung pada keadaan cuaca di tapak.
4. Terima kasih KPD atas kebenaran menggunakan laluan sementara (untuk kenderaan kecil) sepanjang 400meter di kilang cendawan.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.
Jurutera Daerah
JKR Ranau
Kundasang Media